BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 27 January 2015

BIG MAMA LAGA PIPI/GADISNG BERTUDUNG PELOK K-POOP

Lebih seminggu lalu,riuh rendah seantro 1Malaysia di laman-laman sosial,Gadis bertudung di pelok cium Artis K-POOP Koria. Aku tak nak salahkan 100% kepada Artis K-POOP nie,mereka bukan beragama Islam,ini mung kin sudah jadi budaya mereka,mereka tak tau hukum- hukum islam. Aku juga tak menghina mereka,kerana aku pun ada anak-anak,dan aku cukup percaya perkara ini berlaku akibat kejahilan,tiada didikan agama dan terlalu rasa ghairah meminati artis tersebut dan di dorong oleh nafsu remaja yang meluap-luap yang tak dapat di kawaal. Ibu bapa,pihak berkuasa agama kenalah ambil perhatian serius,menasihat dan perlu memanggil gadis-gadis dan ibu bapa berkenaan apa yang boleh dan tak boleh dilaku kan oleh islam,supaya perkara ini tidak berulang. Selain itu aku juga mempertikaikan pihak berkuasa yang meluluskan lesen kepada penganjur tersebut.Kelulusan hendaklah ada syarat-syarat had batasan,dan perlu ada pemantauan. Satu perkara lagi aku agak kesal,pihak berkuasa [Agama] ada perbizaan undang-undang antara rakyat biasa dan orang kenamaan atau tokok pepular.Pihak berkuasa [Agama] cukup pantas apabila perkara ini terkena pada rakyat biasa pihak berkuasa terus ugut dengan waran tangkap, tetapi diam seribu bahasa dalam Isu Big Mama laga pipi, berpelok dengan Artis Bollywood/Chong Wei,mungkin ini terlepas pandang kot?. Banyak lagi perkaara seperti ini berlaku,kita tengok dalam rancangan TV,berpelokan,berpegang tangan,laga pipi,cium dahi tak kira anak isteri orang,seolah-olah ini sudah menjadi budaya kita pula,walaupun lakonan ini di buat di depan kamera,tetapi kesan nya cukup besar pada anak-anak remaja. Anda ada tengok,baru-baru ini dalam program televisen GEGAR WAGANZA,tarian,berpelokan,hingga di tegor oleh juri,aku pun naik meremang dan berdiri bulu ruma, Astagfirullahhilazim. Aku harap semua pihak,terutama pihak berkuasa peka dengan kejadial seperti ini supaya ia tidak berulang demi menjaga imeg dan kesucian Agama Islam.

Wednesday, 21 January 2015

Minyak Turun,Tarif Elektrik Dan Air Patut Turun Juga

Semalam 21-Jan-2015 Perdana Menteri mengumumkan "BERITA BAIK" ia itu buat masa terdekat,tarif elektrik tidak akan di naik kan.Pengumuman ini cuba memperbodoh kan rakyat. Pengumuman bahawa tarif elektrik tidak di naikkan cuba di sajikan Berita Baik.Walahal ia bukan berita baik,pengumuman yang sepatutnya adalah tarif elektrik air dan sebagainya di turunkan. Sebelum ini memang ada tindakan daripada kerajaan BN bagi menyemak [menaikan] tarif setiap enam bulan alasan mereka adalah kenaikan harga minyak,minyak dunia telah jatuh,jadi apa pula alasan mereka?,sepatutnya tarif bukan di kekalkan,malah patut di turunkan. Harga minyak dunia telah lama jatuh.Di pasaran Malaysia pula harga minyak sudah dua kali di turunkan tetapi sampai sekarang Syarikat-Syarikat Utiliti hanya diam membisu dan buat-buat tidak tahu.Dengan harga minyak jatuh lebih rendah sekarang dan makin jatuh, kenapa Malaysia tidak menurunkan tarif elektrik dan air. ***Sumber:harakahdaily

Sunday, 18 January 2015

Suami Umie Aida Kata UMNO Bodoh

Selama ini jika ada orang di luar UMNO kususnya daripada parti pembangkang yang berkata UMNO Parti BODOH,tentu kata-kata itu tak memberi kesan apa-apa. Namun ketika Tun Mahadir mengkeritik parti UMNO busuk hingga ke usus,kesannya memang jelas,menjejaskan UMNO dalam kala ngan orang melayu. Terkini Tim.Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Dato Seri Khairuddin Abu Hassan me manggil UMNO Parti Bodoh.Beliau sebelum ini menjadi pepular kerana berkahwain dengan artis Umie Aida. Khairuddin sebelum ini di keritik teruk oleh pemimpin UMNO dan NGO Pro UMNO kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad [1MDB] dengan suruhanjaya Pencegah Rasuah[SPRM] Bagi saya soal bodoh atau cerdik terpulanglah pada rakyat yang cerdik politik untuk menentukan nya,yang pen ting ISU IMDB ini wajar di beri perha tian serius oleh rakyat Malaysia,kerana ia membabitkan DANA awam yang berbelion ringgit. UMNO jangan jadi menang sorak kampung tergadai.Negara dan Rakyat tidak akan selamat hanya pengistiharan Projek Mega di sana sini ,tetapi rialitinya sedikit demi sedikit kedaulatan Negara tergadai dalam penjajahan moden melalui ekonomi kapitalis. Saya berharap ramai lagi pemimpin UMNO berani menyatakan kebenaran dan berjuang demi rakyat,Hatta jika terpaksa keluar dari parti yang kian reput itu. ****Sumber:Harakahdaily.