Seminggu lalu aku terkejut berok bila membaca pendedahan bekas Pengerusi Bank Rakyat,Tan Seri Sabarudin Chik,ia itu Deepak Jaikishan peniaga Karpit yang kontroversi,menawarkan penyelesaian mudah bagi membayar tunggakan hutangnya diBank Rakyat sebanyak RM.32 juta selama 10 tahun tanpa faedah dengan 120 keping Cek "POST DATED". TS.Sabarudin menyatakan Ahli Lembaga Pengarah [ALP] Bank tersebut telah menolak penyelesaian tersebut.Tetapi Deepak telah menggunakan pengaruh Politiknya,dengan campur tangan Menteri Perdangan dalam negeri Koperasi dan Pengguna [KPDNKK] Dato Hassan Malik ALP Bank terpaksa menerima. Aku nak tanya sikit neh,Polisi kerajaan mana yang di guna pakai oleh Bank Rakyat? bagi menyelesaikan perkara ini? Apakah itu Polisi Hassan Malik ?.Pada aku ini satu perkara yang tak betul,salah guna kuasa,apa istimewanya Deepak nie,dia bukan taraf Bumiputera,Bumiputera pun pinjam kena faedah,ameno putera kot???. Anak anak aku pinjam PTPTN kena 4%,pinjam beli keta 3-8%,pinjam beli rumah 4%,tapi Deepak pinjam 000% apa kejadah nie.Aku tak salaahkan ALP Bank 100%,depa nie di tekan oleh ahli ahli politik,tuu sebabnya Hasan Malek tak nak tanda tangan sambung Kontrek TS.Sabarudin sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang telah tamat. Eh...Eh...Eh..Istimewa sungguh kalau berkawan dengan YB-YB Menteri ameno,memang bagauh,banyak lagi salah guna kuasa oleh mereka mereka yang berkuasa-nie pun mungkin sebab TS Sabarudin Cik tak di sambung kontrak nya-tuu lee dia sanggup buka pekong nie-SPRN kenale tengok tengok depa nie,jangan jadi kucing kenyang, anda di amanahkan. INGAT !!!,Jangan ulangi skendal Bank Rakyat l975 di mana ia menjadi sejarah hitam,Pengerusinya ketika itu Dato Harun Idris,menyalah guna Bank Rakyat,menaja perlawanan Tinju Mohamad Ali dari Amerika dan Joe Bugner dari Britan.Oleh kerana ada boikut dari banyak pihak termasuk geng alif mim nun wau sendiri ia tak mendatangkan keuntungan. Ekoran dari itu Dato Harun Idris di tangkap,dibicara kan.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 setengah tahun di Penjara PUDU,Setelah menjalani separuh drp hukuman tuu,beliau di bebaskan tahun 1981 setelah mendapat keampunan. Aku rasa amat malang lee bagi rakyat Malaysia,apabila kes seperti nie di biarkan saja,...Apa pun aku harap pihak pihak berkaitan tidak terlepas pandang,bertindak lah seberapa segera yang boleh,supaya penyakit atau virus nie tidak berjangkit sampai keusus,menjadi busuk yang tak sanggup di hidu lagi...
Sunday, 8 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment