BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 26 June 2014

"SENIMAN AGONG P.RAMLEE"

P.Ramlee meninggal dunia secara mengejut di Hospitan Besar Kuala Lumpur pada29-05-1973 jam 05.30 pagi dlm usia 45 tahun. Kehilangan beliau amat besar kerugian pada kita,lebih lagi dalam Indastri seni perfilaman tanah air Kehilangan beliau sukar di cari ganti,boleh dikata kan beliau Seniman serba boleh. Aku adalah salah seorang peminat film Melayu,kalau ada film baru di tayangkan,aku dan rakan2 menyewa kereta pergi ke Ipoh atau Taiping dipanggung tempat film itu di tayangkan,selalunya film2 SB nie di tayangkan di Panggung LIDO. Di tempat aku hanya ada sebuah saja panggung,ia itu Panggung NEW PEPULAR Lenggong,dia cuma menayangkan film lama seperti film Tamil,Filifina dan film orang puteh, le nie dah tak dak dah panggung nie telah di roboh. Semasa hayatnya P.Ramlee nih terkenal sebagai Penyanyi, penggubah lagu,penulis scrip,pelakon dan Pengarah Film. Allahyarham semasa hayatnya berlakon lebih 200 buah film, mengarah film lebih 40 buah,menggubah lagu lebih 1000 buah lagu. 0leh jasanya bagitu besar dlm Indastri Film,Music beliau di anugerahkan pingat AMN.semasa hidupnya dan Pingat Tan Seri selepas beliau meninggal dan di abadikan nama satu jalan di Kuala Lumpur,ia itu Jalan P.RAMLEE,bagitu le, Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal kan nama,sama ada nama baik atau sebaliknya. Rakan akrab yang sama berlakon dengan nya S.Samsudin meninggal pada 04-06-2013 di Singapura dlm usia 84 tahun, terbaru seorang lagi rakan nya Dato Aziz Satar [Pak Ajis] meninggal pada awal tahun nei 2014.Semua mereka telah pergi meninggalkan kita,Al Fatihah untuk mereka,semoga roh roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan org2 yang beriman. Semua film P.Ramlee di minati ramai tua muda berbagai bangsa dari generasi aku hingga genarasi le nie,walau pun di buat dalam film hitam puteh dan kebanyakan di buat pengambaran dlm stedio saja.Kerana ia bukan saja hiburan,malah ia mengandungi nasihat,teladan,teguran dan sindiran,aku rasa semua rakyat Malaysia telah menonton film2 P.Ramlee nie. Di anrata Film2 P.Ramlee ialah Pendekar Bujang Lapuk, lakonan P.Ramlee,S.Samsudin dan Aziz Satar,dlm film nie kalau kita perhatikan terdapat dialog [kelas Dewasa] yang terus terngiang ngiang di telinga,apakah maksud tersirat di sebalik dialog tersebut?,benarkah dialog yang di cipta P.Ramlee untuk menegur pemimpin Ameno???. Ini ceritanya.Pada tahun 1959 satu Fistival Film Asia di adakan di Kuala Lumpur,pihak juri telah mengumunkan Filam Pendekar Bujang Lapok memenangi sebagai film:: Komidi terbaik di peringkat Asia,dan sejurus selepas pengumuman di buat,Tan Seri Ghazali Shafie pada masa tu sebagai Menteri Kebudayaan terus jumpa P.Ramlee di tem pat duduk peserta dan bertanyakaqn beberapa soalan, kejayaan beliau menggondol hadiah tersebut.P.Ramlee seperti biasa menggunakan bahasa pasar org Singapura ia itu LU-GUA.Dialognya begini:TS.Ghazali,macam mana You boleh menang malam nie.P.Ramlee:Gua buat film untuk masyarakat bukan untuk wang,TS.Ghazali:Tau le,tapi macam mana you boleh menang? macam macam juri,dari Hong Kong, German,Australia boleh pilih film you,sedangkan mereka tak tahu bahasa kita.P.Ramlee:Film dan lagu tak memerlu kan bahasa khusus,seni adalah bahasa universal..Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masya rakat untuk gua,ada nasihat,ada teguran dan ada sindiran agar masyarakat boleh berfikir...Gua pun kutuk Lu punya Geng, ha ha ha[ketawa kecil].TS.Ghazali:You kutuk apa? I tak nampqak pun?.P.Ramlee:Alif,Mim,Nun,Wau tu Lu punya geng le,TS.Ghazali:Ah...I tak faham le,P.Ramlee: Alif tu..akal,Wau tu Ugama,Alif tendang Wau,Sarkis, makna nya,Akal tendang[tolak] ugama,manusia menjadi seperti binatang sarkis,hidup tanpa ugama hanya layak untuk binatang haiwan saja,Alif,Mim,Nun,Wau tu kan bunyinya AMENO???.TS.Ghazali:Terkedu mendengar penje lasan P.Ramlee ketika itu. ***Patutle Sudin tak dikurniakan bintang[Pingat] fasal Alif Mim Nun Wau kooot!!!. Sumber:Dari Film Pendekar Bujang Lapok, Buku Seniman Agong P.Ramlee Tulisan Abdullah Hussin,Karangkraf 1984-Blog.

0 comments: