Malaysia
di serang
penyakit
Jiwa ??
Patut lee
hri nie kita
dapati ba-
nyak pe-
mimpin
Ameno Bee
End dari
pak-pak
menteri
hingga ke
chai-chainya bercakap merapu yang sepatutnya bercakap gitu,
pusing sana pusing sini membohongi rakyat.
Sakit Jiwa nie orang lee nie kata GILA,gila nie pulak ada ma-
cam-macam,ada gila babi,gila essin,gila bini orang,gila kumpul
harta,gila betina,gila ampu,gila judi dan berbagai gila,gila,gila.
Kalau nak tau lagi cer pergi ke Tangjong Rabutan Perak atau ke
Tampoi Johor,kita boleh lihat sendiri macam-macam orang gila,
Aku pada masa pegang jawatan dulu selalu ke Tangjong Ram-
butan nie kerana hantar orang gila mengamok di kampung ke-
Hospital Bahgia TR.
Penyakit Gila nie susah nak ubat dah,hantar saja mereka yang
gila nie ke Hospital Bahgia.....Tapi susah juga nak hantar mereka
ke TR atau Tampoi,kerana mereka nie tak mengaku mereka gila,
memang lee orang gila,mana nak mengaku mereka gila kan.
Di Perleman baru-baru nie (Nov.2017) YB.Menteri Kesihatan
DR.S.Subramanian telah memberi laporan kesihatan negara,
menteri nie bukan buat laporan deman dinggi,deman kura atau
sakit gigi.DR Subramanian memberikan statistik Penyakit Jiwa
dalam Malaysia,menurut laporan menteri itu 29.2% penduduk
Malaysia umor 16 tahun keatas mengalamani penyakit jiwa
(GILA) peratus ini telah di temui melalui kajian kesihatan dan
mordibiti kebangsaan tahun 2015,rujuk hansard Perlemen( Nov.
2017).
Kajian tuu aku rasa tak termasuk pongoh,bengis,cakap merapu
panas baran,tuu pun boleh di kategori penyakit jiwa (GILA),
kerana hari nie berlaku di Malaysia,terutama rakyat marhein di-
kampung-kampung dek kerana desakan hidup dengan kos sara
hidup meningkat,harga barang melambung GST di kenakan,tang-
gungan banyak,anak-anak sekolah,tambang bas,pendapatan ciput,
harga getah sekilo RM.2.nak beli sekeping belacan pun tak boleh.
Memikir kan perkara macam nie menjadi celaru,murung kadang
jadi pongoh,bengis,menggaru kepala yang tak gatal,berbagai bagai
kelaku tak menentu,mengeluarkan kata-kata kasar,babi,celaka,
haramjadah,kepala bu##h,kepala bapak kau dan lain-lain perka-
taan,ini tanda-tanda awal orang tuu dah mula di serang penyakit
jiwa,Sewel,Gila....
Wednesday, 29 November 2017
Thursday, 23 November 2017
DRAMA AIR MTA..DI DUN KELANTAN....
==============================================
Tindakan Ketua Pembangkang Adun Paloh (BN) YB.Nurzula
Mat Diah bersedih hingga terisak-isak mengeluarkan air mata,
selepas beliau di halau keluar dari persidangan DUN Kelantan
baru-baru ini aku rasa hanya satu lakonan saja untuk menarik
perhatian kot.
Di dalam Dewan,sama ada Dewan Parlemen atau Dun,Tuan
Speaker pemegang kuasa muttalak membuat keputusan YB nie
dia akur keputusan Speaker,lepas tuu dia nagih,dalam sebak
terketar-ketar tuu dia kata,"Tuhan akan balas".kerana Tuan
Speaker tak beri peluang dia bahas.
Natang apa pulak nak bahas,masa perbahasan kenapa YB nie
dok diam aje,bila dah sampai ke penghujung dan dah masuk
sessi penggulungan baru bangun nak bahas pulak.
Hahaha...che tengok...Cantiknya orang tua nangih wee,.........
Apa kata,aku beri satu petua,macam mana nak suruh YB nie
berhenti nangih....Petuanya begini,YB-YB PAS kena bagi dia
cermin besor,suruh dia lihat sendiri rupa dia nangih tuu,cantik
ke...manis kee atau bekeriput ke,pasti dia berhenti nangih.
Bila aku tengok orang nangih nie,aku teringat bintang air mata
dari SB.Singapura Neng Yatimah,rupa-rupa nya di Dun Kelantan
pun ada bintang air mata ya!.
Boleh lee kita nobatkan YB.Nie sebagai Pelakon Terbaik
Bintang Air Mata DUN Kelantan.......Anda setuju ????........
Posted by Anak Kampung Sumpit at 07:09 0 comments
Thursday, 16 November 2017
BENDERA PAS KEMBALI BEKIBAR DI PUSAT KHIDMAT DUN SALOR.
================================================
Tepat jam 09.20 malam tadi Bendera Gergasi PAS di naik kan di-
Pekarangan Wisma Pusat Khidmat DUN Salor Pendek malam
ini.
Upaca menaik kan bendera di iringi nyanyian lagu PAS.
Lokasi tempat berlangsung program penuh sesak dengan orang
ramai di segenap penjuru.
Malah banyak kereta di parkir sehingga di ats Jambatan Salor-
Tendong,kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan sehingga lebih
1 Kilometer dari Kampung Kota.
Program bermula dengan Solat Maghrib,kemudian di ikuti solat
hajat yang di imamkan oleh anggota jawatankuasa Dewan Ulama
PAS Kelantan,Ustaz Nik Razi Nik Mat.
Yang di Pertua PAS Kubang Kerian,Ustaz Abdul Rahman Yunus
berkata,beliau terlalu gumbira dapat datang semula kebangunan
milik PAS di Pendek Salor.
### harakahdaily...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:16 0 comments
Diskriminasi Terhadap Islam:Mufti Pahang...
KUANTAN:
"Ini ada lah
salah satu bentuk
diskriminasi ter-
hadap Islam,"
kata Mufti Pahang
Datuk Seri DR.
Abdul Rahman,
mengulas mengenai
Isu larangan pekerja
wanita bertudung
oleh hotel antara
bangsa di negara
ini.
Beliau berkata,per-
kara itu tidak sewa-
jarnya berlaku
kerana pemakain tudung ada lah wajib bagi wanita muslim.
"Larangan itu tidak sesuai dan bertentangan dengan apa yang di-
gariskan oleh Islam.Ini berkaitan dengan aurat.Tutup aurat bukan
satu perkara yang boleh di pilih-pilih,tetapi ia perkara wajib.
"Cara (larangan) itu satu petanda yang mereka tidak hormat Islam,
sedangkan tudung itu salah satu tuntutan,"katanya.
Menurutnya,pihak terlibat sepatutnya faham orang Islam mengikut
satu perentah yang telah di garis kan oleh agama.
"Mereka ini kena faham,sebab negara kita ini Islam,agama rasmi",
katanya.
Dalam pada itu Abdul Rahman mahu tindakan tegas di ambil keatas
pihak berkaitan yang cuba mencabar undang-undang negara ini.
### sumber....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 18:33 0 comments
Hormati Perlembagaan,Terima Kepelbagain,TS.Lee Lam Thye...
-----------------------------------------------------------------------------
Shah Alam:Semua pihak seharusnya menghormati Perlembagaan
Persekutuan dan menerima pelbagai kaum serta agama sebagai
Identiti unik Malaysia.
Aktivis Masyarakat,Tan Sri Lee Lam Thye (gambar atas) berkata,
dakwaan bahawa larangan bertudung bagi wanita Islam yang ber-
kerja di barisan hadapan sektor perhotelan tidak seharusnya berlaku.
"Dakwaan mengatakan ia selaras polisi di peringkat antarabangsa
tidak boleh di terima.
"Kita harus sentiasa berpegang kepada flasafah di mana bumi di-
pijak di situ langit di junjung,kita harus sentiasa mengikuti dan meng-
hormati adat istiadat serta kebiasaan di tempat kita berada," katanya
dalam kenyataan semalam.
Menurutnya,orang luar yang berkunjung ke Malaysia juga harus
hormati agama dan budaya di amalkan rakyat negara ini tanpa
prejudis atau fobia.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 17:46 0 comments
Wednesday, 15 November 2017
ISU TUDUNG:TINDAKAN PADA MAJIKAN DISKRIMINASI.......
DATUK SERI ISMAIL ABDUL MUTALIB TIM.MENTERI SUMBER MANUSIA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kementerian Sumber Manusia memberi amaran tidak akan
berkomporomi untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
majikan yang didapati melanggar hak serta melakukan diskrimi-
nasi kepada pekerja-pekerja di Malaysia.
Timbalan menterinya,Datuk Seri Ismail Abd Talib berkata,
Produktiviti dan prestasi syarikat adalah fokus yang harus di beri
keutamaan berbanding isu konsip pemakaian yang konon nya melang-
gar etika antarabangsa.
Menurutnya,dalam etika berpakaian dalam kalangan pekerja,selagi
mereka tidak memakai pakaian yang melanggar norma budaya,
bangsa dan agama ia tidak perlu di persoalkan oleh majikan,apatah
lagi dalam isu pemakaian tudung.
"Saya mahu memberi amaran kepada majikan dalam semua sektor
sama ada awam atau swasta,jangan laku kan diskriminasi atau hala-
ngan kepada sesiapa yang ingin memakai tudung ketempat kerja
kerana ia langsung tidak melanggar mana-mana akta kerja 1955
(Akta 265) atau akta perhubungan perusahaan 1967 (Akta 177).
"Utamakan Produktiviti dan kemajuan syarikat,jangan duduk sebuk
fasal larangan pakai tudung atau tak", katanya yang turut menggesa
para pekerja melaku kan aduan ke Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
sekiranya mereka tertindas atau diskriminasi oleh majikan dalam isu
pemakaian tudung.
"Jika ada pekerja wanita yang di tamatkan kerja sebab bertudung,
laporkan kepada kita (JTK) dan kita akan siasat majikan tak bertang-
jungjawab itu.
"Tindakan boleh di ambil mengikut faedah penamatan kerja dan faedah-
faedah lain di bawah akta Pekerja 1955 (Akta 265) atau representasi
pemulihan kerja di bawah seksyen 20 akta perhubungan perusahaan
1967," katanya di Putrajaya pada selasa.
Jelasnya lagi,Perlembagaan Negara jelas mengenai hak rakyat untuk
mengenakan pakaian mengikut kepercayaan agama mereka dan pihak
lain kena menghormati.
"Jika keadaan diskriminasi ini terjadi ia boleh meresahkan semua
kaum.Jadi perlu adanya persefahaman dan keharmonian dalam
masyarakat untuk kesejahteraan negara,"ujar beliau.
### Sumber:Watan Online...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:53 0 comments
Tuesday, 7 November 2017
EH..EH..EH..BAGAUHNYA DAN MANISNYA BAHASA DS.NAJIB..NIE...
================================================
Aku cukup terkejut,apabila mendengar ucapan DS.Najib Perdana
Menteri kita merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang berucap di-
Perhimpunan Agong MCA Parti Komponan Bee End pada 5-Nov.2017
lalu.
Apa yang aku terkejut sangat bahasa yang di gunakan,"Kepala Bapak
Kau,""Bodoh", sepatutnya perkataan macam tuu tidak terkeluar dari
mulut seorang Perdana Menteri pemimpin No 1,Negara.
Kalu nak marah macam mana pun pada pembangkang, usah lee ber-
emosi sangat,pelihara lee adat sopan kita,nanti rakyat ramai membuat
tafsiran yang tak enak.
Dedulu akau masih ingat Ucapan DS Najib di Felda,dia menyumpah
seranah "Haramjadah"-"Bangang"-"Bangsat".
Aku rasa perkataan ini sudah menjadi kebiasaan pada pemimpin Umno
Bee End.Perkataan Haramjadah-Bangsat-Bangang-Kepala Bapak Kau-
Bodoh sinonin menjadi ratip pemimpin Umno.
Nak marah pada pembangkang?,tuu memang lee kerja pembangkang
dan rakyat dalam sebuah negara demokrasi,kerajaan bukan maksum
ada membuat kesilapan,rakyat serta pembangkang kena tegor,apabila
kena tegor jangan lee melenting,jawab lee dengan berfakta kerisauan
rakyat.
Nak harapkan pada Pak-Pak Menteri Umno-Bee End,bak kata lirik
sebuah lagi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee-Di suruh duduk-duduk,
di suruh angguk-angguk,di suruh geling-geling,apa akan jadi kalau
Rakyat and Pembangkang tak bersuara.
Perkataan Haramjada,Kepala Bapak di khuatir akan menjadi ikutan
anak-anak kita.Lee nie mak pak jangan lee rasa terkejut kalau anak-
anak kita menyebut perkatan ini di depan kita,jangan marah,kerana
memang ada gurunya,mungkin anak-anak kita boleh kata lebih baik
Kepala Bapak Kau,Penipu,Lidah Bewok [lidah bercabang] dan se-
bagainya.
Ds Najib dan Menteri-menteri Umno nie cakap depan 0rang Melayu,
"DAP akan munguasai kerajaan Malaysia sekiranya Bee End tumbang
dalam PRU nanti,Bercakap depan orang Cina lain pula,"Beri tahu
orang-orang Cina,DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan,rialiti nya PRU
lepas,mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan.DS.Najib 51117.
Weh..Weh..Weh..nie lee bercakap dalam dua wajah.di sana lain,
di sini pula lain hahaha...aku tergelak terguling-guling....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:27 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)