BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 23 March 2018

Malam Ini seorang Guru Pondok K'tan Kembali Sertai PAS...
















===============================================

PH  di Kelantan khususnya PAN  terus menerima tamparan apabila
malam tadi seorang ulama yang di sanjungi oleh puak-puan PAN ia-
itu Baba Zul kembali menyertai PAS secara rasmi.

Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan
Guru Timbalan Presiden dalam majlis ceramah Bangkit Pertahan
Kelantan di Bachok pada malam ini...

Baba Zul atau Tuan Guru Haji Zulkarnain Harun memang amat dike-
nali di Kelantan sebagai seorang Guru Pondok yang di segani...oleh
kerana sebelum ini banyak maklumat yang di sampaikan kepada
beliau adalah maklumat yang salah menyebabkan beliau mengambil
keputusan menyokong HUSAM dan PAN.

Tapi dengan izin Allah,berkat doa ahli-ahli dan penyokong PAS...
beliau akhirnya dapat melihat sendiri dan menilai sendiri mana kah
Intan dan manakah Kaca...justeru ini menunjukan bahawa  PAN sudah
mula mereput hasil fitnah dan adu dumba yang depa jaja selama ini...

Insya Allah fenomena ini akan bertiup keseluruh negara dan tidak
mustahil ramai lagi yang akan kembali memperkuatkan PAS  bagi
menghadapi musuh utama perjuangan PAS  ia itu UMNO BE END
serta PAKATAN HAPRAK yang masih belum putus-putus menye-
rang PAS dari segenap sudut.

Tahniah kepada seloroh ahli dan penyokong PAS khususnya di
Bachok dan seloroh negara amnya.

alfaqir ilallah ppk
----------------------------------------------------------------------------------

TOLAK PEMIMPIN RASUAH BUKAN RETORIK















=============================================

TAHNIAH  Tan Sri Rafidah Aziz,bekas menteri kabinet merayu
rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup.PAS sokong
120 peratus.PAS tidak kompromi masaalah rasuah sama ada di da-
lam parti atau di luar parti.

Kenyataan Datok Paul Low,menteri di Jabatan Perdana Menteri,
mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH,mena-
kala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempuh 2013-
2017,Alhamdulillah.

CPI negara semakin merosot,kita di kejutkan dengan berita kedu-
dukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot,dan berkongsi
kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba, menurut laporan
indeks Persepsi Rasuah 2017 yang di keluarkan oleh Transparmacy
Internasional,kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55
kepada 62 daripada 180 buah negara.

PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi,
Marah gejala rasuah,bukan kerana dedak tidak cukup,marah kepada
rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa,walaupun sewaktu kita
ada kuasa dua kali lima,lima kali dua sahaja.Marah kepada rasuah
bukan hanya retorek semata-mata,kerana akhirnya diri juga ter-
palit dengan rasuah.

PAS menentang rasuah kerana di larang oleh Allah SWT.Sebagai
mana Sabda Rasullullah SAW bermaksud,"Pemberi rasuah dan
penerima rasuah ada di dalam Neraka".PAS Istiqamah menen-
tang rasuah.

PAS juga menentang politik kronisme,koruption,nepotisme, [KNN]
istilah yang cukup pepular sewaktu zaman repormasi 1988. Cuma
sekarang menjadi bahan sejarah sahaja.PAS juga menentang klep-
tokrasi.Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.

PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang
lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah.Jenayah rasuah ini amat
merbahaya kepada negara dan rakyat.Selain menyebabkan ketirisan
dan pembaziran wang negara,turut mempengaruhi imej negara da-
lam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.


Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden Pas.

Wednesday, 21 March 2018

UMNO MAKIN BERTELAGAH.
















Berikutan tergantungnya kain rentang,di antaranya bertulis
#Tolak Johari Ghani,Kelab Aku Budak Chow Kit  [KABCK]
berkata,pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada ia meru-
pakan anggota kelab nya atau tidak.

Ini kerana Pengerusi kelab tersebut Ahmad Ayub Ramli berkata
KBCK mempunyai anggota di sekitar Kuala Lumpur dan beliau
tidak dapat memastikan sama ada perbuatan berkenaan di laku
kan ahlinya.

Bagaimanapun Ahmad mengaku,beliau tidak menyukai anggota
Parlemen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani kerana di-
dakwa sering memberikan alasan untuk tidak menghadiri program
anjuran kelab berkenaan.

Namun,katanya ia tidak bermakna beliau mengarahkan anggota
nya melakukan perkara sedemikian.

"Nak kata ya [sama ada menggantung kain rentang anti Johari]
tak boleh,nak kata tidak pun tak boleh,sebab ahli kita merata-rata
di Kuala Lumpur".

"Saya memang tak suka Datuk Jo [Johari] sebab dia dah hampa
kan pengundi-pengundi di Titiwangsa,ahli kelab kita ni semua
pengundi-pengundi dia di Titiwangsa."

"Setiap majlis yang kita anjurkan satu pun dia tidak hadir,tapi
majlis yang di anjurkan orang asing dia datang.Dia lebihkan
masyarakat asing dari pengundi dia."

"Kita dah terbuku lama dengan sikap pemimpin yang bongkak,
sombong dan rasa steady dengan jawatan dia," kata nya  pada
Malaysiakini.

Nama KABCK muncul ekoran kelab itu secara terbuka meng-
kritik Johari dan menyatakan sokongan terhadap kain rentang
anti Johari di Facebook.

Salah satu gambar memaparkan wajah Johari,di pangkah,
menakala satu lagi gambar menampilkan kira-kira 20 orang
belia memakai baju kemeja T dengan masej 'Asalkan bukan
Joe Ghani #ABJ.

Kain rentang berkenaan di percayaai di gantung di sekitar
kawasan Chow Kit dan Keramat.Ekoran itu Menteri Kewa-
ngan Kedua itu mendakwa,beliau di sabotaj anggota partinya
sendiri,seperti di laporkan mk.

"Terdapat seseorang di Bahagian Umno,saya berminat menjadi
calon di Titiwangsa dan mulakan kempin memburuk-buruk kan
wibawa saya."kata Johari merangkap Ketua Umno Bhg Titiwangsa
itu tanpa menamakan org tersebut."Apa pun saya tiada masaalah
dengan hal ini,kerana pengundi di Titiwangsa yang akan memu-
tuskannya,"kata Johari lagi.

PRU 2013,Johari hanya menang dengan mejoriti tipis ia itu se
banyak 886 undi.Pada PRU 14 ini,beliau di jangka di cabar Tim-
balan Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu Wan Saiful Wan
Jan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh-mk.                                                   
  

DI SINDIR "MANA HUDUD" DALAM MANIFESTO,INI JAWAPAN PAS.




















-------------------------------------------------------------------------------

Shah Alam:Ahli Parlemen Pasir Mas,Nik Mohamad Abdoh Nik
Abdul Aziz menyifatkan pengkeritik manifesto Gagasan Sejahtera
[Gagasan] sebagai berotak sempit.

Beliau yang juga merupakan pemimpin kanan PAS menegaskan
Manifesto yang baharu di lancarkan gabungan parti itu baru  baru
ini,cukup 'Rencah' Islam dan sempurna.

"Apabila Gagasan melancarkan manifesto Malaysia Sejahteranya
[peringkat pertama],kamu [baca Amanah] segera melancang,mana
hudud?,Pas bohong,penunggang ugama!.

"Fahamilah manifesto itu dengan teliti,kamu akan temui semua se-
kali daripada ajaran Islam.Islam yang sempurna,menyeloroh  dan
bersifat sejahtera dan sederhana", katanya dalam satu perkongsian
di Facebooknya,hari ini.

PAS yang menerajui Gagasan Sejahtera [Berjasa,Ikatan] pada Ahad
lalu melancarkan Manifesto mereka di Cyberjaya.

Namun selepas di lancarkan,beberapa pihak kemudian menimbul
kan persoalan mengenai kedudukan hudud di dalam manifesto
mereka.

Antara pihak yang membangkitkan ia lah Pengarah Syariah Amanah
Zolkharnin Abidin berkata,tiada kenyataan khusus berkaitan perlak-
sanaan Syariah Khusus hukum hudud dalam tawaran gagasan sejah-
tera.

Mengulas lanjut,Ahli Parlemen Pasir Mas itu menegaskan 'semuanya
ada dalam manifesto mereka'.

"Akidah yang benar,Ibadah yang sahih,Ikhlak yang luhur,undang-
undang Islam yang adil,pemerentah yang bersih berintegriti   dan
kehidupan rakyat yang makmur sejahtera.

"Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahgian gaga-
san islam sempurna yang di tawarkan oleh PAS demi Malaysia yg
lebih baik selepas PRU 14 nanti," katanya.

Katanya lagi,malang akal sempit tempurung otak.Tempurung untuk
otak,bukan untuk akal,akal biarlah luas seluas islam.

"Berpuluh tahun Pas berjuang menerang dan menerangi,anda masih
di kelas peralihan,tidak naik-naik.Lebih tak menahan," Amanah
terus jatuh kelas.

"Daripada faham bertahun-tahun tiba-tiba jadi tak faham.Gejala
DAP apakah ini?.Islam haru, guru menggaru?"sinisnya.

Saturday, 17 March 2018

SIAPA PILIHAN ANDA !!!,PRU-14 NIE ???..

Siapa Pilihan Anda,PRU
14 Nie ???...
======================

Barisan Nasional Umno+MCA
+MIC+Gerakan dll di pimpin
oleh DS.Najib.

Pakatan Harapan,DAP+PKR+
Amanah+Bersatu di pimpin oleh Tun Dr Mahathir.

Gagasan Sejahtera,PAS+Ikatan+Berjasa+Parti Cinta Malaaysia
(PCM)+Ngo-Ngo.di pimpin Ds.Hj.Abdul Hadi Awang.

Banyak lagi Parti-Parti Politik,kalau kita semak di Pendaftar Per-
tubuhan (ROS) hampir 50 buah parti politik berdaftar di seloroh
negara termasuk Sabah dan Serawak,tapi yang menonjol hanya
3 kumpulan nie saja.

Umno di tubuhkan pada 11 mei 1946 di Istana Johor oleh Datuk
Onn Jaaafar,tapi Umno tuu dah kebus dah (mati) di matikan di-
Mahkamah,akibat berebut kuasa pada 4 feb.1988.Umno leenie
Umno Baru,di tubuhkan oleh Tun Dr.Mahathir,tapi tun pun dah
keluar dari Umno.

Kursi-kursi pula yg akan di pertanding dlm PRU 14 nie sebanyak
222 kerusi Parlemen dan 587 kerusi Dewan Undangan Negeri se-
takat ini.

Dalam PRU 14 nanti,pengundi ada 3 pilihan,BN,Pakatan Harapan
dan Gagasan Sejahtera.

Umno+BN yg memerentah Malaysia lebih 60 tahun,leenie semua
orang tau,tidak boleh bergantung harap lagi menjadi tuan bagi men-
jaga bumi bertuah negara Malaysia.

Umno di timpa pelbagai musibah,kerosakan berlaku tiap hari oleh
pemimpin no 1 hingga keakar umbi,mereka dengan rakus meratah
harta-harta negara (harta rakyat) mengkayakan diri sendiri,anak
bini,kroni-kroni,macam-macam isu melanda negara,Rasuah berse-
kala besar,skandal IMDB,hilang Tanah Felda,skandal Fedlot Cor-
poration (NFC),menipu bani Melayu,cukai GST,kenaikan harga
barang,kos hidup semakin tinggi membenban kan rakyat.

Mereka banyak menyalahgunakan kuasa,Rasuah pula miningkat,
mengikut statistik 92 ahli politik BN dan Pakatan Harapan terlibat.
2013-2017 ini cukup membimbangkan kita,71 pemimpin Umno/BN
dan 21 dari Pakatan Harapan,ini menjadi cukup resah dan gelisah
kerana kerajaan BN atau Pakatan Harapan mempunyai rekod tidak
bersih,tidak boleh di harap memimpin negara.

Statistik rasuah nie,bukan aku kutip tepi jalan,atau di kedai-kedai
kopi,statistik nie di beri oleh Pak Menteri sendiri-Menteri di Jbt
Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan di Parlemen dua hari
lalu.Lagi mau caya ke BN-Harapan 2x5 aje.Pengundi harus  bijak
memilih.

Pengundi jangan boikot,atau rosak kan undi anda,anda ada alter-
natif lain,ia itu pilihlah Gggasan Sejahtera yg di pimpin oleh PAS.
Ini sudah terbukti intergeriti pemimpin terbaik,amanah dan ada
wawasan dunia akhirat.

PAS sejak memerentah Kelantan 1999-2018,hampir 30 tahun
tidak seorang pun di dakwa rasuah oleh SPRM.Walau pun hari
nie Pas di dakwa oleh pihak-pihak yg cukup benci pada Pas ber-
bagai bagai dakwaan,namun pemimpin-pemimpin Pas di semua
peringkat bebas dari rasuah dan salah guana kuasa.Data dari
SPRM boleh jadi bukti.








Sunday, 11 March 2018

TANPA KAMU,KAMI TEWAS-AZEEZ MERAYU SOKONGAN GURU.















===============================================

Himpunan guru-guru kerana Pilihanraya,attas nama perjumpaan
Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia bersama warga
Pendidik Daerah Baling.

Peluang untuk ahli Parlemen untuk buat rayuan.Itu lah yang dilaku
kan ahli Parlemen Baling merayu sokongan guru untuk  memasti
kan kemenangan BN dan dirinya di Baling pada PRU kali ini.

Menurut Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,sokongan guru
menentukan kepimpinan negara kerana 25 ratus sokongan Chegu-
Chegu sumbangkan kemenangan.

"Saya merayu sokongan guru-guru.Tanpa kamu,saya  berani
jamin kami akan tewas," katanya di perhimpunan di dewan 
Maktab Rendah Sain Mara (MRSM) Baling semalam.

Abdul Azeez berkata,undian guru pada PRU kali ini juga penentu
kepada masa depan warga pelajar.

"Saya merayu..saya merayu demi masa depan anak-anak,pastikan
masa depan hala tuju mereka terjamin.

"Mereka tidak berdosa Chegu.Saya minta janganlah kita terpedaya
terpesona dengan hasutan pelbagai pihak," katanya di petik Sinar
Harian.

KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN SIAR BERITA PALSU IMDB.
















==============================================
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi amaran akan
mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyi-
arkan berita palsu terutamanya berkaitan I Malaysia  Development
Berhad (IMDB) sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya,Datuk Seri Jailani Johari berkata sehubungan
itu,kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-
media Malaysia (SKMM) kini sedang memantau perkara berkenaan.

"Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu
dalam negara,kita dapati beberapa isu turut di semarakkan oleh
sumber-sumber dari luar negara.

"Terbaru,dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
kementerian telah mengenal pasti beberapa portal berita dalam ta-
lian yang telah menyemarakkan kembali isu IMDB, susulan ram-
pasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara  te-
tangga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan
Program Negaraku:Menghubung,Menyatu (CTU) peringkat negeri
di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda dekat Sik Kedah hari
ini.

sumber:Bernama.

Friday, 9 March 2018

BABI:MASJID BELANJA RM.34000 'RELA MAKAN BABI' PROF DR.RIDHUAN TEE.

Sunday, 4 March 2018

MCA BOIKOT NAZRI AZIZ

Majlis Rumah terbuka
sempena Tahun Bahru
Cina yg di anjurkan
anggota Majlis Tertinggi
Umno Dato Seri Mohamad
Nazri Aziz menerima sam-
butan baik daripada Masya-
rakat Cina.

Menurut laporan Nanyang
Siang Pau,kira-kira  1,000
hadir di rumah terbuka di-
kawasan Parlemen Padang Rengas pada Jumaat lalu, walau
pun MCA memboikot majlis itu.

Pemimpin MCA setempat yg mengumumkan Boikot terhadap
Nazri ternyata tidak hadir pada majlis itu,menurut laporan ber-
kenaan.

Bagaimana pun akhbar itu melaporkan pemimpin Gerakan
tempatan hadir pada acara tersebut.

Nazri dan pemimpin MCA sejak beberapa hari lalu saling
bertikam lidah berhubung isu membabitkan jutawan Malaysia
Tan Sri Robert Kuok.

Ketika majlis malam tadi,Nazri tidak menyebut mengenai
komplek dengan MCA sebaliknya memberi tumpuan kepada
sumbangan beliau kepada masyarakat setempat.Beliau secara
berseloroh menyatakan setiap kali kembali kekawasan nya
ramai "aunties"akan melawatnya untuk minum teh.

Nadzri menegaskan,sebagai anggota Parlemen,beliau menjaga
semua orang tanpa mengira agama kaum atau politik.

Dalam majlis itu,Nazri menyerahkan kira-kira 200 paket
angpau kepada warga tua.

Perang mulut antara Nazri dan pemimpin MCA bermula ketika
menteri itu menggelar Kuok sebagai Pondan dan mencabarnya
melepaskan kewarganegaraan Malaysia.Ini berikutan Dakwaan
Bloger Raja Petra Kamaruddin yang menuduh jutawan itu mem-
berikan dana kepada DAP untuk menjatuhkan Kerajaan Malay-
sia.

Kuok menapikan dakwaan Raja Petra dan mengatakan dia berhak
untuk mengambil tgindakan undang-undang terhadap penulis itu.

Nazri kemudian berkata,beliau gumbira dengan penjelasan Kuok,
tetapi tidak akan meminta maaf terhadapnya.

MCA Boikot Nazri Aziz,MCA terus mendesak Nazri memohon
maaf,menyebabkan perang mulut antara kedua-dua pihak  ber-
larutan.

Friday, 2 March 2018

SEPETANG DI WARONG KOPI PAK LONG...

    Macam mana Umno boleh
perentah negara,sampai gitu
lama???.

Gitulee yang selalu kita dengar
di warong-warong kopi,lebih le-
bih lagi demam pilihanraya dah
menolar seloroh negara  hingga
sampai kekampung-kampung
di pendalaman.

Penoreh getah,Nelayan,Petani
Pak-Pak Aji,Lebai bersembang
berbual di warong kapi bertanya sesama sendiri,masing-masing
berasa heran n ajaib,apa rahsianya atau apa resepinya mereka
dapat mengekalkan kuasa memerentah Malaysia sejak merdeka
hingga ke leenie? yang turut berasa heran Mat Kulat dan rakan
rakan nya tukang panjat pokok ambil upah memasang bendera
pacak bendera Umni/Bn tiap kali pilihanraya.

Al-Maklum lee, orang kampung,di warong,kedai kopi lee tem-
pat mereka sembang,berbincang setelah penat bekerja,kedai
kopi ini lee seolah-olah meja bulat tempat luahan sembang me-
reka nie menyentuh pelbagai topek,kisah rumah tangga,bab
mencari rezeki,kisah politik dll boleh kita dengar.

Di satu petang selepas asar di warong kopi Pak Long disebelah
masjid banyak pak lebai,pak aji berlabun,bersembang di situ,ter-
masuk aku,tapi aku tak ambil bahagian,cuma menjadi pende-
ngar aje

Tengah rancak pak aji-lebai bersembang,tetiba masuk Haji
Dollah,dia terus memesan secawan Kopi "0",Haji Dollah nie
seorang yg di hormati di kampung tuu,kerana budi pekerti baik,
ilmunya,luas pandangan nya,lebih-lebih lagi beliau bekas imam
kampung tuu.

Haji Dollah bertanya,apa yang rancak bebenor mika bincang nie?
Jawab Lebai Saad,takdak apa Aji,cuma kami rasa hairan,kenapa
Umno boleh begitu lama memerentah negara?

Ooo !!!, mika sembang politik ya! Pak Aji Dollah membetulkan
kedudukan nya sambil menghirup kopi 0 panas lalu berkata,aku
nie dedulu OKU,oku ni bukan orang kurang upaya,tapi oku disini
Orang Kuat Umno,pernah menyertai Pemuda Tahan Lasak,tapi
leenie lepas umno kebus (diharamkan) pada 4Feb.1988 aku pun
caulee,aku dah nampak banyak kudis,puru,panau kat umno,lee
nie aku tak masuk mana-mana parti lagi.

Tapi aku ada sedikit pengelaman,aku masuk pilihanraya sejak
pertama kali tahun 1955 lagi,udah 13 kali,nie PRU 14 nie kalu
ada umor Insya Allah aku sertai.

Mika heran ya?kenapa umno boleh perentah negara gitu lama?
umno nie cukup bijak,licik,bijak menipu melayu bangsanya sen-
diri,maaf ya,aku menyebut umno nie terpaksa,kerana demo lee
dok perentah negara.Mereka nie asyik dok meratah harta negara
membore perut,anak pinak,kroni keluarga,mereka zalim,zalim
tuu mengikut Islam,bukan saja bunuh orang,ia meletak kan satu-
satu benda tuu bukan pada tempatnya,zalim lee tuu,termasuk
diri kita sendiri.

Umno nie dah tahu kelemahan orang melayu,taat membuta tuli
boleh di kelentong di ugut,leenie bila dah hampir pilihanraya
MODOS OPERANDI  mereka menakutkan orang melayu,katanya
kalau umno kalah pru nie,abih lee org melayu,cina memerentah,
agama islam,ekonomi melayu hak hak melayu abih,ini yang mena-
kutkan orang melayu,terutama di kampung-kampung di penda-
laman.

Maklum lee,orang melayu di didik dengan ketakutan,hantu,polong
hantu raya pelesit,toyol dan pelbagai hantu,orang melayu dedulu
kalau anak anak bermain melambung kain waktu senja,di larang
nya,Oooi,Awang,mek,jangan dok lambung kain tu,nanti rimau
masuk kampung,pada takut kain tuu jatuh ketanah,nanti kena Tahi
ayam,kerana kain tuu hanya selei tuu aje,kepada anak dara di la-
rang menyanyi waku di dapur memasak,nanti dapat laki tua,pada
hal takut masakan tuu jadi hangit,asyik menyanyi aje,banyak lagi
pantang larang org melayu,padahal disebalik tegahan itu ada jua
kebaikan nya.

Lagi satu hari nie,kamu boleh lihat,tengok dengan mata kepala
sendiri,menjelang PRU umno gunakan pelbagai umpan,membuat
janji menabur dedak,orang melayu makan dedak hingga tercekik,
makanlee umpan tuu,kerana tuu duit kita yang membayar cukai
termasuk GST dll,tapi ingat ! kenalee jadi ikan cerdek,makan ja-
ngan gelojoh,jangan telan mata kailnya sekali,jangan jadi ikan
pedukang gelojoh,telan sekali mata kailnya.

Umno menggunakan seloroh agensi kerajaan SPR,persempada-
nan semula kawasan pilihanraya,kumpul sumber kekayaan,kawal
sumber maklumat,biar musuh menyalak hingga letih,baru merek
menerkam,paksa ahli taat setia,kehakiman,jbt peguam negara,polis
dan lain-lain,sebab tuu mereka boleh berkuasa gitu lama.

Tapi takpe!!! orang melayu yg semacam nie,dah tak banyak dah,
dah kebus (mati) yg ada sikit-sikit hanya di saloran 1 aje,orang-
orang muda dah takmoh dah ereka nie.

Alhamdulillah,Apa yang dikatakan Hj.Dollah tuu aku nampak
mereka cukup ceria dan mengangguk bermakna diterima oleh
mereka,kira-kira 15 orang di warong kopi Pak Long tuu.


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum,sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri"
Ar-Ra'd 11,