BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 October 2020

Wah !!!.Hebat Sungguh Politik di Malaysia nie.. HA5 HA` HA HAA h ha h` `h

   









Gambar hiasan je..Ketawa hairan.........................

---------------------------------------------------------------------

Semua orang tahu,selepas PRU14 2008,politik Malaysia

bercelaru,kerana Melayu Peribumi Muslim sebagai pendu-

duk mejoriti gagal melihat memerhati dengan matahati apa

yang terjadi,inilah merupakan Qada dan Qadar dari Allah.

UMNO-BN,selepas kalah teruk dlm Pru 14,jadi sewel,ke-

rana kehilangan kuasa,maklum lee,sudah 60 tahun lebih 

berkuasa,tetiba tertungging dlm PRU,dahlee dapat kerusi

ciput,berlaku pula drama katak lompat,tidak ada kesetiaan,

leenie UMNO-BN jadi pembangkang.


Che tanga diri kita,kenapa PH moncol?.ia tak lain untuk

menumbangkan BN,kerana parti melayu nie telah menyim-

pang jauh dari perjuangan asal,iaitu untuk agama,bangsa dan

tanah air,dalam kontek negara berbilang kaum.


Pas tuu,cuba renung pula,kenapa PH tumbang?ini kerana

takdir Allah jua,selama 22 bulan PH menerajui negara,dia

tak dapat tunaikan janji-janji pilihanraya nya,asik dok mela-

wak pada rakyat,mereka dok bergocah sesama sendiri rebut

jawatan no satu (PM).


Dengan takdir Allah jua pada  mach 2020 kerajaan PH 

yg di monopoli oleh DAP turtungging pula,selepas Tun

Mahathir Pm,KE-7 meletak jawatan.Dan dengan takdir

Allah TS,Muhyddin Yassin di lantik jadi PM.ke-8,de-

ngan sokongan UMNO/BN+PAS+Bersatu+GPS dan

lain lain menubuh kerajaan di namakan Perikatan Na-

sional.

Rakyat Malaysia hingga keakar umbi menyokong penuh,

kerajaan PN,selain Allah mengembalikan kuasa politik

Melayu Islam,kerajaan PN nie setakat nie gitu perihatin

kesusahan rakyat,terutama kita berhadapan dengan pende-

mik Virus Covet 19 yg melanda negara.

Hari nie kita terkejut beruk tetiba tok seri Anuar Ibrahim

mengadap DYMM Seri Peduka Yang di Pertuan Agong

menyata kan,beliau ada nombor sekongan ahli parlemen

termasuk Ahli Parlemen UMNO untuk jadi PM ke-9,pas

tuu,tok seri Zahid  Presiden umno pula kata,banyak  Ap.

umno menyokong Anuar.

Hari nie Umno/Bn telah menjadi sebahagian kerajaan

setelah menjadi pembangkang selama 22 bulan,sepatut

nya peluang ini dapat mengukohkan kedudukan,bersabar

lah,tiada abang besar dlm PN,sepatutnya kokohkanlah

kerajaan PN bantulah kerajaan bukan berebut kuasa,kalo

nak tunjuk siapa hebat pun tunggu lee PRU 15 nanti,bantu

rakyat,kerajaan menhadapi perang dengan musuh yang tak

kelihatan.

Ingat lee,wahai ahli-ahli politik jangan sampai rakyat muak

muntah dan benci pada kamu,muhasabah lee diri,dulu 22 bulan

Melayu Islam Bumiputera hilang kuasa politik,hari nie Allah

mengembalikan kuasa itu ,jagalah ia baik baik,kalu jatuh PN

nie,aku rasa susahlee nak bangkit lagi.

























Saturday, 29 August 2020

BOLEH BERTAHANKAH KUASA MELAYU ISLAM???..


 









------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita semua tahu,pada mei 2018,dengan tumbangnya Umno/Bn dalam PRU 14

lalu,maka berakhirlah kuasa politik melayu/islam,kuasa politik negara di terajui

oleh Pakatan Harapan [PH] ia itu PKR-DAP-AMANAH-BERSATU di mana

Pakatan Harapan di dominasi oleh DAP.


Tiada sapa sangka,60 tahun lebih,Perikatan yg terdiri dari Umno-Mca-Mic dan

kini Barisan Nasional BN boleh kalah teruk dlm Pru 14 lalu.


Selama 22 bulan,org-org melayu islam di perkotak-katik dan penghinaan pada

melayu islam,hak istemewa org melayu,Raja-Raja Melayu,rizab melayu,bahasa

melayu dll di ungkit semula oleh mereka,sedangkan tok nenek mereka telah ber-

setuju menerima kontrak sosial ini semasa menuntut kemerdekaan negara.


Hari nie,takdir Allah,kuasa politik melayu islam nie telah di kembalikan pada

melayu islam,oleh kerana percakaran dalam PH berebut jawatan,hingga mem-

bawa perletakan jawatan Dr.Mahathir Mohamad sebagai PM ke-7.


Bermula 31 mach 2020 bermula lah era baru dengan tertubuh nya kerajaan

baru Perikatan Nasional [PN] gabungan Umno-Bn-Pas-Bersatu-GPS dll,di-

pimpin oleh Ts.Muhyiddin Yassin Preseden Bersatu,orang melayu islam dan

rakyat cukup lega, dengan kerajaan PN,yg setakat ini begitu perihatin pada

rakyat,terutama dalam mengekang penolaran Cobet 19.


Tetapi hari nie,terutama melayu islam,dok tertanya-tanya,apakah kuasa po-

litik melayu nie dapat di pertahankan?,sebab nya mutahir nie banyak sangat

serang menyerang antara parti gabungan nie,seolah-olah virus penyakit PH

telah beralih arah kepada MN-PN pula,serang menyerang antara parti gabu-

ngan ini,memberi bola tanggong pada musuh,belum pun setahun jagong

memerentah dah buat hal.


Aku tak berpelajaran tinggi,tapi cukup tua dlm politik,kerana aku berpo-

litik masa Tengku Abdul Rahman Putra lagi,aku nak nasihatkan sedikit

kalu nak dengan lee,ahli YB,TnSri,Datok Datin,Pak-pak menteri,bawa lee

bertenang,jangar ego,jangan tamak haloba,bawa muafakat,runding baik

baik jangan gelojoh dalam pembahagian kursi nie,usah kisah sangat siapa

akan jadi PM ke-9,menteripmenteri kabinet,asalkan orang gabungan kita


Ingat tuu,sekiranya sekali lagi kuasa politik melayu islam jatuh,maka

untuk bangkit kali ke tiga susahlah..Ingat..Bulah Air Kerana Pembetong,

Kuatnya politik Melayu Islam,kerana Muafakat.

Thursday, 20 August 2020

PEJUANG AKAN PECAH,RUGIKAN KUASA POLITIK MELAYU...

 








------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur:Penubuhan Pejuang sebagai satu lagi parti politik

baharu tanah air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr,Mahathir

Mohamad,hakikatnya bertentangan dengan ucapan yang pernah

di ucapkan beliau sebelum ini.


Menteri Besar Kedah,Muhammad Sanusi Md Nor berkata,lagi

banyak parti di tubuhkan berkaitan dengan orang melayu,maka lebih

besar perpecahan dalam kalangan kaum tersebut yang perkara itu

patut di ingati semula oleh Tun Mahathir.


"Tak tahu lah,dia lupa ke dak,saya tah tahu lah ini akan memecahkan

kuasa politik orang melayu,menjadi lebih kecil dan lebih mudah di

tewaskan.Rugi lah orang melayu," ujar beliau yang juga pengarah pili-

hanraya Pas Pusat.


Beliau mengulas perkara itu setelah di ajukan wartawan mengenainya

pada sidang media mingguan selepas mempengerusikan mesyuarat

majlis mesyuarat kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman Alor

Setar sebentar tadi.


Sebaliknya,tegas Senusi, asas  kepada penyatuan org-org melayu  ialah

Perpaduan Ummah tanpa mengira di atas nama Muafakat Nasional mahu

pun Perikatan Nasional di mana mereka yang mahu bersatu padu mesti

di terima koalisi itu atas sebarang nama.


"Perpaduan Ummah,nombor satu,then baru,kita tengok apa kepentingan

polotik yang ada di dalam itu," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya

Pas Kedah.


Beliau turut menyangkal bahawa Pas pernah mencadangkan supaya Ber-

satu di bubarkan,sebaliknya menegaskan bahawa Presiden Pas telah mem-

buat kenyataan menyambut baik kedatangan Bersatu dalam Muafakat

Nasional.

 

"Apa-apa coalition yang menguntungkan orang melayu dan meningkat

kan perpaduan ummah,Pas bergerak kearah itu.Dan sebarang langkah-

langkah yang menggugat Perpaduan Ummah kita akan bersedia meng-

hadapinya",jelas beliau.






Sunday, 16 August 2020

         








                                        "ATOK   NAK TUBUH   PARTI   BARU    YA   ?











Syabas...Tahniah Atok kerana berjaya menubuhkan sebuah
lagi parti politik di tanah air kita Malaysia nie.

Pada aku,penubuhan parti baru atok,yang di beri apa nama,
Parti Pejuang Tanah Air [PEJUANG]  sudah tentu akan menam-
bah lagi jumlah parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam.

Kalu tak silap aku,Atok pernah berkata,terlalu banyak parti yang
berasaskan Melayu Islam,menyebabkan orang Melayu berpecah
dan kalah di dalam pilihanraya.

Parti Atok ia itu "PEJUANG" terpaksa bersaing hebat dengan parti-
parti Melayu lain,seperti PPBM-UMNO-PAS-AMANAH-PUTRA
dll,ini akan memeningkan orang Melayu Islam sendiri,parti mana
yang hendak di pilih [undi] apa jadi kepada melayu,dahlee orang 
Melayu digunakan bangsa lain untuk bergaduh sama sendiri,yang
untung nya bangsa lain.

Apa nak jadi negara ku ini,orang melayu asik ketagih tubuh parti,
bangsa lain bersatu,Ahli Parlemen/Adun Melayu [bukan semua]
lompat parti hingga boleh menjatuhkan sebuah kerajaan yg di pilih,
mereka nie melompat macam kera mencari buah ranum untuk isi
perut jadi katak lompat,walau pun kita tahu katak lompat nie ber-
laku pada musim hijan aje,tapi leenie tak kira musim dah,lompat
tetap lompat tiada pendirian.

Dedulu kita dok hina Tok Him [Ibrahim Ali] raja katak,leenie takhta
raja katak dah bertukar tangan dah.

Sedar lee,orang melayu,apa jadi kepada kuasa politik melayu,islam
raja-raja melayu,hak istimewa org melayu,selama 22 bulan kuasa po-
litik melayu hilang,melayu islam di perkotak-katik oleh bangsa lain.

Alhamdulillah,dengan pertolongan Allah,pada 1 mach.2020 kuasa
politik melayu di kembalikan di sebabkan PM.ke-7,[Atok] letak
jawatan,dengan kerjasama, Bersatu-Umno Bn-Pas-GPS dan  parti
parti lain tertubuh lah kerajaan Perikatan Nasional [PN] di pimpin
oleh YAB.TS.Muhyiddin Yassin sebagai PM.8. Sepatut nya orang-
orang Melayu mempertahankn Kerajaan PN nie,kerana nampak nya
kerajaan ini cukup perihatin pada rakyat.

Bagi meraikan domokrasi aku pun nak tubuh parti baru gak....

Semalam,fikir bunya fikir bersama kengkawan,kami bersetuju tubuh
parti bari,namaanyaa "Parti Pemecah Belah"[PPB] siap dengan j/kuasa
penajanya: ia itu aku sebagai Presesin.Kengkawan.anak-anak aku.bini
aku sebagai jawatankuasa.

Leenie kami tengah dok tuleh [draf] undang-undang,siap kelak hantar
kat ROS daftar,harap Ros dapat lulus dan Kem.Dlm Negeri tengok-te-
ngok lee sikit,

Pada awalnya parti baru PPB nie nak cuba "Tes Market" di PRK Slim
tapi tak dan,takpe,kami nak masuk PRU 15 nie,
Kaku menang aku nak calon diri aku jadi PM-9,ganti YAB.TS.Muhyi
ddin Yassim [abah], abah tentu setuju....

Gitu lee hebatnya orang melayu,ketagih tubuh parti politik...Aku takut
macam cerita dongeng "PAK KADOK"  "Menang Sorak,Negara Tergadai"

huhuhu......





                             


Tuesday, 23 June 2020

TIADA JAMINAN DR.MAHATHIR KEMBALI BERSAMA PENGKHIANAT...
















-----------------------------------------------------------------------------

PETALINGJAYA; Seorang pemimpin pamuda PKR mencabar
dakwaan Dr.Mahathir Mohamad mempunyai lebih banyak soko-
ngan ahli Parlemen berbanding Anuar Ibrahim,ketika gabungan
itu yang berusaha kembali berkuasa masih bergelut dengan isu
calon Perdana Menteri.

Naib Ketua Pamuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman me-
ngulas dakwaan dalam kalangan sekutu Pakatan H arapan yang
menyokong Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri beliau
boleh mendapatkan sokongan ahli Parlemen.

"Yang mengherankan,kenapa parti-parti sahabat hanya menekan
kan supaya Anuar menyokong Mahathir,tetapi tidak sebaliknya/"

"Jika cakap-cakap ini benar,Mahathir sebenarnya tidak memerlu
kan sokongan PKR  mahu pun PH untuk kembali berkuasa",ka-
tanya. dalam kenyataan panjang menceritakan krisis politik yang
tercetus awal tahun ini.

Kepimpinan PH yang terdiripada PKR-DAP dan Amanah bersa-
ma sekutu mereka Warisan serta 5 ahli Parlemen yg di pecat
PPBM  kini buntu dalam isu calon Perdana Menteri.

Semalam,Anuar mengakui ada kalangan prmimpin PH yang ti-
dak mempercayai Mahathir,beberapa hari selepas partinya ber-
beza pendapat dengan DAP dan Amanah yg menolak ahli po-
litik Vetren itu kembali menjadi calon PM gabungan itu semula.

Syed Badli berkata,tiada jaminan Mahathir tidak akan kembali
bersama "Pengkhianat" dalam usaha untuk kembali menerajui
negara buat kali ke 3.

Katanya, Mahathir sendiri bergelut mendapatkan sokongan ahli
Parlemen dan beliau  tidak terkejut dengan khabar   angin
 rundingan sulit antara Mahathir dan Pengkhianat,istilah
di gunakan PKR keatas bekas Timbalan Presiden nya Mohamad
Azmin Ali serta penyokong nya,susulan rampasan kuasa pada
februari lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

"Persoalan nya,adakah sanggup parti-parti sahabat seperti DAP
dan Amanah kembali bersekongkol dengan para "Pengkhianat"?
soalnya sambil menambah,itu sebabnya PKR menolak Mahathir
di calonkan sebagai Perdana Menteri.

...sumber, FMT...

Friday, 12 June 2020

TUN MAHATHIR - ANUAR DI NASIHATKAN BERSARA SAHAJA...
















-----------------------------------------------------------------------------

Menteri Besar Kedah Mohammad Sanusi Md Nor berkata,Dr.
Mahathir Mohamad dan DS Anuar Ibrahim patut bersara daripada
politik.

"Saya yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini,politik negara akan
menjadi bertambah baik dan aman", beliau di petik sebagai berkata
dalam sidang media  di Sek kelmarin.

Harakahdaily melaporkan,beliau sebagai berkata politik Malaysia
menjadi 'Cacamerba' dan rakyat "hidup dalam suasana bercakaran",
angkara dua tokoh politik tersebut.

Lapor akhbar web Pas itu,"PERMUSUHAN" telah bermula tatkala
Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat lagi.

Sudah 20 tahun lebih,pelbagai masaalah timbul angkara dua pemim-
pin ini,

"Sewajarnya mereka tiada dalam lanskap politik Malaysia,sudah
tiba masanya masa depan negara di pimpin oleh orang lain,"jelas
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Wednesday, 10 June 2020

PAS-UMNO-BERSATU SALING MELENGKAPKAN- DR.RIDHUAN TEE..-DR.RIDHUAN



















----------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR; Perkongsian kerusi dan kuasa melibatkan
tiga Parti Melayu-Islam ia-itu UMNO-PAS dan BERSATU dilihat
lebih seperti adik beradik,demikian pandangan ahli akdamik Prof
Media Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beiau membidas dakwaan seorang mantan menteri Pakatan Hara-
pan [PH] yang mengatakan Pas dan Umno sebagai rakan komponan
tidak boleh di percayai dalam Perikatan Nasional [PN] dan Bersatu
akan di perkudakan.

Walahal katanya, pada hemat beliau realiti politik melayu menjadi
kan tiga parti itu saling melengkapkan wacana politik masa depan
melayu dan bumiputera di sebalik kegagalan kerajaan PH menunai
kan agenda reformasi politik.

Perlu di ingat, kemenangan PH bukan di atas kekuatan undi sebe-
nar,pepulariti PRU 14 undi pepular yg di perolihi PH hanya 47 pe-
ratus berbandind BN 34 peratus,Pas 18 peratus dan bebas 1 peratus.

Malahan kemenangan PH adalah di sebabkan kembalinya pengawal
elit lama politik yg menyokong  Tun Dr Mahathir dalam arena poli-
tik semasa.

"Setelah kejatuhan najib,Umno telah pun membuat pe0baharuan poli-
tik parti itu lebih berdeplomasi dan mendengar luahan akar umbi"
ujarnya.Pensyarah Institusi Penyelidikan Produk dan ketamadun
melayu islam Universiti Sultan Zainal Abidin [Unisza] itu..

Beliau melihat Pas masuh meneruskan budaya Politik Matang Sejah-
tera [BPMS] untuk kepentingan ummah,tetapi malang nya PH pula
di lihat terlalu di kuasai oleh Ultra Kaisu menyebabkan rakyat teru-
tama Bumiputera merasakan tertipu dan di khianati.

Beliau mengungkit mengenai ribuan yang kehilangan pekerjaan dan
hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,sedangkan
kumpulan proksi keroni Ultra Kaisu terus hidup dan mendapatkan
banyak Projek Mega sehingga esit negara hilang bagitu sahaja.

Malahan kesal beliau,lebih mengejutkan apabila Menteri Kewangan
Ultra Kaisu yang di percayai merujuk Lim Guang Eng di katakan
lebih berkuasa daripada Menteri Pendidikan ketika itu dalam soal
pendidikan VERNAKULAR.

Konsensus sebagai alasan kenapa umat melayu dan bumiputra perlu
mengorbankan hak mereka konon nya untuk berlaku adil kepada
bukan bumiputera. Tetapi hakikatnya,siapa menindas siapa dalam
soal hak,maruah dan agama.Sehingga terpaksa mengadakan KONG-
GRIS MARUAH MELAYU pada 6okt.2019.

"Yang menyedihkan,kuasa melayu terpaksa akur dengan kehendak
pendidikan bukan melayu Ultra Kaisu dengan enam muka surat
tulisan kepada tiga muka surat Jawi dan akhirnya hanya tinggal
surat sahaja,Jawi hilang entah kemana," imbas beliau.

Dr Ridhuan Tee turut mengupas pembahagian kursi antara parti-
parti tersebut akan membolehkan 187 kerusi di perolehi bagi mejo-
riti bumiputra,menakala bakinya mejoriti Cina dan campuran.

Jadi pembahagian kerusi parlemen bagi Umno,Pas dan Bersatu
boleh di bahagikan mengikut kebolehan menang sesuatu kawasan
dan kekuatan pengaruh parti tersebut.Jika di lihat ketiga-tiga parti
itu Umno-Pas dan Bersatu adalah melayu islam.

Maka perkongsian kursi dan kuasa perlu lebih adik beradik,ini
berlainan dengan tuduhan mengatakan Pas menikam belakang dan
tidak boleh di percayai.

"Persoalan nya terkeluar Pas dari Pakatan Rakyat kerana campur
tangan komponan parti itu untuk memecahbelahkan Pas,yang ber-
akhir dengan tertubuhnya PAN.

"Mahan Barisan Altanatif terkubur pun di sebabkan DAP keluar
dari gabungan itu disebabkan penentangan DAP keatas undang-
undang HUDAD,bukan salah PAS," hujahnya.

Belaiu turut  mengemukakan pandangan pemfokosan parti-parti
tersebut terhadap negeri untuk di perentah,selain menjangka senario
yang ada  membolehkan Pas mendapatkan kursi di Sabah dan
Serawak berdasarkan sokongan dan pengaruh.

Jelasnya,hal tersebut berdasarkan peningkatan dan keahlian dari
negeri tersebut khusnya melayu Berunai,Sabah dan melanau Sera-
wak serta meyakini pembahagian kerusi berdasar sokongan dan
kekuatan parti.

Ini berbeza dari amalan PH,amalan PH dalam PRU 14 DAP Ultra
Kaisumengambil 50 kerusi parlemen,PKR mengambil 100 kerusi
parlemen iatu 40 kerusi bukan bumiputra dan 60 kursi bumiputra.

Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir hanya mengambil 50
kerusi parlemen dan 22 kerusi parlemen Sabah di beri kepada Wa-
risan.Diatas pembahagian ini menampakan wakil bumiputra dan
melayu ramai.

"Hakikatnya,bila berlaku pilihanraya sebenar,calon bukan bumi-
petra dan bukan melayu menang lebih ramai dari daripada calon
bumiputra dan bukan melayu.inilah strategi licik Ultra Kaisu,"
ujarnya.

Keadaan tersebut,kupasnya menyebabkan PH terpaksa merayu ahli-
ahli parlemen bumiputra dan melayu menyertai PH,tetapi akhirnya
pihak yg mendemonasi siap memaksa beberapa kali "U-TURN" ter-
jadi untuk akur kepada kehendak bukan melayu.

"Dimanakah keberanian dan kekuatan politik melayu dalam semasa
PH berkuasa sebagai kerajaan ?,pengelaman lalu tidak semestinya
dijadikan ukuran bagi mengesah sesuatu tuduhan.

Munkin mantan menteri ini sengaja membutakan mata,tidak nampak
bahawa PAS dan UMNO banyak berubah dan belajar dari kesilapan
lalu.

"Bukan kuasa dan angka kerusi parlemen menjadi hambatan untuk
menjatuhkan sesebuah kerajaan yg di iktirap oleh  Yang di Pertuan
Agong sendiri,buat salah tetapi meletak kan kesalahan tersebut ke-
pada orang lain dengan berbagai  tuduhan,bidasnya.

Menurutnya,Pas bertanding di kesemua kerusi parlemen dalam PRU
14 kerana takut kerusi tersebut jatuh ke PH,memandangkan sentimen
anti Najib semakin kuat dan bukan nya untuk berlaku khainat.

Beliau memberikan beberapa contoh terhadap pembelaan nya itu,se-
baliknya menempelak pihak lain yg bersikap sebaliknya,konon di-
atas nama konsensus.Walahal hakikatnya tidak adil berbanding ber-
laku dalam PN.

Beliau juga menyangkal analisis politik di buat mantan menteri ter-
sebut dengan mengemuka perkembangan sokongan rakyat yang
dapat di lihat kepada beberapa pilihanraya kecil mutakhir.

"Bila masa Bersatu di pinggirkan,sedangkan yang bercakap dan
yang bekerja di depan Televisen setiap hari tersebut adalah Tan Sri
Muhyiddin selaku pengerusi Bersatu ?.

"Bila masa PAS dan UMNO campur tangan dalam soal kepimpinan
negara sehingga Bersatu di pinggirkan ?.

Nampaknya takut akan bayang-bayang sendiri,maka di teriaknya
Hantu sedang merasuk dirinya.Adakah ini berlaku pada beliau pada
siang hari ?.

"Bersatu masih dominim dalam PN kerana kepimpinan negara di-
bawah Pengerusi Bersatu dan bukan nya di tangan PAS atau UMNO
inilah hakikat yang perlu di terima.Bukan seperti PH [dimana] Ber-
satu memimpin kepimpinan negara,tetapi akhirnya akur kepada DAP"
bidasnya lagi menyangkal hujah mantan menteri itu.

Kata Dr.Ridhuan,perlu di sedarkan juga Bersatu tidak mempunyai
kuasa  dominasi di atas mana-mana negeri di sebabkan parti itu baru
di tubuhkan pada penghujung 2017,berbanding PAS dan UMNO yg
sudah enam dikat.

Oleh itu serunya supaya berlapang dada,usah cemburui dengan se-
gala di miliki UMN0 dan PAS di mana keduanya tidak memaling
kan muka dari Bersatu yang di lihat masih berpegang kepada jiwa
islam dan melayu.

Tiada mana-mana parti yang dominin dalam PN.Cuma kini kepim-
pinan negara adalah di bawah Pengerusi Bersatu,maka bersatu lah
yang memacu dan membuat keputusan negara.

"Perlu di ingatkan farmula untuk PN adalah saling mempercayai
antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi antara satu
sama lain," ujarnya.

Sunday, 7 June 2020

SPRM RAMPAS RM.600,000 DARI RUMAH DUA AHLI ARMADA...



                                Atokq....tolong aku lee...SPRM dok cari aku daaaaa......

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] dilaporkan merampas se
jumlah wang tunai berjumlah RM.600,000 dari rumah dua anggata pemuda
bersatu [ARMADA].

Menurut laporan the star,wang tersebut di percayai milik parti itu.

Pengarah siasatan SPRM,Norazlan Mohd Razali di petik sebagai berkata,
kedua-dua ahli ARMADA itu di soal siasat pada jam 5 jun lalu berhubung
laporan yang di buat oleh anggota parlemen Muar,Syed Saddiq Abdul
Rahman berhubung kehilangan RM.250,000 dari peti simpanan di rumah
nya.

Setelah di soalsiasat pegawai pergi kerumah kedua-dua anggota berkenaan
di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

"Para Pegawai menemui sejulhah wang RM,600,000 wang tunai di dua
lokasi,"katanya.

Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kerita berharga RM.
100,000 milik pihak ketiga yang di percayaai telah di beli menggunakantan
dana yang di salah gunakan.

Ahli Armada yang menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
mendakwa SPRM melakukan intimidasi terhadap mereka yg menentang Ke-
rajaan Perikatan Nasional [PN].

SPRM menolak dakwaan itu,bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik
dan menegaskan Suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang di buat Syed
Saddiq berhubung kehilangan wang nya pada mach lalu.

Mahathir yang di sokong Syed Saddeq terlibat dalam perebutan kuasa dengan
Perdana Menteri, Muhiyiddin Yassin untuk menguasi bersatu dan kerajaan.


















Saturday, 22 February 2020

PENGGANAS LITTE:KATADUA,PATUH ATAU LPAS JAWATAN PEGUAM NEGARA

.















Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12
lelaki warga tempatan yg berdepan tuduhan menyokong kumpu-
lan Pengganas Astro Awani/Shahir Omar.
-------------------------------------------------------------------------------

KL.Bekas Menteri Pendidikan,Maszlee Malik memberi dua
pilihan kepada Tan Sri Tommy sama ada mahu mematuhi dasar
kerajaan,atau melepaskan jawatan nya sebagai Peguam Negara.

Ahli Parlemen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan
tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang
terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyo-
kong kumpulan pengganas,Harimau Pembebasan Tamil Elam
(LTTE) pada Jumaat lalu.

Jelas Maszlee,kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan
bukan sahaja salah,malah ia jelas bertentangan dengan peranan
Peguam Negara selaku penesihat undang-undang utama kerajaan
Persekutuan.

"Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila
Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai pendakwa
raya dan apabila beliau beperanan sebagai Peguam Negara ia itu
Penasihat Undang-Undang.

"Namun,dalam menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya,dan
apabila beliau beperanan sebagai Peguam Negara ia itu Penasi-
hat Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan",
demikian katanya dalam satu kenyataan,pada sabtu.

Mengulas lanjut kta Maszlee,kuasa untuk menyenaraikan sesuatu
kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah terletak di bawah kua-
sa Menteri Dalam Negeri.

Selagi mana ia tidak di ubah oleh Menteri Dalam Negeri,maka ia
kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk
menjaga keselamatan negara melalui ejensi serta badan kerajaan
seperti PDRM.

Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan keatas
12 individu yang telah di tuduh di mahkamah adalah di sandar kan
kepada keputusan kerajaan Australia dan Seri Langka.

"Walau bagaimana pun,keselamatan negara adalah tanggungjawab
kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri,"ujarnya.

Semalam Jabatan Peguam Negara membuat keputusan member-
hentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang se-
dang berdepan pendakwaan menyokong LTTE,Selepas mendapati
tiada prospek jelas untuk mensabitkan mana-mana daripada 34
pertuduhan di hadapi mereka.

Antara yang di tuduh sebelum ini ia lah Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Gadek,G.Saminathan 34,Adun Seberang Jaya,
G,Gunasekaran 60,mengikut akta kesalahan keselamatan (Lng-
kah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Susulan itu,Menteri Dalan Negeri,Tan Sri Muhyiddin Mohd Ysssin
berkata,Kumpulan Melitan LTTE masih di katigorikan sebagai kum-
pulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk menggugurkan
kedudukan kumpulan itu.


KOMEN ANAK KAMPUNG;

Hahaha..dibawah Malaysia baru nie,macam-macam berlaku...
dah jadi haru biru,undang-undang bercelaru,rakyat jadi keliru
yg mana satu nak di pakai nie...apapun anak kampung ucap
tahniah pada TOMMY, kerana dapat tolong bangsa dia.














Saturday, 1 February 2020

DAP AKAN KELUAR,TINGGALKAN PH ???...












--------------------------------------------------------------

GITU LEE, apa yang aku baca dari portal-portal
berita sehari dua lalu,berbunyi DAP akan kelur me-
ninggal kan PH jika kerajaan gagal iktiraf Sijil UEC,
perkara ini telah di suarakan oleh pemimpin kanan
DAP,YB.Nga Kor Ming yg juga kalau tak silap aku,
beliau juga Timbalan Spekar Dewan Rakyat.

Betul kah nie ? atau nak ugut Atok sebagai Pemangku
Menteri Pendidikan,semasa Dr.Mazlee Malik Menteri
pendidikan,mereka tak berapa berani,mungkin ketega-
san beliau mereka cuak sikit.

Apek !, Jangan cuba-cuba ugut Atok,atok nie walau
pun telah berumur 94 tahun,atok nie licik dalam politik.

Pendapat aku lee,ini ayat UGUT,tak kan mereka sang-
gup keluar,setelah berjuang gitu lama,tak sayang kah
mereka dengan kuasa,kerusi empuk,bejawatan menteri
dan timbalan menteri dan berbagai jawatan lantikan po-
litik gaji puluh ribu.

DAP leenie cukup kuat,mereka adalah penentu dalam
Kerajaan Pakatan Harapan,sebab tuu mereka berani ugut
Atok,jika tidak iktiraf UEC,mereka akan bertindak ke-
luar,maka terguling lee Kerajaan PH yg baru berusia ham-
pir 2 tahun.

Sekali lagi isu pengiktirafan Sijil Pepereksaan Bersama
(UEC) di timbulkan semula untuk mengekalkan kesetia-
an kaum Tionghua pada parti mereka,seolah-olah mereka
lah HERO kaum Tionghua.

Cadangan DAP mengiktiraf UEC satu pengkhianatan be-
sar kepada dasar Pendidikan Kebangsaan dan bercanggah
dengan akta Pendidikan 1996 dan melebarkan lagi jurang
perkauman di Malaysia,ia juga bertentangan dengan Per-
lembagaan Negara,ini di tolak oleh rakyat Malaysia yang
cintakan perpaduan dan keharmunian negara.

Budaya UGUT dalam kalangan DAP,bukan sesuatu yang
baru mereka amat terdesak untuk mendapatkan semula
sokongan kaum tionghua kepada parti mereka.

Lebih-lebih lagi mereka sedar mereka cukup kuat dalam
kerajaan PH,dengan kedudukan lebihan kerusi mereka,
kerana dalam 139 kerusi kerajaan PH di wakili,PKR 50,
BERSATU 26,AMANAH 11,WARISAN 9,UPKO 1
KERUSI,DAP 42 KERUSI,KALU + KERUSI KAWAN
KARIB MEREKA 11 KERUSI DAH JADI 53 KERUSI
Mereka cukup kuat,sebab tuulee mereka berani ugut sana
ugut sini.

Walau apa pun aku harap dan mengalu alukan mereka
keluar dari Pakatan Harapan,supaya Pilihanraya Umum
boleh di adakan secepat mungkin......ADA BERANI ??,

Thursday, 23 January 2020

HARGA BARANG MENCANAK DI MUSIM PERAYAAN.

------------------------------------------------------

DAH  menjadi kebiasaan dah...apabila tiba
musim perayaan,tak kra lee perayaan apa,Tahun
Baru Cina kee,Hari Raya Melayu kee,Taipusan,
Pongal dan lain-lain,harga barang terus mencanak
berbanding dengan harga komoditi seperti getah
sawit dll terus menjunam.

Kadang-kadang aku cukup jelik mendengar ke-
nyatan demi kenyataan dari pak-pak menteri men-
jelang musim perayaan, seperti semua barang-
barang keperluan mencukupi,harga terkawal dan
macam-macam lagi.

Eh-eh-eh..Lu tak perasaan kee? contohnya harga
bawang besar ini pun sudah cukup..lee nie sudah
mencanak lima hinggit sekilo,dulu singgit sekilo,
bawang kecik pula [bawang merah] enam boles
hinggit sekilo,tuu belum lagi lain-lain barang.

Apa yang aku nak sampaikan ia lah kehidupan
rakyat makin tertekan dan terhimpit,rakyat mar-
hain boleh jadi sewel dengan kenaikan harga ba-
rang nie,sedangkan harga komoditi seperti getah,
sawit dan lain-lain terus menjunam.

Harga barang keperluan rakyat pula,sama ada
buang GST ganti SST...mana lebih bagus?
Rialitinya "Pi mai-Pi mai Dok Tangtu Gak"
harga terus mencanak.

Saturday, 18 January 2020

ANTARA TANGLONG VS JAWI

----------------------------------------------------------------------
ISU TANGLONG,Di Sek.Men (SMK) Pusat Bandar
Pucong baru-baru ini menjadi kontrovesi,selepas ibu/bapa
dan pemimpin pembangkang mendakwa di pasang secara
secara berlebihan,di kaitkan sebagai usaha untuk menyi-
bar agama lain pada murid islam.

Susulan perkara itu,pihak sekolah bertindak menurun kan
perhiasaan berkenaan sekalugus menerima kebanyakan
menteri n timbalan menteri-Bahkan 7 menteri dan timbalan
menteri termasuk Tim.Perdana Menteri Dr.Wan Azizah
Wan Ismail berselewat terjun ke sekolah tersebut,memberi
sokongan pemasangan tanglong tersebut,siap dengan sidang
media dan memasang semula tanglong di sekolah tersebut.

Pada aku lee,pemasangan tanglong nie dah jadi kebiasaan
apabila menyambut tahun baru china,tapi jangan lee melam-
pau,ini budaya mereka.

Nampak bebenar,Pk-Pak menteri n Mak-mak menteri nie
bertindak berat sebelah,Tanglong sokong,Jawi lembik takut
nak bersuara,kerana takut kat abang besar mereka,pada hal
Jawi pun bukan agama,kalau org kata mereka menjadi kuda
tunggangan abang besar,mereka marah,di sebabkan tanglong
7 menteri turun,termasuk menteri dari Bani Melayu.

Di mana pula Tim.Perdana Menteri,menteri agama dan men-
teri-menteri Bani Melayu,kenapa tanglong terus mendapat
perhatian,tidak kah kamu sedar ini akan mengguris dan me-
nyebabkan kaum lain terasa hati.kenapa kamu tak turun pada
masa bantahan tulisan jawi oleh Dong Jiao Zong membela-
sah isu JAWI,malah ada yang senada dengan Dong Zong.

Tulisan Jawi ini juga bukan agama,ada kaum china dan india
yg fasih membaca dan menulis dlm tulisan JAWI,kadang ka-
dang bacaan dan tulisan mereka lebih baik dari orang melayu.
Islam kah mereka?ia bukan tulisan keagaman,tetapi ia identiti
TANAH JAWI atau di panggil TANAH MELAYU.

Kita dapat lihat 7 menteri kabinet,MELATAH,hanya kerana
TANGLONG tahun baru china,sedangkan dalam kontek isu
yang sedang berlaku hari ini ia itu bantahan perlaksanaan 3
muka surat jawi di sekolah Vernakuler,menteri kabinet tidak
pun terjun jumpa DONG ZONG,memberi nasihat..hanya
membiarkan Dr.Mazlee kesorangan dan akhirnya menjadi
mangsa (KAMBING HITAM) dan di paksa meletak jawatan
sebagai Menteri Pendidikan.

Dimana gulungan agama PH,menteri agama dan menteri men-
teri BANI MELAYU,apabila DONG JIAO ZONG membelasah
ISU JAWI???...


Thursday, 16 January 2020

ENAM BELAS DI SAHKAN POSITIF DADAH..














            Tan Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara
--------------------------------------------------------

Terkejut beruk aku,heboh dalam media sosial mengatakan
16 orang di tangkap di dapati positif dadah,ini termasuk se-
orang wakil rakyat (ADUN) dan beberapa pegawai-pega-
wai dari beberapa kementerian Belia dan Sokan,Kemte-
rian dalam negeri dll.

Aku tak nak komen lebih-lebih,nanti di katakan berita
palsu,fitnah sebelum dapat penjelasan pihak berkuasa.

Dengan berita nie baru aku sedar, kenapa menteri-menteri
PH termasuk  Pegawai tinggi mereka dalam 20 bulan nie se-
lalu bercakap merapu,bercakaran sama sendiri,demo nia-
cam org sewel,kerana mereka khayal di pengaruhi dadah,
air ketum,ganja dll.

Tapi rakyat kena ingat,jangan dok hina mereka nie,pemim-
pin isap dadah,minum air ketum,isap ganja,main perempuan
semburit.Nak wat camna tuu mungkin dah hobi mereka.

Memang payah nak berenti ketagih tuu,..Aku isap rokok
pun susah nak berenti,aku cuba 3-4 kali sampai melelih
air lior tak jadi gak,ulang isap balik,leenie aku isap rokok
daun tembakau kasi aje.

Bagini lee,cadangan aku yg bodoh nie,aku cadangkan
kerajaan PH beri lesen khas pada mereka terutama YB-
YB nie isap dadah,minum ketum,isap ganja biar mereka
berdengong sepuas-puasnya.

Lagi satu kalau boleh kerajaan PH sediakan tempat khas
isap dadah,minum ketum,isap ganja seperti mana kerajaan
PH memperuntukan RM.1 juta untuk buat tempat mero-
kok,ini baru betul-betul adil menghormati hak mereka,
boleh kan...

Monday, 13 January 2020

PENAHANAN PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN OLEH POLIS...












------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sokan Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya
kepada polis selepas di maklumkan berkenaan penaha-
nan Pegawai Kementerian nya awal pagi tadi.

Menegaskan semua orang tanpa mengira jawatan dan
status tertaaluk kepada undang-undang,Syed Saddiq
mengumumkan,beliau akan menggantung tugas pegawai
yang terbabit semetara menanti siasatan di muktamad
kan.

"Saya menyerah sepenuh nya kepada pihak berkuasa
untuk bertindak mengikut prinsip kedaulatan undang-
undang"' katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Sosial hari ini kecoh tentang dakwaan mengenai
penahanan beberapa individu termasuk seorang wakil
rakyat dan pegawai-pegawai kementerian.
FMT sedang  mendapatkan pengesahan daripada polis.

Komen Anak Kampung...Ooooi camtu gayanya,aku
ingat sakat mabuk ketum,ganja aje,nie dan melibatkan
Dadah,bahaya tuu,,mabuk ketum,mabuk ganja ketagih
dadah,macam mana nak menjadi pemimpin...

ADUN SELANGOR DI TAHAN POSITIF DADAH ???











-----------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Selangor dan empat Pegawai Khas ahli
politik,antara 17 individu di tahan polis dalam satu ope-
rasi semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun,termasuk
enam wanita itu di tahan pada jam 4.45 petang,di sebuah
Kondominium di jalan Pucung di sini.

Menurut sember,penahanan itu berpunca daripada laporan
terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di-
Kondominium terbabit.

Hasil siasatan lanjut,polis turut menemukan serbuk di per-
cayaai dadah dan rokok di percayai berisi ganja.

"Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 drp mereka
positif",katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini di-
reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Sementara itu,Adun Dengkil,Adhif Syan Abdullah menapi-
kan beliau di tahan polis membabitkan kes dadah di sebuah
pusat hiburan semalam, Adhif Syan yg juga ketua Armada
Selangor. berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

Menteri Besar Selangor,Dato Seri Amirudin Shari pula
berkata,beliau menerima maklumat mengenai tangkapan
seorang Adun melalui Media Sosial,tetapi belum ada la-
poran rasmi mengenai perkara itu.

Thursday, 9 January 2020

BUKTI SPRM LEBIH CEMERLANG DARI PROFESIONAL DI BAWAH PENTADBIRAN PH...

SPRM Sentiasa mematuhi  prosuder standard
(SOP),undang-undang dan peraturan yang di tetap
kan semasa menjalankan siasatan dengan telus,be-
bas dan profesional tanpa memihak kepada mana-
mana individu atau organisasi demi membersihkan
negara ini daripada jenayah rasuah,penyelewingan
dan salag guna kuasa.

Perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-ma-
na pihak atau individu berhubung kes yg sedang di-
siasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjala-
nan siasatan yg juga seolah-olah memaksa SPRM
mendedah kan hasil  siasatan kepada masyarakat.

SPRM tidak akan membuat sebarang pende-
dahan terhadap hasil siasatan dan hanya akan
menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada
Jabatan Peguam Negara selaku pendakwa bagi
membuat keputusan secara profesional.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,kenya-
taan di buat pada 20December.2018.
Sumber photo daripada web SPR sendiri bagitu
"Profesional" SPRM buat sidang media semalam.



























         lagi mau caya ke???...musuk olang...

Tuesday, 7 January 2020

SSHAFIE AFDAL SALAHKAN DIRI SENDIRI...






















-----------------------------------------------------------------


Sunday, 5 January 2020

SURAT PM KEPADA DR.MAZLEE,MENDEDAHKAN KENAPA BELIAU DI PECAT



















-----------------------------------------------------
 ***Macam mana The Malaysian Insight boleh dapat
surat PM ???
***Mazlee letak jawatan setelah terima surat PM...

Dr.Mazlee Malik letak jawatan sebagai Menteri Pen-
didikan Khamis lalu setelah menerima sepucuk surat
daripada Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad yg
menesihatnya supaya berundur dari kabinet.

Dalam surat yang di lihat oleh The Malaysian Insight
Dr Mahathir meluahkan kekeciwaan nya terhadap
Mazlee yang dianggap sering membuat keputusan yg
meletak kan kerajaan "dalam keadaan sukar".

Dr Mahathir menyebut bagaimana Mazlee mempunyai
fikiran nya sendiri yg sering kali bertentangan dengan
nasihat beliau,malah dalam beberapa keadaan bercang-
gah dengan pandangan jemaah menteri.

Perdana Menteri menyenaraikan beberapa isu,antara
nya pengajaran tulisan jawi,pembekalan perkhidmatan
internet di sekolah dan program sarapan percuma di-
sekolah rendah yg bermula hujung bulan ini.

Pada akhir surat 17 perenggan itu Dr.Mahathir menyu-
arakan pandangan "sudah tiba masanya untuk Yang
Berhormaat (Mazlee) mengundurkan diri dari Kabinet".

The Malaysian Insigh di fahamkan,surat bertarikh 27 -
Disember 2019 di hantar ke pejabar Mazlee pada ta-
rikh yg sama.Mazlee ketika itu sedang bercuti bersama
keluarga di Amerika Syarikat.

***Ulasan anak Kampung: Banyak lagi Menteri-men-
teri PH membuat kenyataan yg menyebabkan  kerajaan
dalam keadaan sukar,yg menimbul kan ketegangan
kaum,kenapa tidak pecat,menteri daping kok,takut nak
pecat.....Pada aku Mazlee adalah terbaik,dalam masa
20 bulan saja dah banyak kemajuan boleh kita lihat...
Syabas Dr.Mazlee.jasamu akan dikenang walau pun
20 bulan berkhidmat..
Pecat Dr.Mazlee....Daping menang besar,naik toncang.









































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Thursday, 2 January 2020

JANGAN BIARKAN 'TONGKANG MELAYU' INI KARAM.









-------------------------------------

Tongkang Melayu dah pecah,kata TS.Rais Yatim.
Satu pengakuan jujur bahawa apabila kuasa politik
Melayu di pecahkan.Bagi Tongkang yg pecah itu
menjadi lemah dan kendur,hanyut menunggu masa
masa karam dan di lupakan.

Kekuatan politik adalah tunggak punca kuasa.Apa-
bila ia tiada malah anasir lain naik berkuasa dan me-
rekalah yg akan tentukan nasib dan masa depan
semua.

Kerana Tongkang Melayu pecah maka TS.Rais kita
di lanyak.

Jangan pandai-pandai mahu paksa  anak-anak kami
mempelajari tulisan jawi.Ini agenda Islamisasi,nak Is-
lamkan anak-anak kami,kami tentang.

Kami mahu pilihanraya tempatan,kerana ia peluang
kami menguasai kerajaan ketiga,kami kan punya kua-
sa politik.Melayu kan sudah mahu karam












Kami mahu tulis kembali Sejarah PKM juga pejuang
kemerdekaan CHIN PENG,RASHID MAIDIN  dan
lain-lain,walau pun tangan bergelumang dengan darah
darah anak bangsa adalah WIRA kami.Tongkang Me-
layu kan dah pecah,pergi rawat dan tampal ia,kerana
Tongkang kami yg gagah sudah ambil alih.

Pendakwah Islam antarabangsa Dr.Zakir Naik adalah
pengganas,beliau pecah-belahkan masyarakat Malaysia
lalu beliau mesti di terajang kembali ke negaranya,walau
pun beliau di sayangi umat Islam tempatan,kami bencinya.
yang pegang tampuk kuasa kini kami,jangan cabar kami.

Teruk dan hina kita di lanyak,hanya kita lupa dan terpe-
daya,kini tongkang kita pecah dan bakal karam menjadi
TUKUN  di dasar laut.

Segeralah sedar dan insaf umat Melayu Islam,PAS DAN
UMNO tidak rela tongkang ini terus di lanyak dan di ka-
ramkan.

Bangkitlah atas keinsafan kesilapan lampau kita bersama
pulih dan bina kembali kekuatan umat Melayu Islam bu-
kan bangsa untuk di lanyak di tanah airnya sendiri,tetapi
ia wajar memegang kuasa dan teraju.
Muafakat Nasional adalah politik baru yang mahu memu-
lihkan ketempangan ini dan mengambalikan kuasa kepa-
da yang berhak dan layak.
Bersama kita dukung  politik baru ini kecuali kita mahu
terus karam dan di hapuskan.

Wednesday, 1 January 2020

SELAMAT TINGGAL 2019-SELAMAT DATANG 2020






















sumber gambar dari Blog
================================
DETIK 12.00 malam semalam,berakhir lee 2019
dan bermula fajar 2020.

Sambutan tahun 2020 di rayakan dengan penuh
bergaya hingga menyebabkan seolah-olah kita lupa
penderitaan yang di tanggung oleh kita rakyat jelata,
peritnya kita menanggung beban sara hidup,kerana
kita terpesona janji manis,bulan bintang yang di so-
gok pada kita.

Apa tidak nya,dengan terhapusnya GST di ganti
SST beza GST di ambil terus dari pembeli dan SST
di kenakan dari kilang-kilang.Janji barang turun,tapi
tak turun-turun,naik lagi ada.

Harga Komoditi seperti Getah,Sawit merudum,tuu
lee sumber pendapatan org-org kampung bagi me-
nyara hidup keluarga,gaji pekerja swasta,gaji meni-
mun RM.1100-RM.1200,tuu pun tidak berlaku me-
nyeluroh,hanya pekerja-pekerja di bandar-bandar
terpilih sahaja merasa gaji menima itu.

Pak-pak Menteri n Mak-mak Menteri dapat elaun
secara menyeloroh,penjkawat awam pula mereka
dok berkira-kira untuk memotong elaun.

Harga barang keperluan harian naik mendadak,janji
subsidi minyak di tangguh,keadaan keharmonian
kaum makin tergugat kerana ada gulungan yg besar
kepala setelah mendapat kuasa.Ugut sana Ugut sini,
keadaan suhu politik tak menentu,komponan parti
dalam PH asik bercakar sama sendiri,rakus bere-
but jawatan,fitnah,adu domba semakin menjadi,
PH leenie macam masyarakat Seri Gala,mula pakat
menyalak tumbang seekor rusa,pastuu bercakar
kerekah sama sendiri nak rebut daging elok,ma-
cam mana nak peduli rakyat,asyik fitnah,semburit,
janji di abai,yg jadi mangsa rakyat.

Tuulee ! kalau silap pangkah,kita dapat apa???.
Allahyarham Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee dah
lama dah dia beri tahu,hampa tak caya [Lihat Film
Ali Baba & 40 penyamun].

Aku harap 2020 tak jadi gitu lagi,PH wajib perbaiki
tunaikan segala janji,jangan dok bergasak sama sen-
diri,kalau tidak PRU 15 nanti rakyat bangkit