BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 October 2020

Wah !!!.Hebat Sungguh Politik di Malaysia nie.. HA5 HA` HA HAA h ha h` `h

   









Gambar hiasan je..Ketawa hairan.........................

---------------------------------------------------------------------

Semua orang tahu,selepas PRU14 2008,politik Malaysia

bercelaru,kerana Melayu Peribumi Muslim sebagai pendu-

duk mejoriti gagal melihat memerhati dengan matahati apa

yang terjadi,inilah merupakan Qada dan Qadar dari Allah.

UMNO-BN,selepas kalah teruk dlm Pru 14,jadi sewel,ke-

rana kehilangan kuasa,maklum lee,sudah 60 tahun lebih 

berkuasa,tetiba tertungging dlm PRU,dahlee dapat kerusi

ciput,berlaku pula drama katak lompat,tidak ada kesetiaan,

leenie UMNO-BN jadi pembangkang.


Che tanga diri kita,kenapa PH moncol?.ia tak lain untuk

menumbangkan BN,kerana parti melayu nie telah menyim-

pang jauh dari perjuangan asal,iaitu untuk agama,bangsa dan

tanah air,dalam kontek negara berbilang kaum.


Pas tuu,cuba renung pula,kenapa PH tumbang?ini kerana

takdir Allah jua,selama 22 bulan PH menerajui negara,dia

tak dapat tunaikan janji-janji pilihanraya nya,asik dok mela-

wak pada rakyat,mereka dok bergocah sesama sendiri rebut

jawatan no satu (PM).


Dengan takdir Allah jua pada  mach 2020 kerajaan PH 

yg di monopoli oleh DAP turtungging pula,selepas Tun

Mahathir Pm,KE-7 meletak jawatan.Dan dengan takdir

Allah TS,Muhyddin Yassin di lantik jadi PM.ke-8,de-

ngan sokongan UMNO/BN+PAS+Bersatu+GPS dan

lain lain menubuh kerajaan di namakan Perikatan Na-

sional.

Rakyat Malaysia hingga keakar umbi menyokong penuh,

kerajaan PN,selain Allah mengembalikan kuasa politik

Melayu Islam,kerajaan PN nie setakat nie gitu perihatin

kesusahan rakyat,terutama kita berhadapan dengan pende-

mik Virus Covet 19 yg melanda negara.

Hari nie kita terkejut beruk tetiba tok seri Anuar Ibrahim

mengadap DYMM Seri Peduka Yang di Pertuan Agong

menyata kan,beliau ada nombor sekongan ahli parlemen

termasuk Ahli Parlemen UMNO untuk jadi PM ke-9,pas

tuu,tok seri Zahid  Presiden umno pula kata,banyak  Ap.

umno menyokong Anuar.

Hari nie Umno/Bn telah menjadi sebahagian kerajaan

setelah menjadi pembangkang selama 22 bulan,sepatut

nya peluang ini dapat mengukohkan kedudukan,bersabar

lah,tiada abang besar dlm PN,sepatutnya kokohkanlah

kerajaan PN bantulah kerajaan bukan berebut kuasa,kalo

nak tunjuk siapa hebat pun tunggu lee PRU 15 nanti,bantu

rakyat,kerajaan menhadapi perang dengan musuh yang tak

kelihatan.

Ingat lee,wahai ahli-ahli politik jangan sampai rakyat muak

muntah dan benci pada kamu,muhasabah lee diri,dulu 22 bulan

Melayu Islam Bumiputera hilang kuasa politik,hari nie Allah

mengembalikan kuasa itu ,jagalah ia baik baik,kalu jatuh PN

nie,aku rasa susahlee nak bangkit lagi.