Lenggong Perak 02-02-13 MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN VETERAN ATM TIDAK BERPENCIN 1MALAYSIA [ SVTB1M ]
Pada 31-01-13 jam 11.00 pagi aku terima surat dari Jbt.Hal Ehwal Veteran ATM Kem.Pertahanan menjemput aku kemqajlis BAGI UMPAN pada 02-02-13 hari Sabtu jam 08.00 pagi,bertempat di Dewan Komuniti Kemas Lenggong. Aku pun bagi tahu bini aku,dia kata baguh lee,boleh lee bagi kami gatik [gatik tu bahasa kampung ku maksudnya sama]...Tetiba pada petang Jumaat tu tok ketua bagi tau pula surah pegi ambik duit tu,tapi katanya bagi cek,dan cek tu akan laku pada 18-02-13,aku kata tak kesah lee,aku ucap terima kaseh pada tok ketua. Pada 02-02-13 tu aku lewat bangun,pasai lepas subuh aku tidor semula,puas bini aku mengejutnya,aku bangun dan sarapan secawan kopi O dan sekeping lempeng aku pun bertolak lee,pada masa tuu jam sudah pukul 08.15 pagi aku naik motor buruk,sampai saja diDepan Sek.Men.Dato Ahmad Lenggong aku terkejut melihat banyak kenderaan kereta motor sampai ke JKR Batu Dinding,aku pun letak motor buruk aku dan terus naik kedataran dewan kerana dewan berada atas bukit.Kawasan letak kereta motor penoh dengan Polis,Polis Trafik,Polis Tentera,kalau tak silap aku RELA pun ada. Sesampai aku atas bukit ada sebuah kemah di pasang,yang bertulis PENDAFTARAN AWAL, Masyaallah,banyaknya manusia beratur menuju ke kemah tersebut untuk menyemak dan dapat kan Nombor,aku bertanya kengkawan kenapa ramai benar,kengkawan beri tahu yang datang nee dari Pengkalan Hulu,Gerik,Lenggong dan Kuala Kangsar,patutlee banyak,aku agak lee hampir 2000 orang.Aku dapat nombor 1006. Aku tak kesah banyak sikit orang,tapi apa yang aku rasa sedehnya seolah olahnya satu penderaan kepada bekas tentera nii,kalau lee manusia ada perasaan tentu rasa sayu,sedeh bekas tentera nii kebanyakan sudah tua tua uzur ada yang berjalan kaki tiga,bertongkat,kebanyakan dipapah isteri,anak anak,berkursi roda beratur dipanas hanya nak dapat RM.1000.Apa salahnya masuk kan saja wang tersebut dalam akaun Bank yang telah diberi bersama borang permohonan.Bukankah mudah tak menyeksa bekas tentera yang cacat dan uzur nii.Kalau nak kempin pun bukan lee cara bagitu..orang dah tahu dah.... Udah lee bagitu,sebelum diberi boucer di himpun pula dalam dewan ada majlis cuci otak [BRAIN WASH] oleh YB.YB.AMENO/BN lepas tu baru dipanggil mengikut nombor hingga jam 02.30 baru habih. Majlis cuci otak nii [Brain Wash] nii biasa lee ameno/bn menggunakan apa saja majlis sebagai plat form memperbodohkan orang melayu. TAK PE!!! Dalam tinjauan aku kebanyakan bekas tentera tak termakan dengan kempen mereka,mereka tetap bersama Pakatan Rakyat. RM.1000 Bahagi 55 tahun Ameno Memerentah Bahagi 12 bulan,Bahagi lagi 30 hari,Berapa hampa dapat ??? Hampa kira sendiri lee.....tuu nilai kita,hampa patut berterima kasih pada Pakatan Rakyat...tak pee tak merasa lee lee kita. INI KALI LAH.........................................TUKARSunday, 3 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment