BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 4 September 2013

NAIK MINYAK...EH..EH..BUKAN..MINYAK NAIK

Nie le hadiah Istimewa dari Kerajaan Ameno/Bn 47%,tima kasih BN kerana atas keperihatinan mu pada rakyat. Malam 2.9.2013 selepas kita menyambut hari Kemerdekaan kita yang ke 56,pada malam tu aku terkejut beruk kerana PM Tok Jib telah mengistiharkan kenaikan harga minyak DISIL/PETROL seba- nyak 20 sen selitar.Dengan kenaikan tersebut harga barang2 tentu sekali ikut serta,kerana barang barang nie di bawa ngan kenderaan,meningkat le beban rakyat yang sudah sedia terbeban. Pada mulanya aku memang x caya PM.sanggup buat gitu pada rak- yatnya,Al maklum le semua org tahu kerajaan Ameno/Bn 47% nie bagitu perihatin,memberi bantuan pada rakyatnya,bermacam anika, BRIM/BROM,bekas Parajurit,pesara pesara,menaik kan gagi anggota perkhidmatan awam,Bonos,aku rasa x mungkin dia sanggup buat gitu. Tapi esoknya aku ke station minyak di Lenggong,memang le benar kenaikan tersebut.Baru le aku caya,rupanya Tok Jib dan kabinit nya betul betul menipu rakyat,segala apa yang di beri hari tu, hanya lah untuk memancing undi rakyat aje,sebenarnya rakyat dah lama dah menanggung beban kenaikan harga barang nie.hari nie tambah lagi. Sepatutnya kalau betul perihatin untuk membela rakyat,cari le jalan lain,nie malas nak berfikir,tu saja dia nampak,sepatutnya kerajaan kena fikir,macam mana nak memenangi hati rakyat,sedar le dalam PRU 13 lalu Ameno/Bn hanya dapat 47% undi aje Tok Jib dan kabinitnya berbelanja wang rakyat terlalu boros, ratus ribu x main le,juta juta,ratus juta,beliun beliau,rupa nya dia nak buat ladang atas belakang rakyatnya sendiri,nak di ambil balik wang yang di berinya kepada rakyatnya dulu,Mulut rakyat di suap pisang,ponggong rakyat di cangkut mata kail. Berbelanja boros,ketirisan,rasuah menjadi jadi,negara akan banggrup,kata menteri dia,yang dok pakai JALA tu,Malaysia akan jatuh banggrup pada tahun 2019 kalau sabsidi x di tarik. Dengan kenaikan harga minyak dan barang barang ni,aku risau jugak,kerana aku bekerja noreh getah,hanya RM.35 sehari,harga getah RM.2.70 sen sekilo,anak masih bersekolah,tambang bas naik, belanja dapor naik,nie nak dengan GST-AES mungkin nak di masuk kan dlm belanjawan 2014 nie,tunggu le. Aku bukan nak pulang paku buah keras,tetapi rasa pelik sungguh, kerana sebelum PRU 13 hari tu,ada pihak yang menawarkan,jika se- kiranya demo perentah Malaysia nie,minyak akan turun,barang2 turun,kerita turun,pelajaran percuma dan berbagai lagi,tapi demo x moh,demo pilih Ameno/Bn gak,nak wat geno,kata Pak Andeh,bukan anak aku saja yang mati,anak orang mati gak,le nie pakat pakat tanggung sendiri le,bukan salah ibu mengandung,memang sudah celaka badan........Tima kasih pengundi Ameno/Bn. Tunggu 5 tahun lagi.

0 comments: