P.Ramlee meninggal dunia secara mengejut di Hospitan Besar Kuala Lumpur pada29-05-1973 jam 05.30 pagi dlm usia 45 tahun. Kehilangan beliau amat besar kerugian pada kita,lebih lagi dalam Indastri seni perfilaman tanah air Kehilangan beliau sukar di cari ganti,boleh dikata kan beliau Seniman serba boleh. Aku adalah salah seorang peminat film Melayu,kalau ada film baru di tayangkan,aku dan rakan2 menyewa kereta pergi ke Ipoh atau Taiping dipanggung tempat film itu di tayangkan,selalunya film2 SB nie di tayangkan di Panggung LIDO. Di tempat aku hanya ada sebuah saja panggung,ia itu Panggung NEW PEPULAR Lenggong,dia cuma menayangkan film lama seperti film Tamil,Filifina dan film orang puteh, le nie dah tak dak dah panggung nie telah di roboh. Semasa hayatnya P.Ramlee nih terkenal sebagai Penyanyi, penggubah lagu,penulis scrip,pelakon dan Pengarah Film. Allahyarham semasa hayatnya berlakon lebih 200 buah film, mengarah film lebih 40 buah,menggubah lagu lebih 1000 buah lagu. 0leh jasanya bagitu besar dlm Indastri Film,Music beliau di anugerahkan pingat AMN.semasa hidupnya dan Pingat Tan Seri selepas beliau meninggal dan di abadikan nama satu jalan di Kuala Lumpur,ia itu Jalan P.RAMLEE,bagitu le, Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal kan nama,sama ada nama baik atau sebaliknya. Rakan akrab yang sama berlakon dengan nya S.Samsudin meninggal pada 04-06-2013 di Singapura dlm usia 84 tahun, terbaru seorang lagi rakan nya Dato Aziz Satar [Pak Ajis] meninggal pada awal tahun nei 2014.Semua mereka telah pergi meninggalkan kita,Al Fatihah untuk mereka,semoga roh roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan org2 yang beriman. Semua film P.Ramlee di minati ramai tua muda berbagai bangsa dari generasi aku hingga genarasi le nie,walau pun di buat dalam film hitam puteh dan kebanyakan di buat pengambaran dlm stedio saja.Kerana ia bukan saja hiburan,malah ia mengandungi nasihat,teladan,teguran dan sindiran,aku rasa semua rakyat Malaysia telah menonton film2 P.Ramlee nie. Di anrata Film2 P.Ramlee ialah Pendekar Bujang Lapuk, lakonan P.Ramlee,S.Samsudin dan Aziz Satar,dlm film nie kalau kita perhatikan terdapat dialog [kelas Dewasa] yang terus terngiang ngiang di telinga,apakah maksud tersirat di sebalik dialog tersebut?,benarkah dialog yang di cipta P.Ramlee untuk menegur pemimpin Ameno???. Ini ceritanya.Pada tahun 1959 satu Fistival Film Asia di adakan di Kuala Lumpur,pihak juri telah mengumunkan Filam Pendekar Bujang Lapok memenangi sebagai film:: Komidi terbaik di peringkat Asia,dan sejurus selepas pengumuman di buat,Tan Seri Ghazali Shafie pada masa tu sebagai Menteri Kebudayaan terus jumpa P.Ramlee di tem pat duduk peserta dan bertanyakaqn beberapa soalan, kejayaan beliau menggondol hadiah tersebut.P.Ramlee seperti biasa menggunakan bahasa pasar org Singapura ia itu LU-GUA.Dialognya begini:TS.Ghazali,macam mana You boleh menang malam nie.P.Ramlee:Gua buat film untuk masyarakat bukan untuk wang,TS.Ghazali:Tau le,tapi macam mana you boleh menang? macam macam juri,dari Hong Kong, German,Australia boleh pilih film you,sedangkan mereka tak tahu bahasa kita.P.Ramlee:Film dan lagu tak memerlu kan bahasa khusus,seni adalah bahasa universal..Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masya rakat untuk gua,ada nasihat,ada teguran dan ada sindiran agar masyarakat boleh berfikir...Gua pun kutuk Lu punya Geng, ha ha ha[ketawa kecil].TS.Ghazali:You kutuk apa? I tak nampqak pun?.P.Ramlee:Alif,Mim,Nun,Wau tu Lu punya geng le,TS.Ghazali:Ah...I tak faham le,P.Ramlee: Alif tu..akal,Wau tu Ugama,Alif tendang Wau,Sarkis, makna nya,Akal tendang[tolak] ugama,manusia menjadi seperti binatang sarkis,hidup tanpa ugama hanya layak untuk binatang haiwan saja,Alif,Mim,Nun,Wau tu kan bunyinya AMENO???.TS.Ghazali:Terkedu mendengar penje lasan P.Ramlee ketika itu. ***Patutle Sudin tak dikurniakan bintang[Pingat] fasal Alif Mim Nun Wau kooot!!!. Sumber:Dari Film Pendekar Bujang Lapok, Buku Seniman Agong P.Ramlee Tulisan Abdullah Hussin,Karangkraf 1984-Blog.
Thursday, 26 June 2014
KABINET MALAYSIA 2014
Hari nie aku terbaca dlm Sinar Harian dan Metro Pengumuman di buat PM.DS Najib dlm sidang media nya berhubung Rombakan Kabinetnya 2014 nie. Aku terkejut,pada sangkaan aku DS.Najib cuma nak masuk 2 menteri baru dari MCA dan Gerakan aje, rupanya tidak,sangkaan aku melesit,tak jadi begitu,malahan pertambahan cukup besar,DS.Najib melantik 35 menteri termasuk mengekal menteri yang sedia ada dan 27 Tim.Menteri,daripada 35 menteri 10 daripadanya di letak kan di Jabatan Perdana Menteri,nampaknya Portpolio kabinet jua semakin membesar,wang gaji elaun pun turut membesar. Aku rasa kabinet yang begitu ramai tak sepadan dengan negara kita yang luasnya sekangkang kera aje,penduduk pun hanya 28 juta. Berdasarkan Pakej saraan yang di tetap kan PM. barisan baru kabinet tersebut akan menelan wang pembayar cukai kira kira RM.530,000 dlm bentuk gaji atau RM.6.3 juta setahun,ini tak termasuk saraan yg di terima menteri2 atas kapasiti ahli Parlemen/Dewan Negara dan juga elaun elaun yg layak di terima,jika PM.Tim.PM di masuk sekali kerajaan akan membayar RM.825,000 sebulan utk gaji pokok semua pemimpin atasan nya atau men cecah hampir RM.10 juta setahun. Aku cuba bandingkan dengan negara lain,Jiran kita Indonesia penduduk 100 juta lebih,kalau tak silap aku le,anggota kabinetnya kecil saja, di India penduduknya hampir satu Bilion,hanya ada 23 kabinet aje,aku dapat tahu menteri2 di India tak dak gaji pokok,ia di bayar berdasar kan Elaun harian yg di tetapkan Parlemen mereka ini baru kerja untuk rakyat,tak macam kita, asik nak membore,membesar perut aje. Di UK [Unitek Kingdam] pula penduduknya lebih kurang 62 juta,tetapi mempunyai 23 orang saja anggota kabinet dan menerima bayaran 8 juta saja setahun. Pada anda yang pandai metamatik cer kira,aku nie masa sekolah dulu lemah metamatik,tak caya? Google le sendiri,fikir fikir le,lagi mau caya ke???....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 08:40 0 comments
Monday, 23 June 2014
AMENO/BN DAH MONOPAUS ???
Tempoh 57 th,satu jangkamasa panjang dalam sejarah kehidupan kita,kalau org Betina/ perempuan melewti umor bagini Harmonnya dah kering dan kecut mengelami proses Monopaus, ia itu zaman kejatuhan,kulit pun dah gedeber (kendur)dan berkeriput, di ikuti pelbagai penyakit,penyakit tua,sakit lutut,urat saraf dan pelbagai penyakit lagi. Ameno/Perikatan,sekarang BN memerentah Negara Malaysia nie sejak mardeka lagi th. 1957,PM.Pertama YTM.Tengku Abd Rahman,1957 hingga 1971,PM.Tun Razak 1971-1976 4 th,aje meninggal di London,PM.Tun Husin Oon 1976 1981,PM.Tun Mahadir 1981-2003,PM.Tun Abdullah 2003-2009 PM.DS Najib 2009-???. YTM Tengku dinyah oleh ameno sebab 13 mei, Negara di perentah MAGARAN,PM.tun Razak meninggal,PM.Tun Hussin dinyah oleh........ PM.Tun Mahadir dia dapat mencium bau lebih awal,ameno dah tak moh dah pada kat dia Letak jawatan dlm paksaan diri dengan hiba sedu tangis oleh pengampunya,PM.Tun Abdullah di nyahkan oleh geng geng ameno yang tidak sabar menunggu giliran. Setiap prodok makanan dan sebagainya ada had atau tempuh luputnya,jangan makan prodok2 yg tamat tempuh,nantu keracunan. Bukan saja prodok tetapi seloroh alam buana nie ada tarikh luput nya yg ditetapkan oleh penciptanya Allah swt, tunggu le,masa akan tiba jua. Bagitu le Ameno/BN yg telah monopaus tentu akan menghadapi tarikh luputnya.Hari nie kita boleh saksikan,banyak parti politik terbesar di dunia mengelami keruntuhan.Contohnya Parti Konggris di India yg berkuasa lebih setengah abad yang di asaskan melalui perjuangan Mahatma Ghandi di tumbangkan oleh pembangkang di negara paling miskin dan ramai penduduk itu. Di Jepun LDP(Leberal Demokratik Parti) yang berkuasa hampir 40 th jatuh tersungkur,walaupun dapat bangun semula,di Indonesia pula Parti Golkar pimpinan Suharto,terjelapak tumbang di tangan rakyat,itule hebatnya kuasa rakyat. Apakah setiusi begini bakal berlaku pada Ameno/ BN ?.Kalau kita tengok keadaan kursi ameno/bn dlm PRU 12 2008 lalu,mereka kehilangan 2/3 di Dewan Rakyat dan 5 buah negeri termasuk Kelantan ditawan oleh Pakatan Rakyat.Sejak itu ameno/bn terutama Ameno menjadi sasau,meroyam,paneh baran kerana kehilangan kuasa,mereka rasis membangkit kan perkauman,agama dll,tu le sebab nya mereka banyak menternak Ngo Ngo pro mereka seperti Perkasa,Jati,Pekida dll,untuk membuat kacau dan menakut nakutkan rakyat. \ PRU 13,Ameno/Bn cukup tenat,walaupun Kedah dpt di rampas semula,tapi undi pepular mereka cuma 47% aja,selain hilang 2/3 di Dewan Rakyat,Pakatan Rakyat memerlukan beberapa kursi saja lagi untuk menubuhkan Kerajaan Pusat melalui mejoriti mudah. Ini le penangan bahayanya pemimpin tak peka pada rakyat dan memilih pemimpin (Menteri) tua tua (kitar semula) pada hal banyak lagi pemimpin muda Ameno di Parlemen yang berkelayakan dan mempunyai kelulusan tinggi untuk di lantik sebagai Menteri dan Tim.Menteri,tapi hampaih. Kita tunggu PRU 14 nanti,aku rasa kalau pemimpin nih tak peka lagi pada rakyat,tak ubah perangai bodoh sombong ada kemungkinan Ameno/Bn akan kecundang lebih teruk,tak mustahil akan di hantar ke Muzium. KUN (Jadi) kata Allah, FAYAKUN (maka terjadile sesuatu)
Posted by Anak Kampung Sumpit at 07:51 0 comments
Sunday, 8 June 2014
APA ISTIMEWANYA DEEPAK JAIKISHAN ???
Seminggu lalu aku terkejut berok bila membaca pendedahan bekas Pengerusi Bank Rakyat,Tan Seri Sabarudin Chik,ia itu Deepak Jaikishan peniaga Karpit yang kontroversi,menawarkan penyelesaian mudah bagi membayar tunggakan hutangnya diBank Rakyat sebanyak RM.32 juta selama 10 tahun tanpa faedah dengan 120 keping Cek "POST DATED". TS.Sabarudin menyatakan Ahli Lembaga Pengarah [ALP] Bank tersebut telah menolak penyelesaian tersebut.Tetapi Deepak telah menggunakan pengaruh Politiknya,dengan campur tangan Menteri Perdangan dalam negeri Koperasi dan Pengguna [KPDNKK] Dato Hassan Malik ALP Bank terpaksa menerima. Aku nak tanya sikit neh,Polisi kerajaan mana yang di guna pakai oleh Bank Rakyat? bagi menyelesaikan perkara ini? Apakah itu Polisi Hassan Malik ?.Pada aku ini satu perkara yang tak betul,salah guna kuasa,apa istimewanya Deepak nie,dia bukan taraf Bumiputera,Bumiputera pun pinjam kena faedah,ameno putera kot???. Anak anak aku pinjam PTPTN kena 4%,pinjam beli keta 3-8%,pinjam beli rumah 4%,tapi Deepak pinjam 000% apa kejadah nie.Aku tak salaahkan ALP Bank 100%,depa nie di tekan oleh ahli ahli politik,tuu sebabnya Hasan Malek tak nak tanda tangan sambung Kontrek TS.Sabarudin sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang telah tamat. Eh...Eh...Eh..Istimewa sungguh kalau berkawan dengan YB-YB Menteri ameno,memang bagauh,banyak lagi salah guna kuasa oleh mereka mereka yang berkuasa-nie pun mungkin sebab TS Sabarudin Cik tak di sambung kontrak nya-tuu lee dia sanggup buka pekong nie-SPRN kenale tengok tengok depa nie,jangan jadi kucing kenyang, anda di amanahkan. INGAT !!!,Jangan ulangi skendal Bank Rakyat l975 di mana ia menjadi sejarah hitam,Pengerusinya ketika itu Dato Harun Idris,menyalah guna Bank Rakyat,menaja perlawanan Tinju Mohamad Ali dari Amerika dan Joe Bugner dari Britan.Oleh kerana ada boikut dari banyak pihak termasuk geng alif mim nun wau sendiri ia tak mendatangkan keuntungan. Ekoran dari itu Dato Harun Idris di tangkap,dibicara kan.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 setengah tahun di Penjara PUDU,Setelah menjalani separuh drp hukuman tuu,beliau di bebaskan tahun 1981 setelah mendapat keampunan. Aku rasa amat malang lee bagi rakyat Malaysia,apabila kes seperti nie di biarkan saja,...Apa pun aku harap pihak pihak berkaitan tidak terlepas pandang,bertindak lah seberapa segera yang boleh,supaya penyakit atau virus nie tidak berjangkit sampai keusus,menjadi busuk yang tak sanggup di hidu lagi...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:17 0 comments
Sunday, 1 June 2014
PENGUNDI TELUK INTAN TUNGGU JANJI BN....
Kemenangan MAH drp Gerakan wakil ameno/bn di Parlemen Teluk Intan P.76 sebagaimana di umum oleh SPR semalam 31-05-2014 mengalahkan DIANA SOFIA dari DAP [Pakatan Rakyat] dengan me joriti tipis. Apa pun aku ucap tahniah pada MAH dan BN,kerana anda menang dengan harga yang tinggi tak berbaloi ia itu: MAH [BN] 20,157 DIANA SOFIA [DAP] 19,919 MAH [BN] MENANG 238 UNDI PERATUS KELUAR MENGUNDI:66.5% PM.DATO Seri Najib berjanji akan melantik MAH sebagai Menteri Kabinit [Wakil Gerakan]..Selain itu beberapa janji di buat dalam Manifisto dan janji janji dari Menteri Menteri Ameno BN,antara nya: 1.Pembinaan sebuah Universiti di Teluk Intan 2.Wifi lebih laju 3.Pembangunan yang lebih banyak 4.Pembinaan Lebuh Raya Banting-Taiping di percepatkan 5.Uniform baru untuk RELA,dan berbagai lagi. Semua janji janji nie akan di tunggu dan di nanti oleh pengundi Teluk Intan,walau pun MAH berkata semua tu bukan janji dia beliau tak terikat dengan janji tersebut. Najib Ameno BN jangan sombong mendabit dada,anda menang dengan mejoriti tipis,tak berbaloi dengan modal dan janji besar.....INGAT !!!,KALAU se batang TIANG UNIVERSITI TLKI.INTAN tak tercacak sebelum PRU 14 anda Ameno BN,akan di humbankan kelaut Tlk Intan,kerana janji mu akan membawa akibat pengundi Tlk Intan akan mengamuk. Apa pun aku ucapkan tahniah Diana Sofia yang bagitu gigih dengan semangat tinggi dlm perjuangan, jangan putus asa,ini bukanlah penamat,anda ada poten si dan masih muda,teruskan keria anda.Kepada semua jentera PR,yang bagitu kuat bekerja bagi memenangkan Diana dlm PRK nie aku ucapkan terima kasih,dan banyak bersabar,nak wat macam mana org kite le nie banyaknya terlalu bodo cepat termakan asutan janji Ameno/bn...org kita banyak yang bodo le,macam ayam daging dapat makan dedak pun jadi le,lepas tu kena sembelih oleh Ameno/ Bn,jual kat pasar pasar Teluk Intan takpe,memang bodo/Baghal... I
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:15 0 comments