BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 27 October 2014

BRIM NAIK RM.650-RM.950,BAGET.2015.

Hari pembentangan BAJET 2015 pada 10-10-2014 lalu,aku awal-awal lagi dah duduk depan TV,mendengar ucapan PM DS.Najib dlm pembentangan bajit tersebut...Aku penuh khusuk mendengar dan nak tahu apa yang rakyat miskin dapat. Aku tak nak ulas panjang lee,aku bukan pakar ekonomi, tetapi aku rasa bajet 2015 nie tidak ada yang baru,ha nya lagu lama di beri nafas baru,seperti kata allah yarham Mat Deris dan Pak Busu dlm seckom Pi Mai,Pi Mai Tang Tu,bajet juga masih difisit,aku rasa sudah 15 th. Malaysia mengelamani bajet difisit.Difisit dengan kata mudah ia itu Belanja lebih dari pendapatan. Dalam bajet tersebut PM mengumunkan kenaikan BRIM, (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) ia itu dari RM.650-RM.950 bagi penerima berpendapatan RM.3000 kebawah,pendapatan 3000-4000 naik dari RM.450-RM.750,Bantuan nie di bayar 3 kali. Aku rasa kenaikan BRIM th depan,tidak cukup bagi menampung sara hidup rakyat miskin,selepas kenaikan harga minyak akan menjadi rantaian kenaikan harga barang, lebih-lebih lagi pada april 2015 di kenakan pulak cukai GST (Gasak sampai tertongging)tu istilah aku,GST sebenar nya Cukai Jualan dan Perkhidmatan 6% dikenakan,walau pun kerajaan ada mengecualikan barang keperluan makanan seperti beras dan lain,rakyat miskin tetap terbeban,ini akan menambahkan lagi miskin,miskin tegar. Gulungan miskin,sama ada bandar atau kampung,berbelanja secara (Jimat)bagi sebuah keluarga 4-5 org antara RM.400 hingga RM.700,sebulan,gulungan pertengahan RM.700-RM.1000, tu tak termasuk pakaian,ubat-ubat,anak sekolah,yuran, tambang bas,tusyen,air,letrik,tipon,sewa rumah dll. Kerajaan sepatutnya mempunyai dasar bagi membantu tingkat kan ekonomi rakyat,mempunyai dasar serampang dua mata, ia itu membasmi kemiskinan,dan menyusun semula masyarakat, bukan membeban rakyat,mulut rakyat di suap pisang,bontot di cangkut mata kail,hari nie rakyat di suap dengan BRIM, seperti kata pepatah cina,"Beri saya saekor Ikan,saya akan makan sehari saja...Beri saya Pancing,ajar saya memancing, saya akan makan seumor hidup". Ada jua gulungan yang seronok Brim naik nie,nak buat camna, kerana kurang kesedaran,apa pun tima kasih lee,tima lee,tuu duit kita dari cukai langsung dan tak langsung,bayang kan umor kita sekarang,dari sejak lahir mak,pak kita beli susu, lampin dan sebagainya hingga kita lee nie membeli barang, dlm pembelian kita tu ada cukai kerajaan ambik,sekarang nie, berak,kencing pun kena cukai. Bagi aku BRIM bukan lah penyelesaian jangka panjang,ia macam kita sakit kepala,nak hilang sakit kepala tentu lee kena makan ubat,Ubat serbut cap kaki tiga,ada org panggil cap budak terkangkang,atau pun ubat Panadol,sakit kepala hilang sekejap aje,kemudian datang lagi.BRIM nie aku anggap satu konsep:Waa tolong Luu,Luu tolong Waa-I help You-You help me.

0 comments: