Rabu 5-11-2014,kita di kejutkan dengan kejadian banjir lumpur di tanah tinggi tersebut yang mengorban kan nyawa dan kerugian serta kerosakan harta benda. Banjir lumpur nie adalah kali kedua,selepas kejadian oktober 2013,banjir lumpur pertama meragut nyawa dua warga Indonisia.Kenaikan air bagitu mendadak,disebab kan hujan lebat.Empangan Bertam,Empangan Sultan Abu Bakar tidak lagi dapat menampung kenaikan air tersebut. Pada kejadian 2013 lalu TNB terpaksa melepaskan air empangan tersebut berperingkat-peringkat,mengelakan empangan pecah,kerana empangan tidak boleh menampung empang di penuhi tanah lumpur,hanya 1/3 bhg saja air. Banjir kali nie,meragut nyawa sekurang-kurang 3 nyawa, selain kerosakan,kerugian teruk harta benda penduduk. Penduduk disini terutama lembah Bertam,sentiasa dalam bahaya serta ketakutan terutama apabila musim hujan. Apa puncanya berlaku ?,salah siapa ???..Pada aku ini adalah di sebabkan kerakusan manusia,atas dasar pembangunan kerajaan Ameno/Bn membiarkan tanah tinggi nie di teroka secara berlebihan,tak terkawal,diberi TOL pada syarikat-Individu,dan diteroka secara haram, pihak-pihak berkuasa pula seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah,Kerajaan Negeri-Persekutuan terlepas pandang seolah-olah pejam mata. Kebanjiran pendatang asing pula bagitu banyak hingga 30,000 orang,Benggaladesh,India,Indonisia dan lain lain,sebagaimana yang di laporkan oleh surat khabar Ameno sendiri(Utusan Malaysia).MB.Pahang Tok Nan jawab Pendatang asing di perlukan disitu untuk aktiviti sektor pertanian. Aku selalu jugak kat situ,ikut anak anak bercuti,aku lihat tanah tinggi di situ di tarah,di gondolkan ngan aktiviti pertanian,bangunan,ini menyebabkan tiada lagi sumber tadahan air,apabila hujan tanah ini hanyut ke sungai dan empangan.TNB terpaksa melepaskan air ini menyebabkan lembah Bertam dekat Ringlet banjir lumpur. YAB.Tan Seri Hj.Muhidin TPM kata ada 9 langkah supaya banjir lumpur tak berulang.Sepatutnya awal-awal lagi ambil tindakan ia itu lepas banjir pertama,nie hampaih, takdak tindakan,sudah dua kali terantuk baru nak tengadah. SPRM mesti jalankan tugas,jangan jadi kucing kenyang, tikus lalu depan mata pun tak makan,kalau ada bukti dakwa mereka,siapa bawa pendatang bagitu banyak !!!. Lagi satu aku nak ingatkan,bukit jangan di tarah,gondol kerana bukit-bukau,gunung-ganang tuu adalah pasak bumi, pada masa Allah swt menjadikan bumi nie ia berumbak- umbak,(YOO)kata org kampung aku,kemudian Allah swt jadi kan Bukit-Bukau,Gunung-Ganang sebagai pasak bumi,baru lee manusia dan makhluk lain mendiaminya.Hari nie kita lihat, runtuh sana,runtuh sini,ini sebab kerakusan manusia,berpada-pada lee menarah dan menggondolkan bukit, jangan terlalu rakus. Mana janji Ahli Parlemen Cameron Highland bn ??? Dato G.PALANIVEL !!!.Jnji mu membawa Akibat.
Wednesday, 12 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment