APRIL FOOL:
Menjelang April tiap tahun ia di sambut meriah oleh terutama
anak-anak muda,ia bertujuan beseronok-seronok,berjenaka,
bergurau senda dan lain lain nya.
Tetapi APRIL FOOL tahun ini 2015 cukup jauh bezanya
dia datang untuk menyedup pokik anda bila saja anda berbe-
lanja.Apa pun apa yang kita tunggu selama ini telah tiba,ia
GST,ada org buat istilah,GST nie,Geng Songkok Tinggi,ada
juga di istilahkan Gasak Sampai Tertungging,nampak nya ter-
tongging le Pak Cik Pak Cik terutama penoreh getah di perdu
pokok getahnya,bagitu juga si miskin,miskin yang dokdi ulu-
ulu akan menerima nasib yang lebih buruk,tertekan oleh kerana
kos sara hidup semakin meningkat.
1-4-15 Malaysia dengan megahnya melangkah setapak lagi
kehadapan untuk mendera dan membuat sawah atas belakang
rakyatnya dengan menggunakan Cukai GST,hari ini APRIL
F00L,ia itu setiap warganegara Malaysia tak kira kaya sedikit
kaya,miskin,miskin tegar,tua muda,janda duda akan bersedekah
sebanyak 6%,setiap ringgit yg di belanjakan untuk barang-barang
keperluan yang kita beli.6% kita wajib bersedekah secara tak
redha kepada Puterajaya.Niat nya begini:" Sahaja aku bayar cukai
GST yang wajib atasku dan tanggungan ku sebanyak 6% setiap
kali aku berbelanja kepada Puterajaya bagi tolong bayar hutang
keborosan yang mereka lakukan".Kata mereka nie nak agih-agih
kan kepada rakyat,anda caya ke???.
GST nie,yang aku sifatkan lebih meluas di kenakan setiap bara-
ngan yang di kenakan kecuali yang di senaraikan tidak dikenakan
cukai,GST nie luas,lebar,makan keliling jika di bandingkan dengan
cukai terdahulu SST.yang di kenakan pada org-org tertentu saja,
malah GST jauh lebih regresif [mundur],tidak seperti Zakat yang
di kenakan terhadap orang islam yang berkemampuan,pada masa
tertentu [haul] dan pada kadar kekayaan tertentu [nisab].
GST di kenakan keatas barang dan perkhidmatan akan di pungut
\setiap kali berlaku transaksi , transaksi jual beli.kerana
GST adalah cukai atas perbelanjaan,bukan atas pendapatan atau
harta seperti zakat.GST akan meragut,memungut duit rakyat miskin
yang berbelanja 24 jam sehari,7 hari seminggu,macam kita pergi
menjala ikan dengan jala yang rapat,abih semua di sapu,ikan membe-
ras,bilis,anak seluang,tak dapat lari lagi,GST nie paling menjerut
menghimpit rakyat miskin,pertengahan akan menjadi mudah miskin,
miskin menjadi miskin tegar,meskin tegar menjadi papa kedana.
Dulu orang kaya berkerjaya kena cukai ,lee nie semua kena,melain
kan mereka tak makan,tak berbelanja.Dulu Big Mama kata,mahal
nya nak buat fesyen atau warna rambut kerumah-rumah RM.1200,
tapi leenie tak boleh dah Big Mama ooii, leenie 6%x1200bahagi
100=jadi RM.1,272 dah. RM.72/ tuu GST lee.
GST memang tak boleh lari dah,terutama penoreh getah,petani
peladang,penternak,bayar lee,walau pun tak redha,Geng Songkok
Tinggi nie sentiasa mengikut ponggong kita.
Berbaloi ke dengan BRIM 950 setahun tuu???,Mulut di suap
pisang,bontot [ponggong] di cangkut mata kail,rasa kan dan
fikiq-fikiq lee.
Saturday, 4 April 2015
GST DAH DATANG:1-4-2015.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment