Sungguh malang nasib penoreh getah/pekebun kecil
getah,menghadapi suasana ketika ini dengan kejatuhan
harga getah ini sehingga kini RM..1.90 sen-RM.2.OO
Sekilogram,nak beli sekeping belacan pun tak cukup,
lebih lagi beras,gula dllnya.
Luahan Penoreh Getah/Pekebun Kecil Getah yang
menghadapi masaalah kehidupan mereka amat lah sedih,
terharu,terhiris hati dan boleh menitiskan air mata kepada
mereka-mereka yg perihatin,yang berhati perut,atas derita
tekanan hidup beban yang mereka hadapi,lebih-lebih lagi
pada mereka yang melihat sendiri.
Penoreh cukup terdesak,terhimpit,dahlah harga getah beku
jatuh merudum,harga keperluan dapor naik melambung,mi-
nyak naik,Tol naik,tambang naik Cukai,dulu-dulu mereka
tak layak bayar cukai kerana pendapatan mereka tak sebe-
rapa,leenie kerajaan UMNO/BN perkenalkan GST,Cukai
Atas Perbelanjaan,bukan atas pendapatan rakyat,berapa
banyak kita berbelanja,di situ lah di ambil 6%,walaupun
ada barang di kecualikan.
Pendapatan penoreh getah tak seberapa hanya dlm lingkungan
RM.25-RM.30,sehari,purata RM.450-RM.650.Itu yang noreh
sendiri [yg ada kebun] menakala yg menoreh secara pawah
terpaksa di bagi dua,pendapatan ini bukan tetap,ia bergantung
keadaan cuaca,musim hujan,musim daun meluruh [gugur]
tak dapat menoreh,sedangkan perut anak-anak perlu di isi.
Bayangkan,dengan pendapatan begitu bagaimana penoreh
nak hidup, menanggung anak-anak,anak bersekolah,dengan
kos hidup tinggi? hari nie yg miskin dah jadi miskin tegar,dan
miskin tegar jadi papa kedana,buat muka tebal minta borang
Jbt.Kebajikan Masyarakat,Pejabat Baitulmal untuk mendapat
bantuan.
Saranan Tim.Menteri.menyuruh penoreh buat dua kerja bagi
mengatasi masaalah ini,sebenarnya Pak Menteri/Tim.Menteri
nak tahu,kami di kampung dah lama dah buat kerja ini,bukan
dua,tiga,kerja saja,tanam ubi kayu untuk makan pucuk,gulai
tanam cabe dll,tetapi pendapatan nya ciput aje.Tak seperti Pak
Menteri/Tim.Menteri buat dua tiga kerja,satu kerja satu gaji
berapa ratus K mika dapat,kami di kampung kalau anak tak
bantu sekupang dua,mampus ,anak nak bantu banyak mereka
pun ada keluarga.
Saranan Pak Menteri/Tim.Menteri nienambah marah org kampung
penoreh getah,apa ulasan syor Pak Menteri, kalau ayam mahal
jangan makan ayam,gula naik,kurangkan gula,takut kencing manis,
Tol naik pak menteri nasihatkan,lalu jalan tak bertol,bangun awal
elak kesesakan,macam tu kah jawapan mereka yg bertaraf Pak
Menteri,bukan nak tolong selesai masaalah,hanya menghina rakyat
dan menambah lagi kemarahan rakyat.
Rakyat di dahulukan: wah cukup cantik,lunak di dengar slogan nie,
benarkah gitu,atau rakyat di bebankan,biar betoi,Pak Menteri/Tim
Menteri,jangan anggap kami rakyat marhain,penoreh getah nie
macam tunggul,jangan sombong pak-pak menteri,hangpa dok di-
atas pun kami yang angkat [undi] jangan sombong,jangan guna
kami waktu nak kan undi kami dlm pilihanraya saja,lepas tuu
kami di anggap tunggul yang tak perlun di indahkan...
Sunday, 10 January 2016
PENOREH DERIDA HARGA GETAH BEKU JATUH MERUNDUM..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:10 0 comments
TIRIS:RAKYAT TANGGUNG BEBAN
KUALA LUMPUR
Ketirisan RM.800 juta akibat daripada kegiatan
Penyeludupan,penyalahgunaan kuasa GAS SUBSIDI
yang di seludup kenaga jiran menggunakan laluan
darat,laut membuktikan kelemahan bahagian penguat
kuasaan pencegahan penyeludupan.
Malah kata AJK Pas Pusat Dr.Ridzuan Mohamad Nor
penyeludupan ini juga kebanyakan di dalangi pihak ter-
tentu yang berkepentingan,selain rasuah menjadi faktor
besar bocornya sempadan negara.
Seludup minyak,seludup gas,seludup disil semuanya
berlaku.Ini semua membuktikan kelemahan penguatku-
asaan dan apa yang kerajaan laku kan hingga perkara
ini terjadi ? kata Dr.Ridzuan yang juga Tim.Pengerusi
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kepada
Harakah 5 Jan.lalu,mengulas pendedahan akhbar Utusan
Malaysia mengenai ketirisan RM.800 juta GAS bersab-
sidi kenegara jiran.
Dalam masa yang sama Dr.Ridzuan berkata,ketirisan yg
di laporkan itu akan menjadi satu alasan kepada kerajaan
untuk menarik semula Subsidi sepertimana sebelum ini
dalam isu harga minyak.
Rakyat harus sedar,bahawa ini seolah-olah cara melontar
dahulu masaalah (Yang berlaku akibat kegagalan kerajaan
sebenarnya) dan kemudian membuat keputusan,yang akhir
nya rakyat terpaksa menanggung beban akibat penarikan
SUBSIDI kata beliau.
Sumber:Harakahdaily.net.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:26 0 comments
Thursday, 7 January 2016
PANEH,MIANG,RATIP-RATIP UG TAK MENJADI
Keputusan yang di buat Syura Ulama Pas baru-bari ini
benar-benar menjadi paneh,miang,meraung macam orang
sasau,menghantuk kepala kat dinding pada mereka yang
dok menjadikan ratip mereka UG.UG.UG.
Mereka tak menyangka keputusan yang di buat Majlis
Syura Ulama Pas tidak akan menyertai BN,Setiausaha
Majlis Syura Ulama Pas,Dato Dr,Nik Zawawi Salleh
berkata,keputusan itu di buat Majlis Syura Ulama Pas
yang bersidang pada sabtu lalu.
Katanya lagi,Pas juga terbuka bekerjasama dengan mana-
mana pihak melibatkan soal Agama Islam.
Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 21 Rabiul
Awal 1437h/2hb.Jan.2016 bersetuju meneruskan agenda
kerjasama dengan mana-mana pihak dengan perkara-per-
kara kebajikan dan ketakwaan,demi untuk memperkukuh
kan Islam dan perjuangan nya.
Majlis Syura Ulama juga menegaskan,Pas tidak akan
menyertai BN,katanya dalam satu kenyataan pada Rabu
lalu.
Keputusan itu menamatkan spekulasi bahawa PAS dan
UMNO akan membentuk gabungan parti politik sebelum
ini.
Mengikut kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) Nov lalu,
lebih 45% responden di Selangor tidak setuju dengan kerja-
sama antara Pas dengan UMNO. Tim.Pengerusinya Prof
Dato DR.Mohammad Redzuan Othman berkata,dengan ke-
putusan tersebut menunjukan kerjasama itu tidak akan mem-
beri sebarang menefaat kepada nasib orang Melayu di-
Negara ini.
Sumber.....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:48 0 comments
Sunday, 3 January 2016
Perjuangan UMNO Dulu-Dulu vs UMNO Leenie
Semua org tahu semasa UMNO nak di tubuhkan oleh
Pengasasnya Dato Onn Jaafar.Ketika itu Dato Onn
berusaha gigih keceruk kampung,bandar mengumpul
lidi-lidi menjadi penyapu bagi menguatkan bangsa
Melayu menentang penjajah Inggris nak menubuhkan
Malayan Unian.Dengan kegigihan Dato Onn dan so-
kongan kuat org Melayu,maka pada 11hb.Mei.1946
bertempat di Istana Johor lahir lah Pertubuhan Kebang-
saan Melayu Bersatu (UMNO).
UMNO pada masa itu cukup comel,bak nakdara sunti
si manis 17 katakan,pipi gebu bak pauh di layang,bibir
bak delima merkah,pendek kata tak ada sebiji panau,
kulat,kurap,kudis buta,puru tokak jauh sekali lah.
Perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO tika
itu cukup hebat,sanggup berkorban apa saja,harta wang
ringgit hatta nyawa sekali pun demi perjuangan bangsa
agama dan negara,perjuangan dulu-dulu tidak mengharap
apa-apa,cari makan sendiri,kais pagi makan pagi,kais
petang belum tentu dapat makan,demi perjuangan mereka
teruskan.
Tetapi selepas beberapa tahun penubuhan,timbul rasa
keinginan Yg Di Pertua UMNO,sekarang Perseden,nak
memasuk kan bangsa-bangsa lain menjadi ahli UMNO
ini menyebabkan tentengan hebat ahli-ahli pada yang di
pertuanya Dato Onn secara terbuka tidak bersetuju.Ini
menyebabkan Dato Onn Cunggit (lari) meninggal kan
UMNO,beliau menubuhkan Parti Negara (kalau tak silap)
bertanding menang satu kerusi di Terengganu.
UMNO terus di perjuangkan,kerana ahli ahli dulu tetap
memilih dan sayangkan parti,bukan individu,UMNO di-
ambil alih Tengku Abdul Rahman,kemudian Tun Razak,
Tok Usin Onn,Tun Dr.Mahadir,Tun Abdullah Badawi,
dan lenie Ds Najib.
Di era Tun Mahadir UMNO berkocak di sebabkan pere-
butan jawatan,menyebabkan UMNO berpecah dan ditalkin
kan (di haram) maka lahirlah Parti Melayu Semangat 46
di pimpin oleh YBM Tengku Razali Hamzah. Menakala
Tun Mahadir menubuhkan UMNO baru hingga le kelenie.
Pemimpin dan ahli UMNO lenie (bukan semua) sudah di-
kaitkan dengan perjuangan Siapa Hulur Lebih dan siapa
pandai ampu dia mendapat sokongan (saya tolong kamu,
kamu tolong saya) perjuangan mereka sudah di letak kan
setanding ayam daging di beri makan dedak kenyang-ke-
nyang,di masukkan dlm raga ayam,di sembelih untuk di-
perdagangkan di pasar-pasar.
Kalaulah ada ahli-ahli menegur kepimpinan tertinggi di-
ugut berbagai cara,di gantung keahlian,di buang,pada hal
mereka-mereka yg mengkeritik itu kerana sayangkan UMNO,
kalau di pereksa,di cek darah mereka ini 100% darah UMNO
karat hijau.Ahli UMNO lenie sudah di landa sendrom bisu,
tak berani menegor pemimpin,demi menjaga periuk nasi dan
takut hilang jawatan.
Sendrom bisu ini turut tempias pada cerdik pandai serta ulama
dlm UMNO,sepatutnya cerdik pandai dan ulama dlm UMNO
mesti berani menegur.Ulama harus tegas menegur Umara,tapi
ini tidak berlaku demi nak menjaga periuk nasi dan jawatan,
mereka lebih takut di potong gaji dari di sembelih lehir.
Demi mempertahankan maruah ahli-ahli UMNO hendak lah
kembali mencontohi perjuangan ahli UMNO dulu-dulu,barulah
meruah kita dapat di pertahankan,jadi ayam kampung cari
makan sendiri.
Wallah huaklam.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:06 0 comments
Saturday, 2 January 2016
BOLEHKAH UMNO BERGABONG DENGAN PAS ???..
Bagitulah cakap-cakap yg terkeluar dari mulut ahli Pas
penyokong,pengundi atas pagar,malah ahli umno akar umbi.
Tiada siapa dapat menapikan,umno kini dalam keadaan resah
gelisah,setelah dilanda pelbagai massalah sama ada dari luar
dan dalam umno itu sendiri. Umno kini telah terhakis keper-
cayaan,keyakinan ahli-ahli di peringkat akar umbi terhadap
kepimpinan tertinggi mereka.
Lebih-lebih lagi apabila melihat Pas musuh politik nombor 1
mereka dapat bangun semula bahtera mereka setelah di landa
badai selepas Muktamar,di mana pemimpin-pemimpin mereka
yg kalah keluar menubuhkan parti baru ia itu Parti Amanah,
Bahtera baru yg di bena pas nampaknya lebih kokoh boleh di-
terima dan di yakini oleh pengundi-pengundi,terutamanya di-
kawasan tradisi.
Segala fitnah umno terhadap pas yg mengatakan Pas kuda
tunggangan DAP tak menjadi,walau pun tembakan meriam
buloh mereka terhadap pas tidak mengenai sasaran.kini nam-
paknya umno sekarang lebih memujuk pas.
Sebab itu lah Ds.Najib Preseden umno dalam ucapan di PAU
umno 2015 lalu tak segan silu melamar pas bergabong dengan
umno,tak cukup dengan itu apabila kedua-dua Perseden itu
duduk sepentas dalam Multaqa serantau Alumni Al-Azhar
Malaysia 2015 sekali lagi Ds.Najib melamar pas bergabong
dengan umno,dimana kehadiran Ds.Najib sebagai perasmi
Multaqa dan Ds.Haji Hadi segai pengucaptama dalam majlis
tersebut.
Selepas itu riuh rendah,heboh di alam maya,media arus Perdana
membincangkan hal ini,ada yang pro dan kontra.Kita dapat
faham Multaqa ini di rancang bagitu rapi oleh proksi kerajaan
hingga kedua-duanya memakai baju sedondong yg sama.
Pandangan umum soal perpaduan ini amat baik,sama ada lama-
ran Ds.Najib itu ikhlas atau tidak hanya Allah yg tahu,tetapi
dari gerak badan,liuk lintuk banyak menjadi persoalan.
Bagi pas yang pernah tidur sebantal dengan umno,banyak dapat
mencium bau kelaku mereka ini,bila mereka lemah mereka me-
merlukan,apabila kuat mereka sombong tak perlu pada pas
lagi.Di era Tun Razak pas di beri peluang bersama dalam kabinit
Umno/Bn diera Tok Usin pula pas di tendang,cerai keluar dari
BN,di Kota Baru semasa Tok Usin merasmikan bangunan Tabung
Haji cwn Kelantan,selepas cukup memfitnah pas,melaga-laga Pe-
mimpin pas,menyebabkan Kelantan di MAGRAN,dan umno de-
ngan mudah merampas Kelantan.
Ingat tuu,kalau ada pemimpin pas yg teroja dengan lamaran ini,
kenalah ingat,ini boleh jadi stratiji licik umno memecah belah
kan pas untuk menjadi lemah,pemimpin pas kena berhati-hati
dengan lamaran itu,jangan di patut dua kali dlm satu lubang,
lamaran ini boleh di sambut tetapi hanya bekerjasama dalam
bidang untuk membela kepentingan rakyat dan agama saaja,di-
bidang polotik katakan tidak,kerana Pas berjuang menegakkan
Islam,Umno pula berjuang untuk kebangsaan,pas tentu sekali
tak sanggup mengadaikan prensipnya.
Dosa Umno Pada Pas Terlalu Banyak.
Dosa-dosa umno pada pas terlalu banyak,antaranya menapikan
hak rakyat yg menyokong pas,pembangkang,,Royalti Minyak
5% kepada Kelantan/Terengganu,projek-projek,penjawat awam
yg mirip menyokong Pas di tukar jauh,kes berdarah Memali,di napi
mendapat jalan tar,lampu jalan pinjaman Tekun dan banyak lagi
tak larat nak senaraikan.Perkara ini tak boleh di maafkan oleh pe-
mimpin,ia hanya oleh ahli ahli yg terlibat dengan pengniaayan ini.
Pas Ada Organisasi:
Kalau ada pemimpin yg teringin nak gabong ini tak boleh secara
individu,keranaPAS ada Organisasi,dari cawangan,kawasan,negeri
Pusat,pas ada dewan-dewan,Pemuda,Muslimat,ulama ajk pusat,
kelab penyokong Muktamar,ini kena panggil Muktamar Khas
bukan pemimpin boleh buat ikut suka hati,
Kepada pemimpin Pas,sanggupkah anda memikul biawak hidup dan
menggadaikan perinsip ???
Wallahuaklam..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:47 0 comments