Sungguh malang nasib penoreh getah/pekebun kecil
getah,menghadapi suasana ketika ini dengan kejatuhan
harga getah ini sehingga kini RM..1.90 sen-RM.2.OO
Sekilogram,nak beli sekeping belacan pun tak cukup,
lebih lagi beras,gula dllnya.
Luahan Penoreh Getah/Pekebun Kecil Getah yang
menghadapi masaalah kehidupan mereka amat lah sedih,
terharu,terhiris hati dan boleh menitiskan air mata kepada
mereka-mereka yg perihatin,yang berhati perut,atas derita
tekanan hidup beban yang mereka hadapi,lebih-lebih lagi
pada mereka yang melihat sendiri.
Penoreh cukup terdesak,terhimpit,dahlah harga getah beku
jatuh merudum,harga keperluan dapor naik melambung,mi-
nyak naik,Tol naik,tambang naik Cukai,dulu-dulu mereka
tak layak bayar cukai kerana pendapatan mereka tak sebe-
rapa,leenie kerajaan UMNO/BN perkenalkan GST,Cukai
Atas Perbelanjaan,bukan atas pendapatan rakyat,berapa
banyak kita berbelanja,di situ lah di ambil 6%,walaupun
ada barang di kecualikan.
Pendapatan penoreh getah tak seberapa hanya dlm lingkungan
RM.25-RM.30,sehari,purata RM.450-RM.650.Itu yang noreh
sendiri [yg ada kebun] menakala yg menoreh secara pawah
terpaksa di bagi dua,pendapatan ini bukan tetap,ia bergantung
keadaan cuaca,musim hujan,musim daun meluruh [gugur]
tak dapat menoreh,sedangkan perut anak-anak perlu di isi.
Bayangkan,dengan pendapatan begitu bagaimana penoreh
nak hidup, menanggung anak-anak,anak bersekolah,dengan
kos hidup tinggi? hari nie yg miskin dah jadi miskin tegar,dan
miskin tegar jadi papa kedana,buat muka tebal minta borang
Jbt.Kebajikan Masyarakat,Pejabat Baitulmal untuk mendapat
bantuan.
Saranan Tim.Menteri.menyuruh penoreh buat dua kerja bagi
mengatasi masaalah ini,sebenarnya Pak Menteri/Tim.Menteri
nak tahu,kami di kampung dah lama dah buat kerja ini,bukan
dua,tiga,kerja saja,tanam ubi kayu untuk makan pucuk,gulai
tanam cabe dll,tetapi pendapatan nya ciput aje.Tak seperti Pak
Menteri/Tim.Menteri buat dua tiga kerja,satu kerja satu gaji
berapa ratus K mika dapat,kami di kampung kalau anak tak
bantu sekupang dua,mampus ,anak nak bantu banyak mereka
pun ada keluarga.
Saranan Pak Menteri/Tim.Menteri nienambah marah org kampung
penoreh getah,apa ulasan syor Pak Menteri, kalau ayam mahal
jangan makan ayam,gula naik,kurangkan gula,takut kencing manis,
Tol naik pak menteri nasihatkan,lalu jalan tak bertol,bangun awal
elak kesesakan,macam tu kah jawapan mereka yg bertaraf Pak
Menteri,bukan nak tolong selesai masaalah,hanya menghina rakyat
dan menambah lagi kemarahan rakyat.
Rakyat di dahulukan: wah cukup cantik,lunak di dengar slogan nie,
benarkah gitu,atau rakyat di bebankan,biar betoi,Pak Menteri/Tim
Menteri,jangan anggap kami rakyat marhain,penoreh getah nie
macam tunggul,jangan sombong pak-pak menteri,hangpa dok di-
atas pun kami yang angkat [undi] jangan sombong,jangan guna
kami waktu nak kan undi kami dlm pilihanraya saja,lepas tuu
kami di anggap tunggul yang tak perlun di indahkan...
Sunday, 10 January 2016
PENOREH DERIDA HARGA GETAH BEKU JATUH MERUNDUM..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment