Thursday, 31 March 2016
MUHIYIDDIN DEDAH SALAH LAKU NAJIB DALAM PENTADBIRAN BANK NEGARA.
Bekas Tim.Perdana Menteri
mendedahkan Penguasa ke-
wangan Singapura telah me-
nyerahkan laporan kepada
Bank Negara Malaysia(BNM)
yang berkenaan wang 1Ma-
laysia Developncnt Berhad
(1MDB) yang tidak di masuk kan kedalam Akaun BSI Bank di
Singapura.
Menurut Tan Sri Muhiyiddin Yassin,laporan itu telah diserah
kan kepada Ketua Audit untuk di siasat."Adalah menjadi kebia-
saan Ketua-Ketua Agensi kerajaan datang menemui saya untuk
memaklumkan perkembangan sesuatu isu.
Dalam pertemuan saya dengan Govnor BNM,Tan Sri Zeti
Aktar Aziz,saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Autho
rity Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM
berkenaan wang 1MDB yang tidak di masuk kan ke dalam
Akaun Bank BSI Singapura.
"Saya juga dapat tahu banyak urusniga 1MDB yang me-
langgar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika di-
dapati bersalah boleh di denda maksima RM.5O Juta atau
penjara 12 tahun," katanya di facebook semalam.
Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan Ahli
Majlis Tertinggi (MT) UMNO Dr.Mohd Puad Zarkashi
yang di siarkan dalam Berita Harian 26 mach lalu,
konon nya saya saya berbohong mengenai pertemuan saya
dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz,dimana Govnor Bank
Negara itu memberi tahu saya secara lisan beberapa mak-
lumat mengenai 1MDB.
"Saya ingin mengesahkan bahawa saya sama sekali tidak
berbohong .Tan Sri Zeti juga tidak menapikan sepenuhnya
kenyataan saya,"tambahnya,Muhiyiddin berkata dirinya se-
laku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak meng-
tahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.
"Dato Sri Najib Razak juga di katakan cuba campur tangan
dalam siasatan BNM,sesuatu yang tidak perlu di lakukana
oleh mana-mana Perdan Menteri sebelum ini," tambah
Muhiyiddin.
Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM
telah dua kali menyerahkan kertas siasatan keatas 1MDB
kepada Peguam Negara dan menyarankan tindakan undang-
undang di kenakan kerana melanggar Akta perkhidmatan
kewangan 2013,tetapi di tolak oleh Peguam Negara.
"Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuas hati
bahawa terdapat salah laku di pihak IMDB,"walaupun
mendapat tekanan .
"Sebagai seorang Gevnor Bank Pusat yang berwibawa
saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab dan amanah."Saya yakin rakyat akan
mengtahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan
terserlah jika pendakwaan di jalankan dengan segala bukti
yang berkaitan di kemuka kan di mahkamah."
Sumber:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:46 0 comments
Wednesday, 30 March 2016
"SAYA TIDAK MAHU JADI BINATANG MAKAN DEDAK,"BIDAS BEKAS AHLI UMNO...
tidak dapat membezakan anta-
ra Dedak dan Nasi." Jawab
Anina Saadudin kepada penyo-
kong Dato Seri Najib Razak
yang menyerang nya.
Bekas ahli UMNO itu di serang di media sosial oleh penyokong
UMNO dan Najib yang menuduh beliau berniat jahat dan mahu
mendapatkan sesuatu apabila berterusan menyerang Perdana
Menteri.
"Saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk
wang,jawatan atau kemashuran," jawab Anina di facebooknya.
Bekas pensyarah berkata,sekiranya benar-benar hendak mendapat
kan sesuatu daripada Perdana Menteri,beliau boleh makan dedak
seperti yang di lakukan pemimpin UMNO yang menyokong Najib.
Saya belajar di Universiti sampailah saya sendiri jadi Pensyarah
Universiti.Bukan pandai sangat,tetapi tidaklah bodoh sangat sam-
pai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.
"Kalau saya hendak kan sesuatu daripada Najib Razak,saya boleh
makan dedak.Saya lebih berani dari Najib.Saya tidak takut sesiapa,
saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak,"katanya.
Anina yang di pecat kerana memfailkan saman kepada Najib berkata
tindakan mengkeritik Najib adalah untuk mencari kebenaran,bukan
nya di buat untuk mendapatkan sesuatu,kerana beliau mampu berdi-
kari untuk mencari rezeki.
Sumber:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 07:03 0 comments
KEJUTAN DARI MAHATHIR
MAHATHIR:
Tun Dr Mahathir
Mohamad mengaku
beliaui beliau seorang
"Dektator" era peme-
rentahan nya 22 th lalu
dan sebahagian nya berasa bersalah kerana menyokong
Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
Konggris "Selamatkan Malaysia" di sini pada Ahad.
Bekas Perdana Menteri itu di tanya,bagaimana perlan-
tikan seorang Perdana Menteri baharu akan menyebab
kan situasi politik negara.Dr.Mahathir menjelaskan ba-
hawa tidak kira siapa yang bakal menggantikan Najib,
mereka akan tahu apa yang berlaku,jika mereka menyalah
gunakan kuasa."Mereka boleh melakukan apa yang saya
laku kan,saya juga seorang dektator sebelum ini,tetapi
tidak mengapa.
Rakyat tidak mengadakan Demonstrasi seperti ini
terhadap saya sebelum ini.Kejutan dari Dr.Mahathir,
katanya kesilapan bermula apabila Perdana Menteri
kedua Tun Abdul Razak mencadangkan beliau kepada
Perdana Menteri ketiga,Tun Hussein 0nn sebagai pegan-
ti.
Kesilapan bermula dengan Tun Razak mencadang kan
saya kepada Tun Hussein dan kemudian Tun Hussein
memilih saya sebagai Timbalan nya,dan saya di lantik
sebagai Perdana Menteri.
"Sebagai seorang Perdana Menteri,saya harus pilih
timbalan saya ia lah (Dato Seri) Anuar Ibrahim,diikuti
Tun Abdullah Ahmad Badawi, "Saya bertanggungjawab
kerana meminta Tun Abdullah melantik Najib,jadi bukan
sahaja saya,banyak individu terlibat dalam memilih
beliau.Jadi ia kesilapan saya dan juga orang lain". katanya.
*****Sumber:
"
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:13 0 comments
Tuesday, 29 March 2016
KITA MASIH PERLUKAN NAJIB-KATA BONG MOKTAR
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:57 0 comments
Monday, 28 March 2016
BETUL KEE NIE???
percaya kat Najib,
main-main ke-???.
15,000 Tok bomoh
seloroh Malaysia
yakin dengan ke-
pimpinan Najib
Razak.
Hampir 15,000 orang TOK BOMOH yang terlibat se-
bagai Pengamal Perubatan Tradisinol dan Komplementari
[PTK] seloroh negara hari ini tampil menyatakan sokongan
penuh kepada kepimpinan Najib.
Dalam satu kenyataan pada hari ini,para pengamal PTK
berkenaan memberi sepenuh kepercayaan terhadap Najib
Razak untuk terus memimpin negara ini,sekali gus tidak
bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu
menggulingkan institusi Perdana Menteri yang di pilih
melalui sistem demokrasi.
Sumber:blog tt.
**************Ulasan anak kampung: Kalau le betul
begitu apalah Najib dok takut lagi-sampai beribu-ribu
Tok Moh seloroh Malaysia sokong,lepas nie panggil lee
pula Tok Pawang pulak...Cer tanya Tok Moh nie,berapa
depa dapat upah ???,Berapa guni pula dapat dedak?
Ya habibi Ya maulana.....hahaha..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:46 0 comments
Friday, 25 March 2016
Eh..eh..eh,Songlap,Sapu Lagi di Kem.Belia & Sokan (KBS)
Selepas kecoh isu tajaan RM.1,4 Juta untuk 191 orang
Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Bhg
mengerjakan Umrah oleh Menteri Belia dan Sokan dan
juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sd.YB. Khairi
Jamaludin,seperti apa yang di dedahkan oleh salah se-
orang Exco Pemuda UMNO sdr Nazir Hussin tak lama
dulu.
Kini salah seorang pegawai Kementerian Belia & Sokan
[KBS] pula di tahan SPRM untuk siasatan skendal sele-
wing dana KBS sebanyak RM.100 juta lebih-seratus juta
lebih aje,tak sampai RM.2.6 Belion pun.
Laporan penyiasatan tersebut amat memeranjat kan rakyat
negara ini,ia di keritik hebat.Skendal ini mendedahkan ba-
gaimana tuntutan kontrektor yang di bayar melalui Majlis
Sokan Negara [MSN] untuk program anjuran KBS yang
tidak di jalankan atau tidak wujud,kalau dedulu-dulu ada
banyak projek - projek kerajaan tidak wujud atau dinama
kan projek sakit,yang ini bolehlah di ibaratkan Projek han-
tu Toyol,memang ada projek,tetapi tak nampak.
RM.100 Juta bukan sikit,ia satu jumlah besar yang seharus
nya di belanjakan dengan penuh berhemah bagi menjalan
kan program Pembangunan Sokan Negara.
Perkara ini pada hemat aku,dia tak boleh di bebankan pada
YB.Khairi Jamaludin saja,kerana perkara ini sudah lama
berlaku,harap SPRM panggil semua bekas-bekas menteri
Belia dan Sokan sebelum Khairi untuk siasatan dan mem-
beri keterangan.
*****Ulasan Anak Kampung: Nak wat camna,kalau
pemimpin no 1,boleh menerima derma RM.2.6 Belion,tak
kan anak buah tak leh rasa sikit? pakat-pakat bebagilah ba-
ru betul. Kalau bapak kencing berdiri,jangan marah anak
kencing berlari,mana boleh Ketam nak ajar anaknya jalan
betul,sedangkan bapak dan maknya berjalan mengireng...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:06 0 comments
PENESIHAT PETROLIUM NASIONAL BERHAD(PETRONAS)
Bekas Perdana Menteri TUN ABDULLAH
AHMAD BADAWI,di lantik sebagai Pene-
sihat baru Petrolium Nasional Berhad,
(PETRONAS), berkuat kuasa pada 1hb.Apr.
ini,selepas Kabinet bersetuju memberikan
amanat kepada beliau.
Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak
berkata, Abdullah menggantikan Tun Dr.Ma-
hathir Mohamad yang di tamatkan perkhid-
matan sebagai Penesihat Petronas oleh Kabinet
pada 11 mach.lalu,
Kabinet sebulat suara menamatkan perkhidma-
tan Dr.Mahathir sebagai Penesihat Petronas.
Kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau
sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kera-
jaan.
"Keputusan menamatkan perlantikan Tun Dr.Mahathir Mohamad telah di buat
oleh Kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada,khus nya
dalam melancarkan "DEKLARASI RAKYAT"Bersama pemimpin pembang-
kang".-Najib..
*****Ulasan anak kampung:Kenapa dok pilih bekas-bekas Perdana Menteri,?
Di Malaysia nie ramai cerdik pandai,dari Doktor,Professor,ahli-ahli perniagaan
yang hebat-hebat,berpengelaman luas,kenapa di beri pada Kroni-kroni saja???.
Itu lah Malaysiaku....lantak le Labu...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:44 0 comments
Thursday, 24 March 2016
SAPA MENGKHIANATI MELAYU-BUMIPUTERA???.
"BATAL BIASISWA,LANGGAR HAK BUMIPUTERA".
Biasiswa adalah merupakan hak istimewa orang-orang Melayu
Bumiputera,seperti mana yang termaktub di dalam Perlembaga-
an Persekutuan Malaysia,ia berada di bawah peruntukan perkara
153 (3).
Perkara 153 (3) ini tidak boleh di buang,di pinda di Parlemen
oleh ahli-ahli yang berhormat,walau pun mempunyai mejoriti
2/3 atau lebih,kerana ini melibatkan kuasa perkenan Majlis mes-
yurat Raja-Raja Melayu.
Pembatalan Biasiswa pelajar-pelajar di luar negara ada lah men-
cabul hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ds.Azalina
Othman,berkata,kerajaan jimat sebanyak RM.24O juta setahun,
hasil pembatalan penajaan pelajar Malaysia ,belajar di luar negara.
Azalina di laporkan sebagai berkata,pembatalan kos penajaan
pengajian,pengajian di luar negara itu membabit kan seramai
744 pelajar.
Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan anggota Par-
lemen Seputeh YB.Teresa Kok yang meminta maklumat kerajaan
berhubung isu pembatalan Biasiswa.
*****sumber...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:02 0 comments
Antara Lafaz Kata-Kata Najib Di Pahang Dan Ucapan Muhiyiddin Di Johor.
"Siapa boleh kita caya".Antara lapaz kata-kata Ds Najib di Pahang dan
Ucapan TS.Muhiyuddin di Johor,Siapa boleh kita caya agaknya ??.
Cer baca lapaz kata -kata DS.Najib yang di lafaznya di Pahang hari nie,
"Kalau saya nak rompak,dah lama saya rompak hutan [BALAK] di sini
(Pahang),Saya tak ambil seinci pun,sebatang pokok pun saya tak ambil,
Saya tak ambil lombong Bouksit,Saya tak ambil apa-apa."
"Bila saya jadi Perdana Menteri,saya tak ubah pendirian saya,saya tak
ambil harta rakyat.Jangan ingat saya PENYANGAK,Jangan ingat saya
PENCURI harta rakyat,saya Perdana Menteri untuk rakyat."
Eeeewah---Eeeewah !!!
Cer baca nie pulak:"Ini kata-kata TS.Muhiyuddin dalam ucapan nya
beberapa hari lalu di Johor."
"SAYA BUKAN JAHAT" Saya hanya mahu menyelamatkan UMNO,
Dan satu-satunya jalan [cara] untuk berbuat demikian ia lah dengan me-
nuntut Najib supaya meletak kan jawatan sebagai Perdana Menteri dan
kemudian Preseden UMNO.
"Bila kita kata mahu DEKLARASI,Mereka [PEMBANGKANG] juga
nak buat,tak kan itu pun salah saya."
*****Ha,ha,ha, Takkan tandatangan DEKLARASI pun bolah di cop
sebagai JAHAT ???.
Antara ucapan Najib dan Muhiyiddin itu,sapa agaknya yang boleh kita
Caya ??? Nak percaya kata Najib? "Jangan ingat saya Penyangak" Kata
Muhiyiddin pula,"Saya bukan Jahat."......Tapi sebelum itu,bab-bab duit
masuk ke Akaun peribadi,yang pada mulanya mati matian di napi kan,
kenapa jadi betul akhirnya mengaku Derma dari Pak Arab.
Fikir-fikir kan lah, Mana ada dalam dunia nie,Perompak,Pencuri mengaku
"Aku bukan Pencuri,Perompak." Kalau ada pun mungkin orang itu SIVIL
GILA,[TR] Tanjung Rambutan...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:05 0 comments
Wednesday, 23 March 2016
MINGGU DEPAN DUN TERENGGANU DI BUBAR???..
Minggu Hadapan Adun Kijal:Ahmad Said akan membuat
Sidang Akhbar untuk menjawab ISU Peruntukan ADUN
Kijal di pindahkan ke Pejabat MB, Tiga hari lepas, NST
melaporkan peruntukan Adun Kijal di tarik balik.
Sebenarnya ia bukan di tarik balik,tetapi di pindahkan ke-
Pejabat MB,kerana tindak tanduk Adun Kijal tidak men-
cerminkan tindak tanduk Adun BN lagi.Oleh itu ia bukan
tidak wujud lagi bajet Dun Kijal,sebaliknya pejabat MB.
akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan
sasar.
Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik
Terengganu tidak setabil.Oleh itu sidang akhbar bekas MB
Terangganu itu minggu hadapan di tunggu-tunggu oleh rak-
yat Terengganu.Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi?
menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain,terpaksa mem-
bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ming-
gu hadapan,
Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari UMNO pada
minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 Dun Terengganu
akan tergantung.Maka Ahmad Razif memerlukan mandat
baharu daripada rakyat untuk memilih samaada rakyat mahu
mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.
Jika PRN di adakan,ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif me-
milih 32 calon yang pro beliau.Sudah tentu calon-calon yang
pro Ahmad Said akan di gugurkan?.
Dapatkah BN mengekal kerusi,jika wakil rakyat yang pro Ahmad
di gugurkan?.Jika ahli-ahli UMNO berpegang teguh setia kepada
UMNO,maka menanglah BN.Jika mereka sabotaj calon BN,tidak
mustahil Pas akan membentuk kerajaan baharu.
sumber:http://catatan Zabidi.blogspot.my.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:57 0 comments
MAT SAID TERIMA PADAH-USUL UNDI TIDAK PERCAYA MB.
PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan
penyaluran DANA kepada ADUN KIJAL yang juga bekas
Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said.
Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata
tindakan itu di anggap langkah tepat,berikutan tindakan Ahmad
yang di lihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan,
kerana tindakan nya membawa usul undi tidak percaya terhadap
beliau pada sidang Dewan DUN baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian,Ahmad Razif berkata,semua dana
untuk DUN Kijal akan di uruskan olehnya sendiri di bawah Pej.
Menteri Besar,"Kita hentikan untuk di uruskan oleh Adun kawasan
itu sahaja,tetapi bajet untuk Kijal (Dun) masih berjalan macam
biasa,tetapi di luluskan di bawah Pejabat Menteri Besar.
"Kita melihat bahawa apa tindakan yang di tunjukan tidak mencer-
minkan kepada wakil rakyat kerajaan,maka kerana itu saya sebagai
Pemimpin Kerajaan sekarang akan mengambil aleh (DANA) ,"kata
nya kepada pemberita pada majlis kesyukuran di hentian bas MBKT
di Kuala Terengganu pada Ahad.
Di tanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlaku kan
Ahmad seperti kawasan pembangkang,Ahmad Razif menyerahkan
persepsi itu di nilai umum,termasuk Ahmad ."Itu terpulang kerpada
dia (Ahmad),"jawabnya rengkas.
Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan
kedudukan kerusi BN-PEMBANGKANG Seri,Ahmad Razif berkata
ia tidak menjejaskan kerajaan yang di pimpin nya sekarang.
-FMT-
Posted by Anak Kampung Sumpit at 06:34 0 comments
BANYAK LEMBU YANG MAKAN DEDAK,TAPI MUHIYIDDIN ENGGAN...
Tan Seri Muhyiddin Yassin; Sebentar tadi berkata,beliau
mendapat dua tawaran sejurus selepas di pecat daripada
jawatan nya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini,Muhiyiddin
berkata,beliau di tawarkan menjadi GOVENOR Pulau
Pinang,serta Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB)
Oleh pihak yang tidak di namakan.
Bagaimana pun Muhiyiddin di percayai merujuk kepada
Dato Seri Najib Razak.
Kata Muhiyiddin,kadang-kadang beliau berasa "Agak
Bodoh," kerana tidak menerima tawaran berkenaan.
"Saya membayangkan bagaimana (Ketua Menteri Pulau
Pinang) Lim Guang Eng di depan saya,menyembah saya."
"Sesetengah pihak pula berkata saya patut mengambil satu
belion dan berdiam diri."Katanya di depan kira-kira 1,500
orang hadirin.
Menjelaskan keadaan itu Ahli Parlemen Pagoh berkenaan
memberi tahu tidak menerima tawaran yang di berikan,ke-
rana ia membabitkan soal maruah.Kalau saya terima makna
nya saya makan dedak (maknanya saya boleh di beli) rakyat
tentu sekali berkata,Muhiyiddin adalah orang no 1,pemakan
dedak,"Saya tak boleh menggadai perinsip perjuangan saya,"
katanya..mk.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:56 0 comments
Monday, 21 March 2016
MATI AYAM-MATI LAH TUNGAU.
Mati Ayam-Matilah Tungau:
Begitulah perumpamaan orang-orang tua kita dedulu
dulu.Orang Melayu dedulu bila berbincang,bercakap
mereka banyak selitkan dengan bidalan,kias kata yang
di tujukan kepada sesuatu perkara.
Ini boleh lah kita ibaratkan kepada apa yang berlaku
dalam Parti Keramat orang Melayu ia-itu UMNO,yang
bergolak bagitu keritikal,sama ada dari luar,malahan dari
dalam UMNO itu sendiri,UMNO hari ini parti Najib,untuk
membela Najib,bukan parti peduli rakyat.
Banyak ramalan UMNO dalam keritikal,sekiranya parti tersebut
tidak dapat menyelesaikan masaalah dalaman mereka dengan
baik,maka akan kecundang dalam menghadapi Pilihanraya
PRU 14 akan datang.
Taat setia pemimpin UMNO mempertahankan Najib,sanggup
mati dan rebah bersama Bos mereka agak keterlaluan,membabi
buta,Sebab itu kita lihat hari ini bermula dari Majlis tertinggi,
Kabinet,Ketua-Ketua Bahagian,Tim,Naib Ketua Bhg yang diberi
Dedak oleh Najib,tampil memberi sokongan penuh kepada Najib
Razak sebagai Preseden Parti n Perdana Menteri,walau pun me-
reka tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap Najib,berkaitan
hutang 42milion dan derma 2.6 belion dan berbagai salah laku.
Semua orang tahu,kami tahu,rakyat di kampung-kampung pun
tahu,mereka-mereka nie lebih tahu kedudukan perkara ini,dunia
pun tahu.Namun kerana kuasa,tembolok dan kedudukan,mereka
sanggup mati,tumbang bersama Najib,macam kata orang tua de-
dulu,Mati Ayam matilah Tungau.
Mereka sedar,kalau Najib jatuh,mereka juga turut jatuh,hilang
kerja,jawatan,mereka-mereka nie tidak dapat dedak lagi,bukan
itu sahaja,silap-silap mereka ke Sungai Buluh menjadi penghuni
Penjara Sungai Buluh,akibat perbuatan salah guna kuasa mereka
semasa berkuasa.
Dalam Islam memang menggalakan taat setia pada pemimpin,
tetapi bukanlah taat setia membuta tuli,pemimpin kena di tegur
bila berlaku kesalahan,Najib mungkin tidak nampak kesalahan
yang dibuatnya,macam sampah masuk kemata Najib,Najib tentu
sekali tidak nampak,pemimpin-pemimpin inilah yang diharap
tolong membuang sampah tersebut, Taat kepada Allah dan Taat
pada Rasul itu wajib,taat kepada Ulilamri ada syaratnya,bukan
membabi buta.
Itu lah,bila banyak sangat menerima atau makan dedak,bagini
lah jadinya,kalau tak sokong Najib,bantuan dedak di sekat,ala-
mat dapor tak berasap,rahsia-rahsia akan di dedahkan,mahu
tak mahu kena sokong.
Ingat !!!,Anak Melayu bermain api. Jangan tertipu dengan
Bogis,Jawa Aceh dan seangkatan dengan nya.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:47 0 comments
Thursday, 17 March 2016
PENGAGIHAN WANG ROYALTI:APAKAH MAIK LEBIH BESAR DARIPADDAKERAJAAN NEGERI?
CATATAN SORE.
Semalam telah berlangsung penandatangan pengagihan
wang ehsan di antara Majlis Agama Islam Kelantan [MAIK]
dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan sebagai Jabatan
dan Agensi perlaksana wang ehsan. Kadar pengagihan ia lah
50-50.Wang Ehsan itu adalah hasil ROYALTI Petrolium yang
di perolehi di perairan Kelantan.
Kerajaan Pusat di wakili oleh Ketua Setiausaha Perbendaharan
Irwan Sariga Abdullah,menakala Maik oleh Pengerusinya Azlan
Perdana Menteri Najib Razak dan Tengku Mahkota Kelantan
menjadi saksi penandatanganiitu.
Tidak disebut pula berapa wang yang di ageh itu.Perjuangan
rakyat Kelantan selama ini nampaknya telah membuahkan hasil
Kesekian lama rakyat Kelantan terutamanya menerusi NGO
"R" memperjuangkan untuk mendapat hak mereka.
Kes tuntutan royalti itu juga di bawa ke Mahkamah.Kerajaan
Pusat berkeras untuk tidak membayarkan,konon nya Kelantan
tidak berhak keatas hasil petrolium.Berbagai helah dan alasandi-
berikan untuk menapikan hak rakyat Kelantan.
Apabila pengagihan royalti itu di laksanakan.Kerajaan Pusat
akhirnya akur dan mengakui yang Kelantan berhak menerima
hasil petrolium itu.
Cuma apa yang menjadi kemuskilan,kenapa pengagihan wang itu
di lantik antara MAIK dengan JPP,dan bukan Kerajaan Negeri?.
kenapa ia tidak langsung dimasukkan kedalam AKAUN kerajaan
negeri,bagi membolehkan wang itu di belanja secara menyeloroh
untuk pembangunan dan kebajikan di Kelantan.Apakah di Kelan-
tan kedudukan MAIK lebih atas daripada kerajaan negeri??.
Cara itu juga menunjukkan Kerajaan Pusat,khasnya NAJIB RAZAK
tidak percaya kepada keupayaan pihak Kerajaan Negeri.
Apakah kerana MAIK itu Institusi yang di kuasai Istana,maka ia di-
agehkan kepada MAIK?.Apakah MAIK akan mengagihkan penda-
patan itu kepada Institusi dan Agensi lain.Atau MAIK menjadi
Proksi kerajaan dalam hal ini??.Atau pun pengagihan kepada MAIK
itu di sebabkan kerajaan pusat menghormati Istana Kelantan,bukan
Kerajaan Kelantan??.
Kalau begitu di mana terletaknya meruah dan air muka Kerajaan
Negeri??.
Perkara paling terdesak di Kelantan kini ialah mengenai penidikan
KewanganYayasan Islam Kelantan [YIK] yang membangunkan
Sekolah Agama berada dalam stitusi yang kritikal.Sepatutnya wang
itu juga di agehkan langsung kepada YIK,kalau pun tidak di masuk
kan kedalam Perbendaharan Negeri,apakah MAIK membantu YIK
dalam bidang berkenaan??.
Biarpun pengagihan itu menunjukkan perubahan sikap Kerajaan
Pusat,tetapi mekanisme pengagihan itu masih menampakkan ia tidak
ikhlas dan semacam ada motif lain tersirat, tanpa memberi wang itu
langsung kepada Kerajaan Negeri,ini bermakna Konsep "Taawun"
yang di rancang kan PAS dengan UMNO masih belum terlaksana
sepenuhnya.
Mungkin Kerajaan Negeri sudah berpuas hatidengan apa yang berlaku
itu,tetapi sedarlah mekenesme yang di perlakukan itu tidak tepat dan
mengikut semangat Fedralisme dalam jadual ke 9 sepenuhnya.MAIK
bukan Kerajaan tetapi hanya sebuah Institusi. Walau pun ia adalah hak
Maik langsung,kerajaan negeri mengawal penggunaan wang berkenaan
melalui Auditnya.Pastikan wang di menafaat oleh semua rakyat dan
bukan institusi sahaja.Ingat,wang itu hak kerajaan dan bukan hak Maik.
Maik sebagai sebuah Institusi menerima peruntukan daripada kerajaan
negeri:[wm.kl.2:30 pm 15/03/16]
*****Ulasan anak kampung: Hahaha...Najib sudah menghina dan
memperlekeh kan Kerajaan PAS Kelantan,yang mana di pilih secara
sah oleh rakyat Kelantan ,di hina bagitu rupa oleh Najib n UMNO,
dimana demokrasi yg di laung-laung oleh UMNO,di mana semangat
Fedrallisme??,Najib UMNO/BN sebagai Bapak kepada negeri-negeri
dalam Malaysia,walau pun negeri diperentah pembangkang,ini kera-
jaan negeri pun anda TIPU,perlekeh,rakyat biasa lebih lagi lah.
Ingat tuu,Pemimpin-Pemimpin Pas,LAGI boleh caya ke???dengan
janji manis UMNO nie!!!.
.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 06:24 0 comments
Wednesday, 16 March 2016
TUN MAHATHIR TERIMA ANUGERAH DOKTOR KEHORMAT UNIVERSITI MUHAMMADIYAH
Bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr.Mahathir Mohamad yang
baharu sahaja di singkirkan dari jawatan Penesihat Petronas akan me-
nerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Muhammadiyah
YOGYAKARTA pada 17mach.2016.
"Atas upaya dan keteguhan Tun Mahathir Mohamad dalam mewu-
judkan perdamain dunia,itulah UniversitiMohammadiyah Yogya-
karta (UMY) lantas berkeinginan untuk memberikan gelar kehor-
matan kepadanya".Lapor sumber berita di Laman Web Universiti
tersebut.
"Gelar berupa Doktor Honoris Causa dalam bidang perdamaian
(Peace) kepada Tun Mahathir Mohamad ini juga merupakan gelar
DR.HC pertama yang akan di terima nya.Hal tersebut sebagaimana
di sampaikan oleh Rektor UMY,Prof.Bambang Cipto,saat di temui
di ruang nya pada kamis (25/2)."
Menurut Prof.Bambang,gelar Dr pada bidang perdamaian tersebut
dirasa sangat cocok di berikan kepada Tun Mahathir,sebab peranan
dan usahanya dalam menyuarakan perdamaian dunia.
"Melalui kerjasama Mahathir Global Peace School (MGAS) antara
UMY dengan Yayasan PGPF (Perdana Global Peace Foundation)
yang sudah di laksanakan sebanyak 4 kali,kami mengtahui satu hal
bahawa Tun Mahathir memang sangat konsen dan benar-benar
teguh dalam memegang konsep dan pemikiran nya untuk mewujud
kan perdamaian di dunia,kerana itu lah Gelar Dr.Hc ini sangat cocok
untuk di berikan kepada beliau". ujarnya.
"Ada pun pada acara penganugerahan tersebut akan di laksanakan
pada Kamis 17mach.2016 di sportoriumUMY, Tun juga akan me-
nyampaikan Pidato pengukuhan nya.Kepada seluruh undangan yang
hadir pada acara tersebut, UMY juga akan turut mengundang
Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta,ketua Majlis Permusyawaratan
Rakyat (MPR),Duta Besar Plestina untuk Indonesia dan tokok-tokoh
Muhammadiyah,selain itu yang akan di adakan Exhibition Crimina-
lized wa."UMY.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:24 0 comments
Monday, 14 March 2016
TAK USAH LAH LANTIK SAYA-KU LI.
GUA MUSANG:13-3-2016..
Kelmarin,barisan kebinet kerajaan Malaysia sebulat suara
memutuskan untuk melucutkan jawatan bekas Perdana Men-
teri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penesihat Petrolian
Nasional (Petronas).
Sehubungan dengan itu Ahli Parlemen Gua Musang Tengku
Razali Hamzah (KU LI) menolak dakwaan mengatakan beliau
antara calon yang di lantik memegang jawatan tersebut,selepas
Dr.Mahathir,dan menyatakan beliau lebih selesa dalam keadaan
sekarang.
"Tak usahlah lantik saya,kerana hati saya lebih senang dalam
keadaan begini (Tanpa Jawatan)." komen ringkas Ku Li kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan
Ibu/Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi
dekat sini semalam.
Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Dati Ab.
Aziz Abdullah,Adun Galas,Ab.Aziz Yusof dan Ketua Polis
Superintendan Saiful Bahri Abdullah.
Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan yang
menyatakan kabinet berpendapat Dr.Mahathir sewajarnya tidak
memegang sebarang jawatan yang mempunyai kaitan dengan
kerajaan,kerana beliau tidak lagi di dukung kerajaan sedia ada.
Ketika di minta pendapatnya mengenai perlantikan jawatan
Dr.Mahathir,Ku Li yang juga bekas Pengasas Petronas brkata,
perkara ini bukan isu baru.
Menurutnya,sebelum ini Dr.Mahathir pernah menyerahkan
surat perletakan jawatan sebagai penesihat Petronas kepada
kerajaan,tetapi di tolak dan bekas Perdana Menteri itu diminta
terus menerajuinya.
"Saya di beri tahu bahawa,sebelum kabinet meluluskan perlu-
cutan jawatan itu,Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat
perletakan jawatan sebagai Penesihat Petronas,lagi pun tiada
peruntukan menyatakan Penesihat Petronas boleh di lantik
dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan seperti Dr.Mahathit.
"Berdasarkan Akta Kemajuan Petrolian,ahli majlis penesihat
Petrolian perlu di lantik dari kalangan pegawai kanan kerajaan
Pakar-Pakar minyak,wakil negeri pengeluar minyak dan pene-
sihat kerajaan mengenai minyak dan lombong."katanya.
*** sumber..sinar online..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:04 0 comments
Saturday, 12 March 2016
MAHATHIR DIPECAT DARI JAWATAN PENESIHAT PETRONAS
PETALINGJAYA:11-03-2016.Jabatan Perdana Menteri sebulat
suara menamatkan perlantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai Penesihat Petronas.
Menurut kenyataan yang di keluarkan hari ini, penamatan itu
ekoran tindakan Dr.Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat
bersama pembangkang baru-baru ini.
Jesteru,Jemaah Menteri berpendapat Dr.Mahathir tidak lagi men-
dokong kerajaan yang sedia ada. "Kabinet (Jemaah Menteri) hari
ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri
Tun Dr.Mahathir Mohamad,khusus dalam melancarkan "Deklarasi
Rakyat". Bersama-sama pemimpin pembangkang pada minggu
lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu
tindakan yang bertentangan undang-undang dan perlembagaan
negara.Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan
yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia".menurut kenyataan
itu oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sebelum ini,Dr Mahathir menandatangani Deklarasi bersama bekas
pemimpin kanan negara,pemimpin pembangkang,aktivis politik,dan
wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Deklarasi yang di namakan "CITIZENS DECLARATION" atau
Deklarasi Rakyat itu di tandatangani bagi memberi tekanan kepada
Ds Najib Razak supaya meletak jawatan....
***sumber:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 03:00 0 comments
Friday, 11 March 2016
Subsidi Tepung Gandum 25kg Pula Di Hapuskan.
Ha,ha,ha, Ini lah satu-satunya kerajaan di dunia ini yang
begitu perihatin terhadap rakyat nya,"Rakyat di beban kan
bukan di dulukan".
Penghapusan subsidi tepung gandum 25kg akan berkuatkuasa
pada 1hb.Mach.2016 lalu.Tindakan pemotongan perbelanjaan
kerajaan dengan mengorbankan kepentingan rakyat ini mem-
buktikan Slogan kerajaan rakyat di dahulukan,ini boleh mem-
bawa maksud, rakyat terlebih dahulu menjadi korban oleh
kerajaan UMNO/BN dalam sebarang tindakan di ambil atau
di buat.
Harga tepung gandum 25kg,dulu,sebelum di hapus subsidi RM
35 lebih saja,sekarang selepas di hapuskan subsidi meningkat ke-
pada RM.42. Alasan di nyatakan Kementerian Perdagangan dalam
negeri,koperasi dan penggunaan (KPDDNKK) tidak menampak
kan penelitian yang menyeloroh terhadap tindakan yang diambil
dengan potongan (penghapusan) Subsidi tepung gandum.
Walau pun penghapusan subsidi melibatkan tepung gandum 25kg
tidak kepada prodok bersaiz 1kg yang banyak di gunakan oleh isi
rumah,tetapi kesan kenaikan harga barang daripada rantaian ter-
babit yang terlibat kegunaan tepung gandum seperti roti,kueh-kueh
roti canai dan sebagainya mesti berlaku juga.
Seminggu lalu kami kekedai makan,dan memesan Roti Canai dan
teh tarik,selesai makan,kami pun membayar harga makanan dan mi-
numan tersebut,nampaknya harga roti canai seperti biasa,kami ber-
tanya,harga roti canai tak naik ke?,Mamak taukeh kedai tu jawab,
sekarang dia masih guna stok tepung masih ada,bila stok dah habis
tak tahu lagi la.kawan kami tanya lagi,Pak Menteri kata proses buat
roti hanya 2 sen saja,Mamak tu dengan merah muka menjawab,
Pak Menteri gila,bercakap ikut lubang bawah,cuba dia Pak Menteri
datang buat,baru dia tahu,bangan Pak Menteri nie.
Kami masyarakat meskin luar bandar,kampung terus menjadi
mangsa dan kami membantah atas penghapusan subsidi ini,bagitu
juga Indastri kecil,sederhana yang sudah pasti terkesan dengan peng-
hapusan subsidi ini.
Sepatutnya kerajaan UMNO/BN,Pak-Pak Menteri jangan lah malas
berfikir,tidak ada kah jalan lain untuk menambah wang kerajaan,
seperti memotong perbelanjaan kerajaan yang melimpah ruah,dan
buanglah dulu pegawai-pegawai lantikan politik,Penesihat,Duta Duta
Khas bertaraf menteri atau kecilkan saiz Kabinit kerajaan yang bersaiz
XXL kesaiz yang lebih kecil XL,banyak wang yang boleh jimat mem-
bantu rakyat dalam keadaan ekonomi kritikal ini,rakyat perlu (Wajib)
di bantu atau di utamakan.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:05 0 comments
Sunday, 6 March 2016
Susuk Nilai Ringgit Lebih Teruk Daripada Matawang Lain.
Penyusutan nilai mata wang,Di negara lain tidak setinggi
seperti Malaysia kata mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir
Mohamad.
Kita pernah guna ringgit untuk beli barang - barang di Selatan
Thailand,tetapi hari ini ringgit di tolak kerana ia menyusut lebih
teruk daripada kejatuhan nilai Baht Thai,kata Mahatir dalam
temu bual dengan Bloombeng hari ini.
Beliau berkata,kejatuhan nilai mata wang negara adalah
di sebabkan oleh dasar ekonomi kerajaan sekarang yang ter-
masuk penghapusan subsidi untuk bahan api elektrik dan gula
serta perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Mahathir mendakwa,dasar ekonomi berkenaan juga menyebab
kan rakyat terpaksa berdepan dengan kos hidup lebih tinggi,
peningkatan kadar pengangguran,terutamanya di kalangan sis-
wazah,kejatuhan harga saham dan syarikat-syarikat asing me-
milih untuk melabur di negara-negara jiran.
Orang ramai tidak lagi mahu labur di Malaysia.Syarikat-syarikat
Jepun menarik diri dan pergi (melabur) di Vietnam kata Mahathir.
Walau pun bersetuju bahawa kelembapan ekonomi Asia dan
tempat-tempat lain diseluruh dunia,namun katanya "Faktor-Faktor
dalaman" yang di sebutkan juga mempengaruhi ekonomi semasa
negara.
Menurut Majlah The Economist dalam laporan Ogos 2015,
ringgit jatuh sebanyak 9.8 peratus berbanding Dolar Amerika,
penurunan yang ketara berbanding dengan Baht Thailand yang
merosot 6.4 peratus.
*****Sumber:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 03:42 0 comments
Saturday, 5 March 2016
Sekat TMI:Wisma Putra Beritahu AS Untuk Kekal Keamanan.
Kementerian Luar Malaysia:Hari ini berkata Putrajaya perlu
mengekal kan Keamanan,Kestabilan dan Keharmonian dalam
mempertahankan pengharaman Portal Berita The Malaysian
Insider (TMI) selepas langkah itu di kritik oleh Amerika Sya-
rikat.
Walau pun Malaysia mendukung kebebasan bersuara dan hak
untuk maklumat,kebebasan dan hak seperti itu mestilah di lak-
sanakan secara bertanggungjawab dan akaun tabiliti.
Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menge-
kalkan keamanan,kestabilan dan keharmonian di negara ini dan
untuk melindungi kepelbagai kaum dan budaya norma-norma
dan amalan di Malqaysia.kata Kementerian Luar dalam satu
kenyataan malam ini.
Ia menambah,bahawa pengharaman TMI kerana melanggar Sek-
syen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dibuat
selepas pertimbangan yang teliti dan wajar keatas kesan seperti
pengharaman keatas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar
di Malaysia.
Kementerian Luar berkata Putrajaya menilai kerjasama menyeluruh
dengan Amerika Syarikat dan mengekalkan perkongsian yang pro-
grasif dan dinamik.
Malaysia percaya bahawa Amerika Syarikat berkongsi dan mendokong
sentimen ini.Malaysiajuga percaya bahawa hubungan dua hala yang boleh
dikokohkan lagi ketahab yang besar,melalui kerjasama yang lebih rapat
dan lebih memahami isu-isu domestik di malaysia,katanya.
*****Sumber:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 06:07 0 comments
Pendebat Terbaik ASIA Di-Kaunseling Polis Cwn.Khas
Pendebat terbaik ASIA,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
berkata beliau di datangi Pegawai Polis Cawangan Khas
berhubung keritikan terhadap Perdana Menteri Najib Abdul
Razak oleh kumpulan belia Challenger.
Syed Saddiq yang juga jurucakap Challenger berkata dua
Pegawai Cawaangan Khas berjumpa beliau petang ini.
"Ia bukan satu sesi soal siasat.Lebih daripada sesi kaunseling
menurut mereka"."Tetepi ingin menegaskan bahawa
ia sangat profesional.Ia hanya menyedihkan bila tahu yang
saya di lihat sebagai satu ancaman kepada negara saya yang
tercinta",katanya kepada Malaysiakini.
Setelah lawatan oleh Pegawai Cawangan Khas Syed Saddiq
berkata,beliau juga di panggil tiga kali oleh Hal Ehwal Pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berhubung
kenyataan Challenger.
Challenger semalam menolak kepimpinan Najib dengan menyata
kan Perdana Menteri akan membawa kehancuran kepada negara.
Kenyataan itu di kecam tiga kumpulan belia yang lain hari ini,
termasuk oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Presiden MPPK Farhan Khairuddin berkata kenyataan Challenger
adalah satu serangan terhadap demokrasi,dan menggesa belia untuk
menegakkan institusi negara.
Sehububgan itu Syed Saddiq di facebook mempersoalkan ,mengapa
MPPK tidak bersuara,apabila demokrsi di dakwa di ketepikan oleh
kerajaan,seperti apabila Peguan Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail
tiba-tiba di singkirkan sebagai Peguam Negara Julai lalu.
"Demokrasi bukan milik NAJIB,demokrasi adalah rakyat".katanya.
*******Sumber:Malaysiakini.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:14 0 comments
Thursday, 3 March 2016
BIAR BETUL!!!,UMNO PEMBELA BANGSA DAN AGAMA???.
Nie Kerja Sapa nie ???
Tanah Rizab Melayu yangdi wariskan oleh Omputeh [Inggris]
sebelum mereka berambus dari Malaya semakin berkurangan
daripada 3.1 juta hektar hingga lenie tinggal 10-11% aja,yang
lain telah di gadai,di jual atas alasan pembangunan konon.
Persoalan nya,Siapakah yang mempunyai kuasa menggadai dan
menjual tanah-tanah Rizab Melayu nie?,...Pembangkang ?....eh
tak mungkin,mereka tak ada kuasa, UMNO lee tuu.
Bahasa Melayu.
Bukankah UMNO yang mengugat kedudukan bahasa Melayu
hingga ke tulisan jawi pun di hapuskan. Dalam perkara 152 Per-
lembagaan Malaysia Bahasa Melayu nadalah Bahasa Rasmi
di rombak di cabul melalui Pengajaran dan Pembelajaran sain
dan matamatek dalam bahasa Omputeh [PPSMI].
Bank Bumiputera.
Siapakah yang menghancurkan Bank Bumiputera? yang mana
Bank ini untuk menjaga kepentingan Melayu,di tubuhkan pada
tahun 1965 untuk memberi kemudahan kewangan pada bumi-
putera mengusahakan perdagangan,perusahaan.
Royalti Minyak
Siapakah yang mendera mejoriti Melayu Terengganu dan
Kelantan yang hampir 99% rakyat berbangsa MelayuIslam
di rompak di napikan hak mereka mendapat Royalti 5%.
Adakah ini di sebabkan rakyat Kelantan mengundi Pem-
bangkang?di manakah kesedaran demokrasi yang di laung-
laungkan oleh UMNO? Adakah umno sudah lupa apa itu
FEDERALISMA???
Banyak lagi kerakusan UMNO terhadap bangsanya sendiri,
ini hanya sebahagian kecil saja.
Kesimpulan nya:
Boleh kah lagi orang Melayu bergantung harap pada UMNO?
untuk membela nasib orng Melayu?,mereka harinie asik membore
kan perut masing-masing anak pinak,keluarga keroni saja,Melayu
kena ingat jangan terlalu banyak makan dedak nanti di jual kat
pasar,fikir-fikir lah dengan lojek dengan kepala yang dingin,jangan
emosinal ini fakta bukan auta, Melayu kena bangkit,Zaman Hang
Tuah telah berlalu,kini masa Jebat pula....
Aku menulis bukan bias politik,aku non partisan..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 04:39 0 comments