"Saya tidak bodoh,sehingga
tidak dapat membezakan anta-
ra Dedak dan Nasi." Jawab
Anina Saadudin kepada penyo-
kong Dato Seri Najib Razak
yang menyerang nya.
Bekas ahli UMNO itu di serang di media sosial oleh penyokong
UMNO dan Najib yang menuduh beliau berniat jahat dan mahu
mendapatkan sesuatu apabila berterusan menyerang Perdana
Menteri.
"Saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk
wang,jawatan atau kemashuran," jawab Anina di facebooknya.
Bekas pensyarah berkata,sekiranya benar-benar hendak mendapat
kan sesuatu daripada Perdana Menteri,beliau boleh makan dedak
seperti yang di lakukan pemimpin UMNO yang menyokong Najib.
Saya belajar di Universiti sampailah saya sendiri jadi Pensyarah
Universiti.Bukan pandai sangat,tetapi tidaklah bodoh sangat sam-
pai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.
"Kalau saya hendak kan sesuatu daripada Najib Razak,saya boleh
makan dedak.Saya lebih berani dari Najib.Saya tidak takut sesiapa,
saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak,"katanya.
Anina yang di pecat kerana memfailkan saman kepada Najib berkata
tindakan mengkeritik Najib adalah untuk mencari kebenaran,bukan
nya di buat untuk mendapatkan sesuatu,kerana beliau mampu berdi-
kari untuk mencari rezeki.
Sumber:
Wednesday, 30 March 2016
"SAYA TIDAK MAHU JADI BINATANG MAKAN DEDAK,"BIDAS BEKAS AHLI UMNO...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 07:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment