Sunday, 24 April 2016
SULTAN MIZAN LUCUT GELARAN DATO SERI
MB.TERENGGANU: 24-04-2O16.
Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato Seri MB.Terengganu,
Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman enggan
mengulas ketika di tanya mengenai desas desus penarikan balik
darjah kebesaran istana Terengganu yang di berikan kepadanya.
Berita Harian hari ini melaporkan,beliau hanya mengucapkan
ringkas "terima kasih" dan menaiki kenderaan rasmi nya,apa
bila di soal wartawan sebelum meninggalkan majlis Perasmian
Persidangan Wakaf Senusantara 2016,di Hotel Perimula di sini
sebentar tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri [SUK] Datuk Osman Muda turut
enggan mengulas apabila di tanya mengenai Viral perlucutan
gelaran itu.
Sementara itu BH di fahamkan Sultan Terengganu,Sultan Mizan
Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu
perlucutan itu. Di fahamkan juga titah mengenai perlucutan anu-
gerah itu hanya di suarakan secara lisan.
Sultan Mizan lucut gelaran Dato Seri MB.Terengganu Ahmad
Razif di anugerahkan Pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal
Abidin [SSMZ] yang membawa gelaran Dato Seri sempena ulang
tahun ke 53,pada 24 April 2015.
Pagi ini,pada majlis persidangan Wakaf Senusantara 2016,gelaran
Dato Seri tidak di sebut oleh Pengancara majlis. Sekadar menyebut
Yang Amat Berhormat [YAB] Menteri Besar Terengganu.
Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senu-
santara 2016.
Pada ucapan alu-aluan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Seri
Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukan nya
Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seperti ucapan majlis lain se-
belum ini,lapor FMT.
Ulasan anak kampung:
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment