BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 26 June 2016

"SELAMAT TINGGAL UMNO"
















===============================================
Setelah lebih empat dikat,saya melalui perit,jereh dan suka duka
perjuangan dlm umno,semalam majlis tertinggi [MT] membuat ke-
putusan untuk memecat saya daripada parti.

Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati
parti.Saya cuma berkata benar,kerana itulah perinsip yang saya perju-
ang dalam perjuangan saya.

Malang,saya di pecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini
menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah
umno dan negara yg melibatkan Perdana Menteri.

Sahabat saya Dato Seri Mukriz Mahathir juga di pecat dan Dato
Seri Shafie Afdal di gantung keahlian.Segala-galanya berlaku hanya
kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah
jauh tersasar drp perjuangan umno asal.

Saya berasa kecewa,kerana umno yang ada pada hari ini,bukan umno
yang sebenar,ia telah berubah menjadi sebuah parti yang di kuasai
oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa saja untuk menu-
tup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.

Mereka yang melakukan perbuatan jenayah merosakan imeg parti
dan integriti tidak menerima hukuman yang stempal.Sebaliknya
mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan
di pecat daripada parti.

Berakhir Sejarah Panjang.

Mereka yang menguasai umno boleh melakukan apa saja terhadap
saya,namun saya tidak rala hidup melutut.Bukan prinsip saya untuk
tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yg
merosakan bangsa dan negara.Keputusan memecat saya ini telah pun
duga dari awal,maka semalam berakhirlah Sejarah panjang perja-
lanan hidup saya yang penuh liku-liku di dalam umno-sejarah ini
akan terus terpahat dalam ingatan saya,kerana umno telah sekian
lama menjadi sebahgian daripada denyut nadi dan darah daging
saya.

Hakikat ini tidak boleh di napikan oleh sesiapa pun,hatta diri saya
sendiri.Saya tidak pernah mengkhianati umno.Saya hanya menentang
pemimpin umno yang korup dan menyelewing-Namun jika berang-
gapan perjuangan saya berkubur di sini,mereka silap,saya akan terus
berjuang selagi hayat di kandung badan
saya dan melakukan apa saja untuk melunturkan semangat juang .
Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala-Walau pun
tindakan terhadap saya drp pergantungan jawatan sehingga pemecatan                               bercanggahengan dengan proses keadilan dan tidak
berperlembagaan,saya tidak akan merayu.

Saya reda dengan ketentuan Allah Taala.Saya telah melaksana kan
tanggung jawab saya sebagai pemimpin umno dan akan tetap terus
melaksanakan tanggung jawab saya kepada agama,bangsa,negara
seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini-Bangkitlah Bangsa
Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan intergriti supaya
kita tidak mudah di perkotak katik kan oleh pemimpin yang rasuah
dan tamak haluba.

Semoga tabah,sabar.

Kepada para penyokong,saya tahu anda memahami pendirian saya,
teruskan perjuangan menegak kan kebenaran dan membela tanah
air tercinta walau di mana saja anda berada Insya Allah kita akan
terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seloroh rakyat Malaysia saya yakin anda boleh menilai
yang mana benar yang mana salah,yg mana baik,yg mana buruk,
anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini di perlaku kan
sewenang-wenang nya oleh pemimpin yg rakus menyalah guna
kuasa,sebagai rakyat,anda berhak untuk membuat perhitungan
yang terbaik demi masa depan anda,keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini satu lqgi dugaan Allah
Taala terhadap saya dalam bulan Ramadan yang mulia ini,saya
yakin segala yg berlaku ada hikmahnya.

Allah Taala berfirman dalam surah at-taghabun ayat 11,yang
bermaksud:Tidak ada kesusahan atau bala bencana yang me-
nimpa seseorang melainkan dengan izin Allah,dan sesiapa
yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya
[untuk menerima apa yg telah berlaku dengan tenang     dan
sabar] dan ingatlah Allah maha mengtahui akan tiap sesuatu.

Sempena bulan Ramadan yg mulia dan Syawal yg bakal
menjelma,saya menyusun sepuluh jari memohon  kemaafan
daripada seloroh ahli umno sekiranya terdapat sebarang kesi-
lapan yang saya lakukan sepanjang saya berada dalam parti.
SELAMAT TINGGAL UMNO.
Kepada Allah saya berserah,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

0 comments: