BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 28 September 2016

RAKYAT SELANGOR TAK KENAL AMANAH?.



















=============================================

SHAH ALAM--Kajian Institut Darul Ehsan [IDE] mendedah
kan sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1761
pengundi yang di temui bagi kajian isu dan persepsi pengundi
Selangor,mengakui kenal dengan    Parti   Peribumi Bersatu
Malaysia [BERSATU].

Timbalan Pengerusi nya,Prof Datuk Dr.Mohamad Ridzuan
Othman berkata,data itu berbeza dengan    Parti Amanah
Negara[AMANAH].

"Bila kita buat kaji selidik,kita tanya mereka,pernah dengar
Bersatu atau tidak?...Hampir 35 peratus responden kata per-
nah dengar".

"Berbeza dengan Amanah,Data Amanah ini saya tidak mahu
sebut,tetapi peratusan nya lebih rendah daripada Bersatu.
Angkanya ada,tetapi saya tidak sebut," katanya pada sidang
media selepas sesi pembentangan di sini semalam.

Menurutnya,Parti baharu yang di pimpin bekas Perdana
Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima
bantuan promosi melalui media arus perdana.

"Berita tentang Bersatu, TV.3,RTM keluar,sebab ada Tun
Mahathir,berbeza dengan Amanah.Mahu tidak mahu kita
kena akui masyarakat kita di pengaruhi media."

"Di tambah pula mahu atau tidak,kita mesti terima hakikat
Tun Mahathir merupakan orang yang di kenali dan pernah
menyumbang kepada negara," katanya.

"Katanya,generasi muda hari ini melihat Bapa Permodenan
itu sebagai ikon."

"Kalau tuan-tuan lihat buku sekolah,ada bahagian yang men-
jelaskan tentang sumbangan Tun M dalam pembangunan ne-
gara,makna nya,generasi hari ini di beri tahu,Tun M itu mem-
beri sumbangan besar kepada negara."

"Generasi muda melihat Tun Mahathir ini sebagai ikon,walau
pun beliau di pihak pembangkang,tapi auranya    masih ada,"
katanya.

Tuesday, 27 September 2016

ADUHAI PEMUDA UMNO..MEMANG DAH "NAMPAK BODOH"PUN !!!















----------------------------------------------------------------------------
Pemuda UMNO akhirnya membuat keputusan membatal kan
hasrat untuk membuat laporan polis terhadap dua "Tauke Cina"
yang di laporkan terlibat membiayai gerakan mahu menyingkir
kan Perdana Menteri Najib Razak yang di tunjangi oleh    Tun
Mahathir  Mohamad.

Pembatalan di buat di katakan untuk mengelakkan Pemuda
UMNO nampak "bodoh" berikutan maklumat mengenai per-
kara itu di dapati tidak sahih.

Pemuda UMNO juga menegaskan,maklumat yang di terima
sebelum ini adalah berdasarkan "Doukmen palsu".

Kehkehkeh...kesian Pemuda UMNO..!!

Semalam lagi blog telah menulis selitan cerita "dua tauke"
berkenaan yang terangkum dalam kesah   konon nya Tun
Mahathir mahu berdamai dengan Najib,adalah semata-mata
dongeng murahan yang berpunca daripada dedak  berkualiti
rendah.

Malang nya,hanya setelah hampir 24 jam,Pemuda UMNO
yang semalam gegak gempita mahu membuat laporan polis,
baru sedar maklumat yang di terima adalah tidak sahih   dan
palsu.

Kenapa lambat sangat untuk kenal beza antara kaca dengan
permata?.

Kalau terjumpa antara kaca dengan permata di tengah-tengah
jalan,apakah Pemuda UMNO memerlukan masa hampir 24jam
untuk mengesahkan kesahihan nya?.

Jika hari ini Pemuda UMNO mengatakan mereka membatal
kan laporan polis itu untuk mengelak kelihatan "bodoh"sejak
semalam lagi apabila pemimpin "bagitu cepat melompat  dan
berlari-lari ke kedai emas",semata-mata kerana terlihat benda
berkilau di tengah-tengah jalan,Pemuda UMNO sebenarnya
sudah pun "nampak bodoh",di mata Umum.

Asal ternampak bersinar dan berkilau saja,terus ingat ia nya
adalah permata.Seharusnya pemimpin Pemuda UMNO  sedar,
kalau pun ingin mempertahankan dan mengampu Najib,bukan
lah semua perkara yang di dengar mesti di buat laporan polis
dengan segera yang boleh.

Berfikir dan bertindak lah dengan waras,fikir dan selidik ter-
lebih dahulu sekurang-kurang untuk tempoh hampir 24 jam
pada hari semalam."Kebodohan" telah melekat pada Pemuda
UMNO,kerana ada pemimpin nya terlalu ghairah sehingga ga-
gal menilai antara kebenaran dengan kepalsuan,antara  kaca
dengan permata.

Kesian KJ.ada barisan exco seperti ini..!!(SH.27/09/2016)

Monday, 26 September 2016

JANGAN JADI BAGHAL ATAU DI BAGHALKAN...



















==============================================

TAHUKAH ANDA? APA ITU BAGHAL ???......

Baghal adalah sejenis binatang yang sama spesis dengan
Himar atau Keldai,aku rasa binatang nie tiada di negara kita,
ia hanya ada di Padang Pasir aje.

Apabila manusia menggunakan Baghal untuk mengangkut
barang berat,di letak kan barang-barang itu atas   belakang,
Baghal selalu merungus,merungut macam ikan baung/keli,
bila  di pukul baru dia bergerak.

Baghal nie memang bodoh.....Selalu orang tua-tua kita selalu
berkata,"Bodoh macam baghal/Bodoh macam Lembu".

Itu kesah Baghal,nak buat macam mana,nasib mereka di jadi
kan begitu, tapi jangan lee kita hinakan mereka,mereka  juga
makhluk ciptaan Allah, Allah mencipta mereka demikian ada
hikmahnya.Malahan BABI,semua orang Islam tahu,BABI tu
Haram,pengotor,hinggakan tahi dia sendiri di lahap,di makan
nya kenapa Allah ciptakan juga ?.Ini lah hikmah besar supaya
kita berfikir.

Apa yang aku nak katakan disini ia lah mengenai Sifat Baghal
nie,Sifat baghal nie telah menjadi VIRUS berjangkit pada pula
pada manusia,manusia yang macam mana yang telah di jangkiti
virus nie?.Pada aku manusia Melayu yang di ulu-ulu kampung
pendalaman,pinggir bandar,Felda yang malas berfikir,membaca
dan terus mempercayaai bulat-bulat,apa kata pemimpin.

Orang Melayu khasnya yang Non Partisan,ahli-ahli United
Malays Nasional Organisation jangan jadi seperti kata orang
tua,10 Jong masuk,Anjing masih bercawat ekor,Melayu kena
ambil tahu apa pergolakan berlaku dalam rumah tangga kita,
negara yang heboh seantero dunia dengan rasuah,salah guna
kuasa United Malays/BN nie,berfikir dengan kepala yg dingin
jangan beremosi,baru lah kita dapat membeza mana yang hak
dan mana yang batil.Melayu kena selalu  Brainwosh otak,supa-
ya ia tak melekat karat United Malays/BN nie.

Baru-baru nie,sekor ahli majlis tertinggi United Malays nie
berkata,"Kalu mereka kalah PRU 14 nie,"Orang Melayu tidak
dapat memerentah buat selamanya",Aku caya 100% cakap dia
nie.Sebenarnya kalu mereka di takdir kalah,kantong-kantong
mereka,kroni mereka,pengampu mereka akan kering,bukan
itu saja,pintu penjara menanti mereka dek kerana salah guna
kuasa dan rasuah.

Sebab itu lah kempin menakutkan orang Melayu di dendang
kan semula dengan visi baru,lebih lembut liriknya,kalau dulu
dengan rentak A..go..go,kini mereka sedar banyak orang Me-
layu baru puleh sikit dari pening lalat dengan kelentong   me-
reka,tuu le mereka mainkan dengan rentak Inang,memujuk
orang Melayu,demi mempertahankan kuasa mereka.

Iss...Iss..sampai gitu ugutan mereka,orang melayu jangan
termakan hasutan mereka,orang melayu kena celik politik
kalau United Malays and BN kalah,memang lah melayu
United Malays tak dapat memerentah,tapi melayu lain tentu
dapat, aku beri matamatik mudah,Kawasan Parlemen kita
ada 222, berapa kawasan mejoriti Melayu,berapa kawasan
mejoriti Cina,berapa kawasan mejoriti India,oleh itu kita
jangan jadi Baghal,di Baghal oleh United Malays nie,
Melayu Non Partisan,Melayu United Malays,boleh kuar
masuk Pas,kalu takmoh pas,masuk Bersatu PPBM,atau
PKR atau lain lain parti,kita sama-sama pencin kan United
Malays/BN,mereka memang patut di beri pencin pun,kerana
umor pencin dah terlebih pun.

Caya lah,jangan ragu,gundah gulana,Insyaallah dia tidak
akan berlaku.

*** Ingat tuu...Virus Zika bahaya,Kencing tikus bahaya,
Tapi Virus Kencing Geng-Geng Parpu United Malays
Nasionak Organison lagi bahaya....




Thursday, 15 September 2016

JUM KITA RAMAI-RAMAI RAYAKAN PESTA TARIAN TONGGENG BONTOT....




















-----------------------------------------------------------------------------
Gesaan Datuk Jamal Yunus supaya Berseh mengistihar kan
tarikh Perhimpunan Berseh 5,di sambut baik oleh Pengerusi
Berseh Marina Chin Abdullah.

Marina dalam satu sidang medianya hari ini,Berseh 5,akan di-
adakan pada 19 November 2016 ini di Kuala Lumpur dan di-
susuli Komvoi selama 7 minggu di seloroh negara, membabit
kan 246 bandar,pekan kampung,bagi menuntut Pilihanraya Ber-
seh.

Berikut pengumumam Maria itu,Pemimpin Gerakan Merah Ali
Tenju [Mohd Ali  Baharom] mengugut untuk membuat "Senaman
Tonggeng" kedua di hadapan rumah Maria Chin,dia berulang kali
beri amaran,bahawa gerakan baju merah yang di terajunya  akan
bertembung berseh.

Aku masih ingat,dulu Senaman Tonggeng nie di buat depan
rumah Ambega Pengerusi Bersih dulu,lenie Maria pula pegang
Pengerusi berseh,akan menerima tarian "TONGGING BONTOT"

Hahaha,,,Cantik tuu, mari sama-sama menyambut Pesta Tarian
Tonggeng Bontot,takpe-takpe...ini lah budaya ameno,memalukan
kan Bangsa Melayu-kalau nak cari dedak,buatlah cara lain,ini
menyerlahka lagi kebusukan ameno.

Ehhh...Aku rasa tak cukup ngam, apa kata kalau Ali dan peserta
Tarian Tonggeng Bontot nie,tambah sikit bagi dia cukup Ngam..
ia itu semua peserta Tonggeng tuu di arah buang semua pakaian,
kemudian bulatkan dengan kapor atau cat puteh keliling lubang
anu peserta .tonggeng lah kelangit . Ini edia India,mengelak kan
daripada kapal terbang Omputeh mengebom negara mereka,
Omputeh tengok,disangka Meriam India banyak,siap sedia untuk
menembak,maka omputeh cabut lari mereka tak jadi bom India
-Ali boleh tiru Idia India,supaya orang lebih takut baju merah.

Aku rasa kalau cadangan aku ini di terima,Jangan bimbang Ali
dan rakan-rakan pasti mendapat Imbuhan Tinggi,bukan saja
DEDAK,lebih daripada itu....teruskan.....teruskan....

Tuesday, 13 September 2016

"KENYATAAN NAJIB TENTANG BERSATU ANEH"



















12-Sep-2016

Shah Alam-Presiden Penaja Parti Peribumi Bersatu Malaysia
[BERSATU] Tan Sri Muhyyiddin Yassin menyifatkan kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempersoal kan
keupayaan parti itu membela nisib orang Melayu kerana mempu-
nyai hubungan dengan DAP,adalah sesuatu yang aneh.

Menurut beliau,selepas mengemuka kan permohonan kepada
Pejabat Pertubuhan (ROS),Serangan terhadap Bersatu yang belum
lagi di tubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin
umno.

"Aneh juga, sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian
dari Najib,malah parti itu belum ada ahli dan cawangan,ia hanyalah
parti serpihan umpama parti nyamuk".

"Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara se-
buah parti yang belum di tubuhkan dengan DAP?.

"Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan
menguntungkan orang Melayu,dan ini satu kenyataan tidak bertang-
gungjawab serta pra-matang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini,Najib mengulas parti Bersatu berikutan cadangan
untuk bekerjasama dengan DAP,yang sama sekali tidak pernah me-
nyokong perjuangan atas nama peribumi dan hak bumiputera.
Dalam pada itu,Muhyyiddin memaklumkan,bahawa kenyataan ber-
kenaan merupakan taktik kotor yang di gunakan bagi menakut-nakut
kan orang Melayi di Negara ini.

"DAP bakal di jadikan "HANTU"paling menggerunkan orang
Melayu untuk mengalih perhatian daripada segala kesalahan dan
kemungkaran Najib".

"Mereka akan terus berkata,bahawa DAP adalah musuh utama orang
Melayu," katanya.

Selain daripada itu,Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung
dengan ROS bagi mendapatkan naskah Perlembagaan Bersatu yang
di serahkan semasa proses pendaftaran parti,sekiranya beliau meragui
perjuangan parti itu.

Beliau berkata,daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu,3 daripada
nya ia itu menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan
menghormati hak orang bukan islam untuk menganut serta menga-
malkan agama masing-masing secara aman harmuni.

"Selain itu,matlamat Bersatu adalah bagi menjunggung kedaulatan
institusi  Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan kedudukan
Istimewa orang Melayu,anak negeri Sabah serta Serawak dan hak-
hak sah untuk semua kaum,"katanya.

Tambah beliau,sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan
ingin membersihkan nama nya,beliau seharusnya menyahut cabaran
bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir untuk berdebat.

"Tidak perlu lah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menya-
lahkan pihak lain.Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi,"  kata
nya.... Sumber....

Monday, 12 September 2016

AIK...BETULKAH NIE?.AMENO PEMBELA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ???


================================================


Nie kerja sapa nie?
Tanah Rizab Melayu yang di wariskan oleh penjajah Omputeh
[Inggeris] sebelum mereka Cunggit (berambus) dari Tanah Melayu
semakin mengecil,hilang,berkurangan.Daripada 3.1 juta hektar le-
bih hingga lenie tinggal 10-11% aje,yang lain telah di jual,gadai
atas nama pembangunan konon,ambik,bukan tak boleh ambik,tapi
kenale ganti balik,sebanyak di ambil dengan nilai serupa.

Persoalan nya,siapa yang mempunyai kuasa menggadai,menjual
tanah rizab melayu nie?,Pembangkang? PAS-PKR-DAP !!! eh.eh,
tak munkin,mereka tak punya kuasa,siapa ya...ameno lah tuu.

Bahasa Melayu.
Bukankah ameno yang mengguat kedudukan bahasa Melayu,
hinggakan tulisan jawi pun di hapuskan,menyebabkan anak-anak
kita tidak pandai menulis dan membaca jawi dan tak boleh mem-
baca kitab-kitab jawi.

Dalam perkara 152,Perlembagaan Persekutuan,bahasa Melayu
adalah bahasa rasmi negara,ameno merombak melalui Pengaja-
ran dan Pembelajaran Sain dan Matamatek      dalam bahasa
Omputih [PPSMI] tapi tak kemana pun.Alhamdulillah  dengan
protes rakyat,kerajan akur akhirnya kerajaan membatal PPSMI.

Bank Bumiputra.
Siapakah yang menghancurkan Bank Bumiputera? yang mana
Bank ini di tubuhkan pada tahun 1965 untuk menjaga kepen-
tingan Melayu,Bumiputera,memberi kemudahan kewangan
membantu Melayu Bumiputera dalam mengusahakan perda-
gangan dan perusahaan.

Royalti Pertrolion.
Siapa kah yang mendera rakyat mejoriti Melayu Terengganu
dan Kelantan yang hampir 97% Melayu,di napi dan di rom-
pak hak Royalti Pertrolion sebanyak 5% seperti dalam per-
janjian,adakah ini di sebabkan Rakyat Kelantan menolak
ameno dengan mengundi      pembangkang?,apakah      itu
Fedralima? di manakah tanggung jawab Kerajaan Perseku-
tuan terhadap negeri-negeri?.

Dasar Ekonomi Baru [DEB].
Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang di ilhamkan Tun Razak
selepas peristiwa berdarah 13 mei.1969 yang mempunyai
serampang dua mata,(1) Membasmi Kemiskinan,(2) Menyu-
sun semula masyarakat tidak mengira kaum,memperuntuk
kan 30% Melayu Bumiputera memiliki memiliki  pelbagai
sektor dalam tempoh 30 tahun yang tamat tahun 1999.

Kalau berlari 100 ela,orang Melayu Bumiputera di letakkan
10 ela di hadapan di hadapan bangsa-bangsa lain,berlari men-
capai 30%.Tapi apa dah jadi?,Melayu Bumiputera  ha    nya
dapat capai 19% aje,kenapa jadi begitu?.Sedangkan Wakil
Rakyat Melayu,D.O.Melayu,MB Melayu,Menteri Melayu
Pedana Menteri,Tim.Perdana Menteri Melayu-pada aku jawab
nya Melayu tipu Melayu,ameno hanya jaga kroni,membore
kan perut,rakyat biar mampus,rakyat di beri DEDAK supaya
terus menyokong mereka.

Kesimpulan nya.
Bolehkah lagi orang Melayu bergantung harap pada ameno?
fikir-fikir lah sendiri (pinjam kata-kata Nabil) Aku menulis
bukan bias politik tetapi ada pakta...Berfikirlah dengan kepa-
la yang dingin,Jangan Emosinal,ini pakta bukan Auta.Me-
layu kena bangkit,zaman Hang Tuah telah lama berlalu,kini
era Jebat pula.Melayu mesti berani menegur,Melayu jangan
banyak     sangat     makan        dedak,jadi ayam Togeng 
(Ayam Daging) nanti di sembelih,di jual kat pasar    pasar
dengan harga RM.9.00 sekilo..jangan mureh ya ! mureh
tu bermakna marah,bahasa kampung aku le....



  

Sunday, 11 September 2016

BERITA BAIK UNTUK PEMBANGKANG...



















=============================================
PAS sambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad,agar
semua parti pembangkang bersatu menumbangkan BN.


Niab Presiden PAS Ust Idris Ahmad berkata,bentuk kerjasama
yang boleh di jalankan ada lah perbincangan,supaya hanya berla-
ku pertembungan latu lawan satu dengan BN pada PRU.14.


"Soal supaya bergabung itu,saya rasa pimpinan PAS tidak ada
bincang,kerjasama ini tidak semastinya bergabung,munkin kerja
sama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihanraya."


"Apa yang di suarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan
sekarang dan ia selari dengan pendirian PAS,"katanya kepada
Sinar Harian.


Semalam,Mahathir menyatakan,sejak 59 tahun lalu,Pembang-
kang tidak berjaya mengalahkan BN di sebabkan kegagalan
mereka untuk bekerjasama dengan baik.


Beliau turut menyarankan PAS untuk bekerjasama dengan parti-
parti pembangkang lain bagi menumbangkan BN.


Mengulas perkara tersebut,Idris berharap tidak ada pihak melebal
PAS bersama BN,hanya kerana parti itu tidak berada dalam  satu
gabungan pembangkang.


"Kita sebuah parti pembangkang,dan kami kini berada dalam
satu blok politik ketiga pembangkang bersama parti Ikatan Bangsa
Malaysia [IKATAN] ," katanya.









Selamat Hari Raya Haji-Korban..
















---------------------------------------------------------------------------
Selamat hari raya Haji aidiladha-Dan selamat menjalankan
Ibadah KORBAN.

Besok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha,aku
mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya
dan menyusun jari mohon kemaafan ketelanjuran aku pada ka-
lian semua.

IBADAT KORBAN:

Atas permohonan kengkawan supaya  aku memberi se-
dikit penerangan berkaitan perkara ini,walau pun aku bukan
Ostad,tetapi orang ameno panggil aku Ostad Playboy,kerana
mereka-mereka nie segan nak jumpa Ostad betul.Jadi akulah
jadi Ostad mereka.

Masaalah mereka nak tahu,Pengagihan Daging Korban Nazar
Dan Korban Si Mati.

1.Bolehkah daging korban wajib [NAZAR] di agehkan  pada
orang kaya ?.
Masaalah ini terdapat khilaf kalangan Ulama.
Menurut Mazhab Shafiee dan Mazhab Hanapi,korban wajib,
dengan sebab nazar dan sebagainya,Wajib di sedekah kesemya
nya,iaitu dengan di berikan keseluruhan daging org yang melaku
kan korban itu kepada Fakir miskin dengan keadaan mentah,tidak
boleh di makan oleh org yang melakukan korban,termasuk ahli
keluarganya,tidak boleh di berikan pada orang kaya.

2.Namun mengikut Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali,korban
wajib tida ada bezanya dengan korban sunat,dari segi pengahigihan
dagingnya,ia itu boleh di makan sama oleh orang yang melaku kan
korban tersebut dan keluarganya,dan boleh di beri pada orang kaya.

3.Korban yang di laku kan bagi pihak orang yang telah mati,sama
ada si mati berwasiat atau tidak.

- Ia hukum nya sama seperti yang di atas tadi.Disisi Mazhab
Shafiee dan Hanapi,Daging nya hak Fakir Miskin wajib di sedekah
kesemua nya pada mereka,tidak boleh di makan orang yg melaku
kan korban dan keluarga,tidak boleh di hadiahkan pada org kaya.
.........Apa pun di sisi Mazhab Maliki dan Hambali,sama seperti
daging korban yang lain--Cuma pahalanya saja pergi kepad si mati.

Lapaz niat wakil korban.

Ini lah wang; RM..................Belilah untuk ku binatang korban [satu
tumpuk darinya] atau,kalau lebih sebutkan berapa bahagian. Laksana
kan lah korban bagi pihak aku,dan agihkan lah daging korban aku pada
pihak yang berhak.

****Jika sekiranya pihak penganjur Masjid atau surau dll,ada me-
nyediakan BORANG isilah borang tersebut.Serahkan borang bersama
wang kepada pihak penganjur,itu sudah memadaai.

****Sekiranya anda hadir pada hari penyembelihan tersebut...kita
boleh menyerahkan niat pada penyembilih.Wallahhukaklan.....

----Ini soal agama..Aku bukan Ostad...Ostad betul sila beri
pencerahan


Friday, 9 September 2016

PEPATAH CHINA BERKATA:2 EKOR HARIMAU TAK BOLEH DUDUK ATAS SATU BUKIT..BETULKAH ???..















-----------------------------------------------------------------------------

PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA [PPBM] Sah men-
jadi sebuah parti politik baru di negara Malaysia.Ini berikutan
apabila Pendaftar Pertubuhan [ROS] Jumaat lalu menerima dan
meluluskan pendaftaran parti itu,setelah pihak ROS berpuas hati
dengan penjelasan yang di berikan Presiden Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengenai beberapa perkara yang kurang jelas dengan per-
mohonan tersebut.

Ibu Pejabat [ROS] di Putrajaya Jumaat lalu menerima secara
rasmi parti itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
memberi tahu,ROS secara prinsip telah lulus pendaftaran parti
itu dan ringkasan nama parti itu ialah "PPBM" bukan "BERSATU"
yang di pohon,kerana nama BERSATU telah banyak di gunakan
oleh parti-parti politik di negara ini.

Muhyiddin yang di temui wartawan berkata,pihak ROS telah mene-
rima penjelasan mengenaai peranan Pengerusi-Presedin Parti  itu.

Kata Pepatah China yang terkenal,menyebut DUA HARIMAU
tak boleh duduk atas satu bukit,kata-kata ini dah banyak  kali ter-
bukti kebenaran nya.Mereka yang dah lama dalam politik cukup
dan sedia maklum Stail Tun Mahathir bagitu juga cara rentak Tan
Sri Muhyiddin.

Sejarah Tun berdepan masaalah dengan dua Timbalan nya Datuk
Seri Anuar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.Pada masa Pentadbiran
Tun Mahathir-Tun Musa mereka di kenali sebagai gandingan[2M]
Mahathir-Musa,bagitu juga masaalah dengan Tun Abdullah yang
di lantik sebagai pengganti nya.

Walau apa pun,kita janganlah bersangka buruk,itu kesilapan lama
itu kisah masa dulu-dulu,kerana masa itu ada tiga kategori,ia itu,
masa lampau,masa sekarang dan masa akan datang.Masa dulu lam-
pau dak tak dapat di tarik balik,masa sekarang mereka bersatu dan
merancang,masa depan manusia tak boleh ramal kan itu semua
kerja Allah......

Satu Tindakan Tidak Bijak PM...



















-----------------------------------------------------------------------------
Friday-9.Sep.2016.

SHAH ALAM - Tindakan memusatkan kuasa kepada tangan
perdana menteri,seorang ahli politik bertentangan untuk parti dan
dirinya,terutama ketika perdana menteri di palit dengan pelbagai
 skandal,adalah tindakan yang silap dan sangat tidak bijak.

Timbalan Presiden PAS,Datuk Tuan Man berkata,orang politik
tidak boleh di beri kuasa mutlak seperti berlaku pada Akta Majlis
Keselamatan Negara [MKN] 2016 termasuklah dalam memutus
kan darurat,kerana ada komplek kepentingan yang jelas.

Katanya,kelusan Yang di Pertuan Agong wajib di perlukan dalam
apa juga keadaan sebelum darurat boleh di istiharkan.

"Orang politik cenderung mencipta alasan untuk mencampur aduk
kan kepentingan politik dan partinya dengan kepentingan negara."

"Apakah ada jaminan MKN tidak di salah guna atas nama kesela-
matan negara,kalau ada pemimpin tertinggi rasa dirinya terancam
kerana penyeliwangan seperti terlibat dalam penggubalan wang
haram yang di dedahkan di peringkat Antarabangsa,"    kata  nya
semalam.

Isnin lalu,bekas Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anuar Ibrahim
mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara [MKN] 2016 dengan
memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akta MKN yang di luluskan di Dewan Rakyat itu di dakwa menghi-
na peruntukan Perkara 38 (4),menceroboh kedudukan Istimewa Maj-
lis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di Pertuan Agong.

Persetujuan dan tandatangan Yang di Pertuan Agong masih di perlu
kan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.

Akta MKN beri kuasa mutalak kepada perdana menteri tanpa melalui
Yang di Pertuan Agong untuk mengistiharkan mana-mana kawasan se-
bagai kawasan keselamatan selama enam bulan,tertaaluk kepada pemba-
ruan.Malah akta ini juga di beri kuasa menahan,mencari dan menangkap
individu dan juga untuk masuk dan juga menggeledah mana-mana per-
mis dan merampas harta tanpa waran.

Berhubung isu Peguam Tun Mahathir Mohamad di arah melihat kemung-
kinan membantu Peguam Anuar untuk mencabar Akta MKN,beliau ber-
kata,berdasarkan pengelaman menggunakan Akta Keselamatan  dalam
Negeri (ISA) dan melihat pada Akta MKN yang di luluskan,sudah tentu
Mahathir memahami kesan nya kepada negara dan system demokrasi
negara.

Katanya,dari perspektif rakyat dan aktivis pula,fobia mereka pada ISA
yang di salahgunakan masih mendalam dan kini melanjut kepada Akta
MKN yang akan kelihatan terlalu memberi kuasa      kepada Perdana
Menteri.

"Masaalahnya sekarang,siapa dan apa kayu pengukur menentukan negara
dalam bahaya,selain serangan pengganas ?.Apakah kerajaan juga merasa
kan penolakan rakyat secara besar-besaran terhadap amalan rasuah satu
tindakan membahaya kan negara sehingga memerlukan    MKN   di laksa-
nakan selepas ini?,katanya.

Thursday, 8 September 2016

PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG [RUU] 355...














===============================================

Kita sedia maklum,Rang Undang-Undang  [RUU] Pindaan 355
telah pun di bentang oleh Ahli Parlemen Marang Tuan Guru Ustaz
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Parlemen lalu,tetapi
belum di  bahaskan lagi oleh kerana kesuntukan masa dan  juga
memberi peluang ada YB-YB membuat persediaan dalam perba-
hasn pada sesi parlemen Oktober ini,Insyaallah..

Oleh itu Ahli-Ahli Parlemen yang mendabit dada pembela Melayu,
Islam wajib menyokong pindaan tersebut,ketepikan dulu fahamam
atau keegoian politik masing-masing demi mendaulat dan menam-
bah baik perundangan Islam di Mahkamah Syariah,sesuai dengan
Perlembagaan Malayssia,Islam Agama Persekutuan.

Ini bukan soal fahaman politik,ini soal hendak memertabatkan
agama islam,ini soal hukum menurut syariat Allah.Lagi pun  ia
hendak memertabatkan Mahkamah Syariah,ia tidak terlibat dengan
penyokong anda yang non muslim.

Kita sedar kedudukan Ahli-Ahli Parlemen Melayu dan lain yang
beragama islam hanya 130 lebih saja daripada 222 kerusi yang me-
wakili berbagai komponan parti,itu lah yang di harapkan oleh pengun-
di-pengundi anda,kita perlukan sokongan anda [Ahli Parkemen] yang
mengaku islam dan Melayu,kalau bukan anda,siapa lagi?.

Kita [Ahli Parlemen] hendak lah mengambil peluang ini,agar kita
bersama-sama mendokong untuk memertabat      kan Mahkamah
Syariah,perundangan islam,kita memerlukan mejoriti mudah untuk
meluluskan RUU ini menjadikan undang-undang.

Pindaan ini jika di luluskan,akan meletak kan Mahkamah Syariah
lebih tinggi dan tak seperti sekarang,seperti terhina kerana mempu-
nyai bidang kuasa yang sangat rendah berbanding mahkamah lain.

Cuba bayangkan dan bandingkan kuasa hukum jenayah Mahkamah
Majestrit 5 tahun penjara,10,000 denda dan 12    rotan,  sedangkan
Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah hanya mempunyai
kuasa 3 tahun penjara,RM.5,000 denda dan 6 sebatan,di mana kah
meruah Agama Islam yang tercatat dalam Perlembagaan Negara???.

Jestru itu,anda [YB.Ahli Parlemen] yang beragama Islam di seru
agar kebersamaan anda sama memberi sokongan padu tidak kira
blok politik mana, kerana ini bukan memberi keuntungan kapada
mana-mana parti politik,ini kemenangan kita bersama memertabat
islam [Mahkamah Syariah], Insyaallah,kerja buat kita ada ganjaran
nya di sisi Allah....

Wednesday, 7 September 2016

PENDFTARAN PARTI BERSATU DI LULUSKAN.......




















---------------------------------------------------------------------------

KHAMIS,8-September-2016.-10.29 am.--PUTRAJAYA:

Pendaftaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia di luluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan [ROS] hari ini,dengan nama singkatan
PPBM.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam  Negeri
Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi,berkata kelulusan itu  di-
berikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu men-
jelas lebih lanjut peranan Pengerusi dan Presidin Parti,sebelum
surat rasmi kelulusan di keluarkan.

"Berdasarkan Perlembagaan Parti itu,Pengerusi berperanan
mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi,  menakala
Presiden mempengurusikan  mesyuarat Majlis Presiden,
katanya pada sidang media  selepas Perhimpunan Bulanan Ke-
menterian Dalam Negeri [KDN] di sini hari ini,yang turut
hadir Ketua Setiausaha KDN,Datuk Seri Alwi Ibrahim   dan
Ketua Pengarah ROS,Datuk Mohamad Razin Abdullah.

Ahmad Zahid berkata,nama singkatan PPBM di luluskan
selepas rundingan di lakukan di antara parti itu dan ROS.

"Bersatu [singkatan nama parti] tidak boleh di gunakan,kerana
ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perka-
taan itu [dalam nama parti mereka],"katanya.


DARI HAL DERMA RM.90 JUTA UMNO PADA PAS?...subky Latif...

























===============================================

Duit RM.2.6 Billion yang pernah di dipositkan dalam akaun PM
Najib,adalah derma untuk UMNO,tetapi tidak di ketahui  UMNO
sempat rasa derma itu atau tidak,kerana ia di katakan sudah di-
pulangkan Najib kepada pendermanya.

Kisah itu terus jadi cerita dongeng,seperti Haji Bakhil yang pacak
papan tanda beri tahu,dia tidak tanam hartanya di tempat  papan
tanda itu di pacak.Dan sipulan yang larikan harta itu pacak pula pa-
pan tanda baru bagi tahu,Sipulan tidak ambil harta itu. Jika Dunia
tidak kiamat 200 tahun lagi,derma RM.2.6 bilion itu akan jadi do-
ngeng seperti Haji Bakhil juga.

Maka sekarang selepas UMNO terima derma RM.2.6 belion,maka
di dongengkan pula PAS diberi RM.90 juta oleh Najib,bahasa baik
yang saya suka gunakan tentang duit RM.90 juta itu derma UMNO
atau Najib kepada PAS.

Itu lah yang di rasakan dongeng yang Serawak Report laporkan
dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan
saman kepada Serawak Report melalui mahkamah England.

Ketika komen ini di buat,reaksi Serawak Report belum tarik balik
laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang    do-
ngeng itu.

Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah,komen saya ia
lah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik
PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti berdikari  atas
duit yang ada dalam pokit baju/seluar ahli-ahli dan penyokong
nya.Jika di katakan dana PAS ada lah atas derma para derma-
wan,maka dermawan itu ahli-ahli dan penyokong nya.

Ketika saya di tanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 th
lalu,dari mana PAS dapat dana membiayai perjuangan nya,saya
jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya.Apabila
Pas perlukan duit itu ia di sebutkan kepada ahli-ahli nya,dan me-
reka pun keluarkan dari saku masing-masing.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit
PAS yang saya sebut di Mesir itu,semuanya di simpan dalam saku
baju ahli-ahlinya.

Jika ada yang hendak RM.90 juta,PAS tidak akan berani terima,
jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang  atau se-
cara sulit.Bukan lah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepa-
da duit yang banyak,tetapi setakat ini mereka dapat mengawal
hawa nafsu.

Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya,maka nescaya hanyut
perjuangan nya yang suci dan mulia itu.Mulianya PAS bukan
kerana lambakan duit yang banyak,tetapi adalah asas perjuangan
yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yg mustadafin,
ia menguasai Kelantan,dan pernah menguasai Kedah dan Te-
rengganu,bukan kerana hujan dan salji dari langit,bahkan ia me-
rebut kuasa itu dari UMNO yang memiliki duit berguni-guni.

Itulah memalukan memalukan parti dan pemimpin yang siang
malam berselimut duit.Jika ada orang hendak menderma RM.
90 Juta,munkin limpahan daripada derma RM.2.6 bilion yang
tidak tahu macam mana ia hendak di belanja,maka jangan bagi
terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masuk kan ke-
dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang,
tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma
kilat dalam ceramah nya.

Masuk kan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petu-
gas derma itu.Derma yang berpahala dan besar pula,wajar di-
buat secara senyap,biar tangan kanan yang memberi tidak  di-
ketahui oleh tangan kiri.

Ketelanjuran report dari Serawak itu tanda ia dungu dengan
maruah PAS dan untuk kemahuan siapa,ia buat dongeng itu?.
harakah daily,7/9/2016...


PASANGAN KONTOI,SUAMI ORANG,FARAH FAUZANA BATAL KAHWIN?...



















---------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, - 6-Sep.-Enggan menikah suami orang
punca penyampai Radio terkenal Farah Fauzana Mohd Fadzil
membatalkan perkahwinan nya minggu depan dakwa sebuah
laporan Harian Metro.

Memetik sumber yang tidak di namakan,akhbar berkenaan
melaporkan lelaki tersebut yang merupakan Ahli    Jawatan
kuasa Pemuda UMNO di satu bahagian di Lembah   Kelang
merahsiakan statusnya daripada Fara.

"Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang,sepatutnya dia
perlu jujur." Akhirnya status perkahwinan kontoi dengan Fara.

"Dalam perkara ini dia tak boleh sorok.Bukan apa,ia perkara
sensitif.Apakah lagi Fara golongan Selebriti terkenal ."

"Mahu atau tidak,perkara ini pasti menjadi heboh," lapor
akhbar itu yang memetik sumber.

Namun Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam
laporan tersebut kepada mana-mana media.

Fara 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinan
yang di jadualkan berlangsung di Damansara.

Bekas penyampai HOT FM itu berkata,mereka sudah  salingd
mengenali sejak lebih dua tahun lalu,namun Fara enggan men-
dedahkan identiti lelaki yang di kenali Mohamad Hafiz.

"Ketika ini,saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui
waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang
untuk menenangkan fikiran."

Dan saya munkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan
lanjut daripada rakan-rakan media," kata nya  seperti  di lapor
kan Berita Harian.













Monday, 5 September 2016

PINDAAN RUU 355,TIADA KAITAN DENGAN HUDUD...
















---------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM-Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan
Pindaan RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah [bidang kuasa
jenayah] 2016 tiada kaitan dengan Hudud seperti yang di gem-
ber-gembur kan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baha-
rom berkata,Jenayah melibatkan Hudud seperti rogol,atau rom-
pak bukan di bawah kuasa Mahkamah Syariah.

Pindaan ini untuk meningkat kan kuasa Mahkamah Syariah,ini
bukan soal Hudud.Rompak,Rogol itu melibatkan Mahkamah
Sivil,bukan Mahkamah Syariah.

"Timbul persepsi pindaan itu di olah seakan-akan kita nak ambil
hak orang lain,keluar dari Mahkamah Syariah.Pindaan ini     tak
timbul soal kita nak ambil hak orang lain," katanya ketika men-
jadi panel Wacana Sinar Ke-41,Pindaan Akta 355 Antara Rialiti
dan Persepsi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf  di sini
hari ini.

AIK !!!,..POLEH,,,TANGKAP POLEH PULAK......

Tambah kapsyen


















=================================================

Berita ini aku ambik dari akhbar online..........

Seorang Pegawai dan 20 anggota polis dari pelbagai unit dan bahagian
di tahan dalam dua serbuan berasingan keatas dua permis perjudian di-
Jalan Air Panas di sini tengah hari tadi.

Dalam serbuan sekitar jam 12.50 tengah hari itu, semua pegawai dan
anggota terlibat di tahan bersama 12 orang awam yang di percayai pe-
langgan serta 9 orang penjaga kedua-dua permis berkenaan.

Serbuan oleh Jabatan Intergriti dan Pemantauan Standard [JIPS]  Bukit
Aman dan di bantu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat,Judi dan Kongsi
Gelap [D7] Polis Kontijen Kuala Lumpur,turut membawa kepada ram-
pasan 57 mesin judi atas talian dan 4 Simulator berunsurkan perjudian.

Pengarah Jabatan Integeriti dan Pematuhan Standard [JIPS] Bukit
Aman Datuk Jaalaluddin Abdul Rahman,berkata siasatan lanjut   sedang
di jalankan keatas semua pegawi dan anggota polis yang di tahan sebe-
lum tindakan susulan di ambil.

Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang  terbabit
dalam sebarang bentuk kesalahan seperti ini,termasuk membabit   kan
pegawai dan anggota polis sendiri.

Pihak JIPS akan sentiasa melaku kan pemantauan secara berterusan
terhadap aktiviti jenayah dan masaalah sosial yang melibatkan warga
kita [Polis] sendiri katanya,,,,sumber...

Sunday, 4 September 2016

POKOK PISANG "AJAIB ???..



















=============================================
POKOK PISANG "AJAIB",Berbuah di Belakang Masjid.....

PONOROGO-INDONESIA - Dua pokok pisang yang hanya
tumbuh setinggi 30 sentimeter tanpa fizikal lengkap [daun  dan
batang] telah mengeluarkan buah [gambar atas].

Memetik laporan media tempatan,melaporkan kejadian yang ber-
laku di Desa Kori Ponorogo ini tidak semena-mena menarik per-
hatian masyarakat untuk melihat pohon tersebut,yang di anggap
mereka sebagai satu kejadian Ajaib.

Apa yang menarik perhatian adalah,pohon pisang itu yang tum-
buh di belakang Masjid Azzazul Muttaqim,tumbuh di kawasan
Maqam pengasas masjid itu yang di kenali sebagai Mbh Palang.

Pohon pisang dari jenis Raja itu menghasilkan 33 biji buah,yang
mana warga tempatan di situ mengatakan,bahawa jumlah itu sama
dengan jumlah untaian tasbih yang di gunakan ketika berzikir.Sh.

Friday, 2 September 2016

PUISI KANGKONG...

























=========================================

Dalam aku membaca dari Blog-Blong rakan untuk meng-
tahui berita  semasa    mengenai perkembangan   politik
dan berita-berita di neara kita Malaysia.

Dalam dok-dok membaca dan melayari blog-blog itu,aku
terkejut beruk,dan cukup menarik perhatian  mengenai
sebuah Puisi dari  Prof.di Raja Ungku Aziz.

Puisi ini rasanya cukup sesuai dengan keadaan kita hari
ini,terutama nya rakyat merhain di kampung-kampung
yang masih lagi  menanti dan mengharap kan dedak terus
di terima,sampai mati lah kita tidak akan ada perubahan.

***Sumber.blog Zamkata...





















MO 1 IALAH PM:SPRM PERLU BUKA KEMBALI KES 1MDB.

























=============================================
SAH,MO 1 IALAH PM,Wang di Akaun PM,duit  1MDB Atau
derma Arab?

Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesah kan
bahawa 'Malaysian Official 1' sememang nya ia lah   Perdana
Menteri Datuk  Seri Najib Razak.

Cuma,ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat
persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?.

Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil
Jbt. Keadilan [DOJ] Amerika Syarikat ada asas nya?.Jika
tiada asas masakan boleh samakan MO 1 itu ia lah PM?.

Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO 1,
bolehlah beliau bantu menjawab,apakah betul duit IMDB yang
telah masuk ke Akaun PM dan apakah cerita,bahawa duit di -
akaun itu drp dermawan Arab itu dongeng semata-mata?.

Pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik
kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay-
sia[SPRM] Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membenteras
rasuah.

SPRM perlu membuka semula kes 1MDB dan   dana    masuk
ke Akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat
munkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan
pentadbiran negara.SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara
Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.


Pas,dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh
SPRM dalam usaha ini untuk menaik kan lagi imej SPRM  dan
menangkis tuduhan bahawa SPRM   tidak   berani menngkap
Ikan Jerung.

Tuan Ibrahim Tuan  Man
Timbalan Presiden PAS,
harakah daily 1/9/2016.

Thursday, 1 September 2016

ABDUL RAHMAN DAHLAN SAHKAN NAJIB ADALAH MO.1..
















---------------------------------------------------------------------------
Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Offial  1,
[MO.1] yang di rujuk sebanyak 36 kali dalam saman Sivil Jaba-
tan Keadilan [DOJ] Amerika Syarikat berkaitan penyelewingan
dana 1MDB, adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuk jelas sekali,jika kamu membaca
dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri
UMNO,Datuk Abdul Rahman Dahlan yang di petik BBC.

"Tetapi saya juga berkata,mengapa DOJ  tidak menamakan
dengan nama yang betul,ini ketrana beliau bukan sebahagian
daripada siasatan ini."

"Ada orang lain di namakan.....dan Jabatan Keadilan akan mem-
bawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputu-
san," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,bagaimana pun berpen-
dapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab keatas kega-
galan  dana pelaburan negara itu.

"Beliau telah bertanggungjawab dengan melantik pasukan baru
 di-1MDB.

"Tetapi hanya kerana sebilangan kecil NGO dan pembangkang
yang mendesak supaya beliau mengosongkan kerusinya,beliau
tidak seharusnya berbuat demikian,itu sudah melampau,"kata
Rahman yang juga adalah Pengarah Kummunikasi Stratigik BN.

Adalah di percayai bahawa Najib adalah MO.1,tetapi kerajaan
tidak pernah mengesahkan identiti itu sejak DOJ memfailkan
tuntutan mahkamah pada 20 July lalu.....sumber...