Wednesday, 7 September 2016
DARI HAL DERMA RM.90 JUTA UMNO PADA PAS?...subky Latif...
===============================================
Duit RM.2.6 Billion yang pernah di dipositkan dalam akaun PM
Najib,adalah derma untuk UMNO,tetapi tidak di ketahui UMNO
sempat rasa derma itu atau tidak,kerana ia di katakan sudah di-
pulangkan Najib kepada pendermanya.
Kisah itu terus jadi cerita dongeng,seperti Haji Bakhil yang pacak
papan tanda beri tahu,dia tidak tanam hartanya di tempat papan
tanda itu di pacak.Dan sipulan yang larikan harta itu pacak pula pa-
pan tanda baru bagi tahu,Sipulan tidak ambil harta itu. Jika Dunia
tidak kiamat 200 tahun lagi,derma RM.2.6 bilion itu akan jadi do-
ngeng seperti Haji Bakhil juga.
Maka sekarang selepas UMNO terima derma RM.2.6 belion,maka
di dongengkan pula PAS diberi RM.90 juta oleh Najib,bahasa baik
yang saya suka gunakan tentang duit RM.90 juta itu derma UMNO
atau Najib kepada PAS.
Itu lah yang di rasakan dongeng yang Serawak Report laporkan
dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan
saman kepada Serawak Report melalui mahkamah England.
Ketika komen ini di buat,reaksi Serawak Report belum tarik balik
laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang do-
ngeng itu.
Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah,komen saya ia
lah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik
PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti berdikari atas
duit yang ada dalam pokit baju/seluar ahli-ahli dan penyokong
nya.Jika di katakan dana PAS ada lah atas derma para derma-
wan,maka dermawan itu ahli-ahli dan penyokong nya.
Ketika saya di tanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 th
lalu,dari mana PAS dapat dana membiayai perjuangan nya,saya
jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya.Apabila
Pas perlukan duit itu ia di sebutkan kepada ahli-ahli nya,dan me-
reka pun keluarkan dari saku masing-masing.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit
PAS yang saya sebut di Mesir itu,semuanya di simpan dalam saku
baju ahli-ahlinya.
Jika ada yang hendak RM.90 juta,PAS tidak akan berani terima,
jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang atau se-
cara sulit.Bukan lah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepa-
da duit yang banyak,tetapi setakat ini mereka dapat mengawal
hawa nafsu.
Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya,maka nescaya hanyut
perjuangan nya yang suci dan mulia itu.Mulianya PAS bukan
kerana lambakan duit yang banyak,tetapi adalah asas perjuangan
yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yg mustadafin,
ia menguasai Kelantan,dan pernah menguasai Kedah dan Te-
rengganu,bukan kerana hujan dan salji dari langit,bahkan ia me-
rebut kuasa itu dari UMNO yang memiliki duit berguni-guni.
Itulah memalukan memalukan parti dan pemimpin yang siang
malam berselimut duit.Jika ada orang hendak menderma RM.
90 Juta,munkin limpahan daripada derma RM.2.6 bilion yang
tidak tahu macam mana ia hendak di belanja,maka jangan bagi
terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masuk kan ke-
dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang,
tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma
kilat dalam ceramah nya.
Masuk kan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petu-
gas derma itu.Derma yang berpahala dan besar pula,wajar di-
buat secara senyap,biar tangan kanan yang memberi tidak di-
ketahui oleh tangan kiri.
Ketelanjuran report dari Serawak itu tanda ia dungu dengan
maruah PAS dan untuk kemahuan siapa,ia buat dongeng itu?.
harakah daily,7/9/2016...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 07:21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment