BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 23 October 2016

BAJET 2017 OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016,MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN !!

Walaupun cuba di beri gambaran buruk dengn pelbagai label
dan gelaran,tindakan ahli-ahli Parlemen Pembangkang   me-
ninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang   membentang
kan Bajet 2017,sebenarnya adalah sesuatu yang wajar    dan
penuh intergriti.

Inseden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari
dan bagikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentang
kan Bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai menteri kewa-
ngan dan bukan Preseden UMNO ata Pengurusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapan nya hanya untuk
kepentingan rakyat dan negara,bukan seperti berucap dalam
kempin pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agong
UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam
wakil pembangkang ketika membentangkan Bajet untuk
faedah 30 juta rakyat,lebih-lebih lagi dengan dakwaan sen-
diwara dan pengkhianat,adalah sesuatu yang di luar kebia-
saan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis
kepada pehak pembangkang dengan nada bergurau dan


sambil tersenyum seperti mana biasa di lakukan oleh Tun
Mahathir Mohamad dan Anuar Ibrahim ketika mereka mem-
bentang Bajet masing-masing suatu ketika dahulu,memang
merupakan lumrah yang dapat di terima umum.

Malah,jika kita imbas kembali,sindiran dan kata-kata sinis
Tun Mahathir dan Anuar kepada pembangkang ketika itu
semuanya dapat di terima dengan senyum ketawa oleh ahli-
ahli parlemen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar gurauan untuk menceria
kan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk me-
nyerang pembangkang,malah serangan dan hentamannya
tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.

Najib menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan
di restoran mahal,sebaliknya membeli "Nasi lemak anak Dara"
tetapi apakah beliau pernah menesihati isteri dan keluarganya
daripada tidak bermewah dalam berbelanja ?.

Dalam hal ini memang wajar ahli-ahli parlemen pembangkang
keluar dewan.Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan
berperangai tidak sewajarnya.Jika perkara yang sama berlaku
di Jepun,Taiwan dan negara-negara Eropah,sudah pasti mereka
jua akan meninggalkan dewan sebagai tanda bantahan.

Hanya dengan meninggalkan dewan,Najib dapat di beri tahu
bahawa tindakan nya membuat dakwaan semberono ada lah
sesuatu yang salah.Sebelum mahu mengusik atau menyindir
pembangkang,Najib sepatutnya banyak belajar daripada Tun
Mahathir dan Anuar atau mengambil sedikit masa menonton
kembali vidio pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh terse-
but yang pernah menjadi menteri kewangan cermerlang sebe-
lum ini.

Lagi pula,wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan
setelah "di halau" oleh Spekar,Pendekar Amin Hj.Mulia yang
meminta mereka berbuat demikian jika tidak sedia mendengar
pembentangan oleh Najib itu.

                               Jadi Siapa yang salah ?
Nombor satu paling salah Najib,dan kedua,Pendekar yang gatal
mulut menghalau mereka mereka-sama seperti gatalnya mulut
beliau suatu ketika dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu
meletak jawatan nya,tetapi kemudian tidak cukup kekuatan  de-
ngan sendiri punya pendirian.

Dalam aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghen-
tam orang lain,Najib seharusnya sedar siapa dirinya yang sebe-
nar.Beliau mesti selalu melihat-lihat cermin menonton wajah
nya sendiri.

Hakikatnya,Najib bukan saja sedang terperosok deanga pelba-
gai isu melibatkan diri,isteri dan keluarganya,malah skandal
kewangan yang terkait dirinya adalah yang  terbesar   dalam
dunia ketika ini.

Beliau masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua
instrumen penting dalam negara,tetapi di luar negara seloroh
dunia sedang menyaksikan satu demi satu tindakan penguat
kuasaan sedang di ambil berkaitan 1MDB yang mana beliau
sendiri berkuasa dan beperanan penting dalam nya.

Jadi,tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan
tentang MO 1 daripada  Najib memang sesuatu yang wajar
untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kes melibat  kan
beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh sekali
untuk terus di lupakan.

Tambahan lagi,semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak
dibenar untuk di bincangkan di parlemen.

Selain itu,Najib juga sebelum ini telah di nobatkan sebagai
Menteri Kewangan Terburuk ASIA 2016 oleh sebuah Portal
kewangan antarabangsa,Asiafinance.Bermakna Bajet 2017
semalam di bentangkan oleh seseorang yang terburuk bukan
terbaik.

Maka bersama-sama itu,jauh lebih mengaibkan jika ahli-
ahli parlemen pembangkang,masih sanggup mendengar sam-
pai habis ucapan belanjawan yang di sampaikan oleh Najib
yang bukan saja sudah di sahkan sebagai terburuk,tetapi juga
sebenarnya telah sifar wibawa dan intergeriti dalam dirinya.
(SH.22/10/2016)

0 comments: