BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 7 December 2016

HENTAM DR.M.DAP TAK SELESAI MASAALAH MELAYU...

=============================================
Hentam Dr M,DAP Tak selesai masaalah Melayu..Kata Anuar.

Kuala Lumpur:Datuk Seri Anuar Ibrahim ber4kata,Perhimpunan
Agong Umno yang berakhir Sabtu lalu hanya menjadi medan meng-
hentam    DAP      dan  bekas  Perdana  Menteri Tun Dr.Mahathir
Mohamad tanpa menyentuh isu melibatkan masyarakat Melayu.

"Menghentam Tun Dr.Mahathir,menghentam DAP,itu bukan jawa-
pan nya," kata Anuar yang hadir di Mahkamah Rayuan  Syariah
semalam bagi mendengar rayuan nya mengenai   prosiding gazaf
terhadap bekas pembantu pejabat PKR Mohd  Saiful Bukhri yang
mendakwa di liwat.

Perhimpunan Umno kali ini menyaksikan tumpuan ucapan per-
wakilan terhadap Dr.Mahathir kerana tindakan menjalinkan kerja
sama dengan DAP.

Sayap Pemuda,Wanita Umno turut berulang kali menyatakan
kesetiaan pada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak, dalam
apa yang di lihat pemerhati sebagai usaha memperkasa kan ke-
dudukan ekoran tentangan daripada beberapa pemimpin
vetren yang meninggalkan parti itu.

Anuar berkata beliau tidak menolak kedudukan Najib semakin
kuat,tetapi ia hanya dalam lingkungan Umno.

Dalam Umno itu tidak menjadi isu.

"Di kalangan rakyat,isu utama adalah kenaikan harga barang dan
inflasi," kata Anuar.

Anuar berkata Dap seperti Pakatan Harapan lain sentiasa memper-
tahan kan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

"Anda kerajaan,kehilangan saham Melayu,Tanah Rizab Melayu,itu
tanggung jawab anda"...FMT.
H

Tuesday, 6 December 2016

PERHIMPUNAN AGONG UMNO (PAU 2016)

















=============================================
Perhimpunan Agong Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) telah pun melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu.

Seperti biasa mengikuti penuh minat melalui siaran langsung  TV
dari awal hingga akhir.

Apa yang aku nak sentuh disini terutamanya tentang ucapan dasar
Presiden Umno DS Najib Razak.Kalau tak silap mengikut jan  di-
tangan aku beliau mengambil masa 1 jam,23 minit,55 saat.

Apa ada dalam ucapan dasar itu,hanyalah jerik pekik,maki hamun
ampu bodek,merayu agar ahli umno walak (taat setia) kepada pe-
mimpin,ugutan kepada perwakilan dan orang Melayu supaya ber-
satu,menyokong umno,kalau tidak PRU 14 DAP akan menguasai
negara ini,

Maki hamun,meneran-neran suara dengan mimik muka bengis
mengeluar suara tinggi hingga terkeluar urat lihir.

Tetapi pada aku budak kampung yang tidak punya pelajaran tinggi
hanya lulusan sekolah atap saja anggap dan menilai ucapan dasar ini
tidak ada langsung inti pati,seolah dia nie sudah tiada idia, dan sudah
kehabisan modal,segala khutubah,titah baginda Najib ini tidak lang-
sung memberi menafaat kepada Melayu.

Aku rasa perwakilan dan penonton yg mengikuti siaran langsung
pun pening dan rasa cukup kecewa dengan titah baginda Najib nie.

Sepatutnya dalam masa yang panjang beliau ambil kesempatan
memuhasabah diri dan ahli-ahlu umno atas pelbagai prepsi,sebalik
Najib mengambil peluang meracuni pemikiran perwakilan dengan
politik benci dan rasis kepada pembangkang,terutamanya individu
nama Mahathir Mohamad,tergamak Najib mengelar Mahathir
kemuncak penderhakaan,ini di anggap  orang Melayu kurang ajar,
Mahathir adalah bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri
selama 22 tahun,Mahathir di anggap derhaka kerana keluar Umno
menubuhkan Parti baru bersama pembngkang.

Dalam cacian bertali arus terhadap pembangkang dan ugutan pada
pengundi-pengundi Melayu,Najib dan Umno nampak  bagitu takut
pada seorang individu tua berusia 91 tahun lebih,tolak pun boleh jatuh,
tetapi Najib dan umno bagitu takut,hinga ketar lutut,sebab pengaruh
OTAI tua ini pada ahli-ahli umno dan orang Melayu,malah Najib nie
katon pun takut,ini lah yang di katakan kak engku (Raja Azura) Otai
Masih Berbisa.

Apa pun serangan Najib ini tidak seperti dulu-dulu.Dulu Pas lah
yang menjadi musuh ketat (musuh utama) tetapi kini lensa Najib
di fokoskan pada "OTAI TUA" dan pembangkang lain.

Menyentuh tentang perwakilan,nampak nya hanya ampu bodek
untuk mendapatkan dedak dan jawatan saja,cuma ada dua tigapr-
wikalan yang membangkit masaalah penderitaan rakyat,ia itu dari
Pahang,masaalah Felda dan Johor,mereka ini patut di puji kerana
berani menyuarakan kebenaran.

Pendek kata tidak ada inti pati untuk di bawa perwakilan balik ke-
kawasan masing-masing,melainkan semangat kebencian,rasis me-
nakut-nakutkan orang melayu yang di tanam oleh Presiden.

Membore kan perut,makan percuma penginapan percuma,penyo-
kong menderita,mampus lah kamu.

                             "Otai Masih Berbisa"




Saturday, 3 December 2016

DR,M:MELAYU UMNO,MAKANLAH "DUIT HARAM INI...






















------------------------------------------------
Setelah mendapat serangan puitis "Melayu Mudah Lupa"
dua hari berturut-turut.Dr.Mahathir Mohamad ini tampil
mengulas isi sama.
Berbiza dengan sajak popularnya sebelum ini,beliau hari
ini mengecilkan skop Melayu yg di rujuknya kepada Melayu
Umno.

Melayu mudah lupa,seperti saya nyatakan dalam perhim-
punan Agong Umno dahulu.

Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa,negara dan agama
seperti perjuangan  umno di waktu ia di tubuh.

"Yang mereka ingat hanya lah duit itu raja.Dan mereka teruslah
menyembah 'DUIT",katanya.

Najib dalam ucapan dasarnya dalam perhimpunan Agong
Umno semalam menyifatkan tindakan Mahathir sebagai kemun-
cak penderhakaan,selain mempersoalkan siapa sebenar nya
yang mudah lupa.

Najib berkata,Melayu Umno yg sejati adalah Melayu yang
setia dan mengenang budi,dan tidak mengkhianati parti.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula sehari sebelum
itu membacakan sajak,"Melayu Mudah Lupa" yg di popular
kan oleh Mahathir,tetapi di ubah suai untuk menempelak kem-
bali Perdana Menteri Keempat itu.

Menulis di blognya hari ini Mahathir mendakwa,pilihanraya
kali ini akan memperlihat "Duit-Duit Yang di Curi",di kongsi
bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.

"Dengan perkataan lain,ahli umno yg terus sokong Najib ber-
subahat dengan nya dalam melesapkan duit kerajaan (Duit
Rakyat) berbelion-belion ringgit.

"Makanlah duit haram ini,duit dari menjual bangsa,agama dan
tanah air," kata Mahathir yg terkenal dengan sindiran tajamnya
itu.

Najib menafikan menggunakan wang RM.2.6 Belion yang  di-
masuk kan kedalam akaun peribadinya untuk kepentingan peri-
badi.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula telah membersihkan
namanya daripada sebarang salah laku.Walau pun langkah ini
kemudian di selar pembangkang.

"Makanlah duit haram ini,duit dari menjual bangsa,agama dan
tanah air".

Thursday, 1 December 2016

UMNO SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH PADA ORANG MELAYU...













==============================================
SEORANG PERWAKILAN HARI INI,Menyeru Umno supaya
berhenti daripada meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada
parti itu.

"Sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu
memberi sumpah setia pada Umno.Malah sudah tiba masa nyauntuk
Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan
kepada orang Melayu," kata wakil Umno Johor,Datuk Ayub Rahmat.

Ayub menegaskan demikian ketika berucap di Perhimpunan Agong
Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  hari ini.

Sebaliknya, Ayub yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
(adun) Kamelah menegaskan bahawa parti itu lah yang sepatut nya
berterima kasih kepada orang Melayu.

Kata Ayub,keutuhan dan keberadaan parti itu terus kekal berkuasa
selama ini adalah kerana jasa dan budi orang Melayu.

Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang ter-
hutang budi dengan Umno.Umno yang berhutang budi dengan orang
Melayu.

"Umno itu wujud kerana orang Melayu,Umno berjaya memimpin
Malaysia kerana orang Melayu," kata Ayub.

Oleh itu,Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali
lupa,siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.

Jangan sesekali kita lupa.Umno tidak akan berada pada kedudukan
kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.

Telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan
orang Melayu selama ini,Umno tidak boleh berjaya tanpa      orang
Melayu.Tidak,dan tidak sama sekali," tegas Ayub.

SIAPA YANG MUDAH LUPA...TUN M.KAA...KJ...!!!!















Sambungan EPISOD Melayu Mudah Lupa,
Sudahkah KJ Melihat Cermin Pagi Ini,Sebelum Pergi Ke PAU 
2016?.
--------------------------------------------------------------------
Siapa pengkhianat? KJ dan Pemuda Umno Bukan Tun M.

1.Bila seorang Pemuda Cina bernama Jho Law sapu duit rakyat
berpuluh Bellion...mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini  gah
dabit dada jadi pemuda Hero Malayu?

2.Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang
perangai jijik Jho Low.Mereka pemuda Cina,tetapi mereka minta
polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low  ini,
dimana Pemuda Umno ?

3.KJ. Pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan
1MDB di Mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford,tak faham Jho
Low bukan saja hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low
ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4.KJ tak faham mengapa Singapura sanggup tutup Bank mereka
gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk kepada dunia,mereka
ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang.
Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5.Malaysia kita tidak kesah,hilang Bellion ringgit.Kita tidak kesah
dunia hilang keyakinan pada kita.

6.Bila seorang negarawan berumor lebih 90 tahun kisah dan desak
tindakan di ambil untuk selamatkan negara,anak-anak muda dalam
Pemuda Umno ini di panggil dia pengkhianat?.

7.Kamu biarkan seorang pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit
rakyat kita,ranap dan siat meruah negara kita.Kamu jilat lagi pemim-
pin yang lindungi pemuda Cina ini,kerana anak menantunya rakan
kongsi,rakan berpoya,hanya kerana habuan duit untuk kamu,habuan
jawatan untuk kamu,kamu rela bangsa ini di tipu hidup-hidup,kalau
bukan pengkhianat,apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda Umno?

Petikan di atas adalah tulisan Ezan Mohd Nor yang di ambil daripada
laman Facebooknya.
Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke-
Perhimpunan Agong Umno?(SH 01/12/2016) 









s