Thursday, 1 December 2016
UMNO SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH PADA ORANG MELAYU...
==============================================
SEORANG PERWAKILAN HARI INI,Menyeru Umno supaya
berhenti daripada meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada
parti itu.
"Sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu
memberi sumpah setia pada Umno.Malah sudah tiba masa nyauntuk
Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan
kepada orang Melayu," kata wakil Umno Johor,Datuk Ayub Rahmat.
Ayub menegaskan demikian ketika berucap di Perhimpunan Agong
Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sebaliknya, Ayub yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
(adun) Kamelah menegaskan bahawa parti itu lah yang sepatut nya
berterima kasih kepada orang Melayu.
Kata Ayub,keutuhan dan keberadaan parti itu terus kekal berkuasa
selama ini adalah kerana jasa dan budi orang Melayu.
Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang ter-
hutang budi dengan Umno.Umno yang berhutang budi dengan orang
Melayu.
"Umno itu wujud kerana orang Melayu,Umno berjaya memimpin
Malaysia kerana orang Melayu," kata Ayub.
Oleh itu,Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali
lupa,siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.
Jangan sesekali kita lupa.Umno tidak akan berada pada kedudukan
kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.
Telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan
orang Melayu selama ini,Umno tidak boleh berjaya tanpa orang
Melayu.Tidak,dan tidak sama sekali," tegas Ayub.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:32
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment