Saturday, 11 February 2017
MB:NAJIB MELOMPAT CUREGAI MENTERI KABINET SENDIRI.
Nazli Ibrahim
============================================
Subang:12FEB.Reaksi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib
Razak yang melatah selepas Datuk Seri Menteri Besar,Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali menanyakan sama ada benar kah
Menteri Kanan bakal meletak kan jawatan membuktikan wujud
nya perasaan curiga di kalangan menteri kabinet.
Mohamed Azmin berkata,beliau tidak akan mendedahkan nama
menteri kanan terbabit tetapi sebaliknya terpulang kepada
menteri itu sendiri.
"Sekarang ini kalau tanya soalan pun tak boleh.Saya tanya satu
soalan semalam,menggemparkan seloroh negara,saya tanya
benarkah seorang menteri akan meletakkan jawatan,Perdana
Menteri melompat terus.
"Baru saya tanya soalan.Ini sudah cukup membuktikan mereka
dalam keadaan cukup panik dan kelam kabut.Baru tanya soa-
lan dah melompat "riuh"katanya pada program Dr.Syed Husin
Ali:Pembinaq Fikrah Perjuangan dan Pelucuran Buku terbaru
di Hotel Empire,Subang Jaya di sini petang semalam.
Jelasnya,Najib sepatutnya tidak perlu melatah dan sentiasa
yakin terhadap kesetiaan barisan menteri kabinetnya.
Sebelum ini melalui laman sosial twiter Mohamed Azmin
melontarkan pertanyaan mengenai kemungkinan ada anggota
kabinet Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana
tidak mahu bersubahat dengan 1MDB.
Soalan Mohamed Azmin itu mendapat reaksi segera Najib
dan beberapa menteri.
=EZY=
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment