BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 17 March 2017

PRU 14,BAKAL MENGHUKUM PENGKHIANAT TUAN GURU NIK AZIZ.
















---------------------------------------------------------------------------
Pas membayangkan biar pun Datuk Husam Musa sudah hidup
dengan Amanah,namun belum tentu Adun Salor itu boleh men-
capai impian nya bersama parti itu pada PRU-14 akan datang.

Sehubungan itu Ketua Penerangan  Pas Kelantan  Datuk Mohd
Nassuruddin berkata,sejak kebelakangan ini pun,terlalu banyak
perkara yang mengelirukan dan mengarut di bangkitkan terma-
suk isi Baiah dan tuduhan dana RM.90 Juta oleh UMNOuntuk
Pas.

"Orang yang langgar sumpah setia (Baiah) kita tidak boleh
ikut..Bila orang muda sokong kita,Insya Allah dalam Pilihan
raya nanti bukan umno sahaja kalah,tetapi Amanh  akan
hilang 'deposit',"katanya pada ceramah Baiah:Siapa khainat
Tok Guru disini malam kelmarin.

Ceramah yang di adakan di Tapak Pasar Lama Kok Lana itu
turut di sertai Ketua Penerangan Pas Terengganu,Mohd Nor
Hamzah,Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari
dan Yang Dipertua Pas Ketereh,Wan Ismail Jusuh.

Mohd Nasuruddin yang juga AJK Pas Pusat turut meminta

Husam mengumpulkan bukti sebagaimana di dakwanya,
Pas telah menerima dana RM.90 Juta daripada umno.

"Tunjuk bukti kalau kata Pas makan duit,duit itu berada
dengan siapa,siapa yang ambil,macam mana dia tahu,kena
beritahu,kalau tiada bukti jangan tuduh, kita pun buka
supit (bekas) kutip duit di Ceramah,"soalnya.

Mohd Nasuruddin juga menyifatkan sikap bekas exco
kerajaan negeri itu juga semakin pelik kerana kerap mem-
pergunakan nama Aruah Datuk Nik Azia Nikmat dalam
ceramahnya sebagai senjata mengkeritik Pas.

Padanya tindakan tersebut,sebenarnya tidak sesekali me-
lemahkan semangat perjuangan Pas,namun sebaliknya telah
membuka mata rakyat untuk menilai individu yang selama
ini menganggap dirinya sebagai anak didik setia Allahyarham
mantan Menteri Besar Kelantan itu.

Jika begitu Mohd Nasuruddin menganggap individu tersebut
perlu rasa malu dengan semangat Nik Aziz yang terus istiqamah
dengan Pas,biar pun wujud pelbagai cabaran termasuk tertubuh
nya parti baru selama ini.

"Tok Guru tidak pernah mengkhiqanati perjuangan islam,Tok
Guru meninggal dunia semasa hayatnya ahli Pas.Ini belum
mati dah ke parti lain,"katanya sinis - sinar-

0 comments: