Friday, 7 April 2017
KERAJAAN TAK BENTANG RUU 355 BUKTI KONSENSUS BN UTUH.
============================================
Kerajaan tidak bentang RUU 355,bukti konsensus BN utuh,
kata Persiden MCA.
Tindakan Kerajaan Pusat tidak membentangkan Pindaan Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 atau Akta 355 menunjukan konsensus yang utuh dalam
Barisan Nasional.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia sekaligus
menepis dakwaan pihak tertentu yg menyatakan parti Komponan
BN adalah lemah dan tidak berkuasa dlm menyuarakan pendapat
nya.
"Langkah yang di buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun
Razak) itu membuktikan suara komponan BN masih di dengari
dan di ambil berat,"katanya semasa berucap pada majlis makan
malam bersama anggota MCA Bahagian Klang di sini malam
tadi.
Pada 29 mach lepas Najib mengumumkan,Kerajaan Pusat tidak
akan membentang RUU berkenaan di Parlemen dan ia kekal seba-
gai RUU persendirian susulan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN
yang secara konsensus membuat keputusan itu.
RUU 355 pertama kali di bentangkan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memper-
kasakan Mahkamah Syariah.
Terdahulu Liow,merasmikan pembukaan Bilik Gerakan Jentera
Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) MCA Bahagian Klang di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas perasmian itu,Liow memberi
jaminan pembangunan lebih pesat bakal di laksanakan di Klang se-
kiranya rakyat mengembalikan mandat kepada BN pada mewakili
kawasan ini,dan kita akan bangunkan pelbagai sektor ekonomi
kerana Klang mempunyai potensi tinggi untuk terus di majukan.
"Saya beri amanat kepada MCA Klang supaya menyusun gerak kerja
menyatupadukan rakyat di sini,kerana komoniti Cina tidak sepatut
nya di letak kan "luar"Kerajaan Pusat yang mana kita tidak akan
mendapat faedah daripadanya,"katanya.
Kerusi Parlemen Klang dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) ia itu Pandamaran,Kota Alam Shah serta Pelabohan Klang
di menangi Pakatan Pembangkang selama dua penggal sejak 2008.
sumber: Bernama.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 03:15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment