BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 3 October 2017

MAT TAIB DAH MULA TUGAS BARU...















--------------------------------------------------------------------------------

Tugas baru TS Muhamad Mohd Taib hari ini mengkeritik MB
Selangor Datuk Seri Azmin Ali sambil mendakwa pemimpin PKR
itu gagal membela nasib orang Melayu.

Muhamad atau Mat Taib yang menyertai semula Umno 2 minggu
lepas,berkata nasib orang Melayu secara khusus nya tidak di beri
perhatian penuh oleh Azmin.

"Bagaimana beliau boleh di gambarkan sebagai hebat negeri? adakah
dengan hanya memberikan Bas percuma," katanya kepada wartawan
merujuk perkhidmatan bas "Selangorku" di taja kerajaan negeri.

"Apa yang Azmin kecepi hari ini adalah atas apa pemimpin Umno
Selangor lakukan.Jika bina rumah,Azmin boleh di ibaratkan,membina
cermin saja," katanya di sidang media di rumahnya.

Mat Taib berkata,sejak pemerentahan nya lagi,Selangor sudah me-
nyumbang sepe3rtiga keluaran dalam negara kasar (KDNK)."Selangor
Pulau Pinang dan Johor memang merupakan negeri yg sememangnya
menyumbangkan kepada KDNK Negara,tetapi jangan gunakan per-
kara ini sebagai kredit untuk diri sendiri,"katanya.

Mat Taib juga menolak dakwaan beberapa pihak yang berkata,sidang
medianya pada 17 Sep lalu,asalnya mahu turut mengumumkan penyer-
taan beberapa adun-adun PKR dan PAS kedalam Umno,"Yang saya
tahu,hanya saya yang hendak masuk balik kedalam Umno,saya tidak
ada masuk hendak bawa sesiapa," katanya mengenai sidang media
yang turut di hadiri Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu mengulas mengenai PPBM,Mat Taib menyatakan ia
parti yang mempunyai nafsu kuat tetapi tenaganya lemah.

"PPBM boleh kata partinya adalah parti yang berasaskan bangsa
Melayu,tetapi hakikatnya kekuatan parti itu masik di peringkat
pucuk daun,belum sampai keperingkat akar umbi.

"Kalau hendak dominan dan menang,mesti punya jentera yang kuat
seloroh negara seperti apa yang ada kepada Umno dan Pas.Cuba tanya
PPBM,ada tak jentera di kawasan Felda? yang ada hanya dikawasan
bandar seperti Shah Alam,hanya gendang saja yang kuat," katanya.
fmt.

0 comments: