BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 30 January 2018

RAKYAT KELANTAN RASA TERHINA DENGAN UCAPAN NAJIB:DR.AZMAN IBRAHIM...

"Negeri defisit macam
Kelantan ini pun,kalau
tidak ada sunitkan dripada
Kerajaan Pusat nak bayar
gaji pun tidak mampu,tak
boleh nak bayar gaji."

Begitulah bunyi ucapan
Pedana Menteri di hadapan
penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika DS
Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin.

Nada ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan
kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.Mungkin Perdana Menteri
terlupa,Malaysia  yang negara Malaysia di kurusi Perdana Men-
teri termasuklah di dalam nya sebuah negeri,negeri bernama
Kelantan.

Berapa banyak yang kerajaan pusat kaut hasil dari bumi Kelantan
termasuk Gas asli.Saya tahu,sebab saya pernah pergi kuliah di
Plantar Muda,sebuah pelantar carigali Gas yang terletak dalam
Perairan Kelantan dengan jarak 170 km dari pantai Kelantan.
Royalti kepada Kelantan,kerajaan pusat tak bayar walau se senpun!

Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di
lapangan terbang Kota Bahru,saya yakin,cukai lapangan terbang
yang di kutip adalah yang paling tinggi berbanding semua lapangan
terbang domestik seloroh negara.

Di Kelantan,kerita penuh jalanraya.Setakat ini,kerajaan Kelantan
tak ada kuasa kutip  cukai jalan dan bayaran lesen,yang kutip
rasanya kerajaan pusat.

Orang Kelntan suka berniaga.Saya takada data berapa banyak GST
yang di kutip dari Kelantan.Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST
yang di kutip di Terengganu.

Belum lagi di kira Cukai Pendapatan yang di bayar oleh rakyat
Kelantan sama ada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar
Kelantan.Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan di Putrajaya dan Kuala
Lumpur adalah orang Kelantan.

Lihatlah di Kelantan tersergam AEON,TESCO,MYDIN,KB MALL,
THE STORE.Pantai Timor serta deretan Hotel Berbintang.Semuanya
bayar cukai kepada kerajaan pusat.

Hasil Gas,cukai lapangan terbang,cukai pendapatan,cukai jalan,ba-
yaran lesen serta banyak lagi kerajaan pusat kaut dari Kelantan.Buruk
Siku Najib mari ungkit balik bila kerajaan pusat ada lagi dana kepada
negeri.

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib,sambil ketawa kecil
ini.Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan.Rakyat Kelan-
tan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar.UMNO
Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14,hasil dari ucapan NAJIB.
........Tunggulah...

0 comments: