Saturday, 27 October 2018
BELANJAWAN 2019
Tak berapa hari dah !!!,3 atau 4 hari lagi BELANJAWAN 2019
akan di bentangkan di PARLEMEN oleh Kerajaan Malaysia
Baru Pakatan Harapan.
Kita semua tahu,inilah belanjawan pertama yang akan di bentang
sejak memgambil alih kuasa umno/bn pada PRU-14,9mei,2018
lalu. dan kini baru berusia tak sampai setengah tahun.
Walaupun banyak rungutan daripada rakyat pelbagai,terutama nya
rakyat marhain di kampung-kampung,bandar,pinggir bandar,kerana
setakat hari nie Harapan tidak dapat menunaikan janji manifisto
mereka,seperti nak menurunkan harga barang keperluan rakyat dll
rakyat masih boleh memaafkan,kerana kerajaan menghadapi masa-
alah kerana banyak kerosakan teruk di tinggalkan oleh kerajaan
terdahulu.
Tetapi kesabaran rakyat ada hadnya,jangan biarkan rakyat terbeban
macam sebelum nie,nanti rakyat bangkit sekali lagi mengubah kera-
jaan baru pula dlm PRU 15 nanti.
Pakatan Harapan jangan sombong,perubahan kerajaan nie di buat
oleh rakyat pasti bertolak dari harapan tinggi rakyat supaya kera
jaan perihatin kesusahan rakyat,meringankan bebenan rakyat.
Leenie harga barang tak turun turun,walau pun GST di hapuskan,
harga getah beku,sawit menjunam,pada hal nie lee pendapatan org
kampung untuk sara hidup keluarga,perkara ini perlu perihatin
oleh kerajaan yang di uwar-uwarkan kerajaan rakyat.
Reformasi yang di ledakkan rakyat untuk menumbangkan U/BN
bukan saja ahli parti,tetapi oleh rakyat non partisan.Oleh itu Paka-
tan Harapan jangan sombong,menengani lah hati rakyat,dan wajib
berterima kasih pada rakyat memilih kami bentuk kerajaan.
Apa-apa yang boleh membantu rakyat yg di buat kerajaan terda-
hulu wajib di teruskan atau di tambahbaik,seperti Bantuan Rakyat
Satu Malaisia [BRIM] Leenie dijenama Bantuan Sara Hidup,ban
tuan pada penoreh getah[Bantuan Musim Hujan] Nov-Jan,bantuan
Nelayan,bantuan,pesawah selepas musim menanam,Bantuan pada
bekas-bekas tentera yang tak berpencen dll bantuan yang difikir
kan membantu rakyat,selain itu rakyat berharap tetapkan harga
siling terutamanya harga getah dll.
Rakyat terbanyak berharap semua benda-benda nie di masuk kan
dalam belanjawan 2019,ini bukan DEDAK ,dedak makanan bina-
tang,rakyat bukan binatang,ini agehan kekayaan negara pada rakyat
yang sangat memerlukan nya.
Tak guan pun negara maju dengan bangunaan Pencakar Langit,rak-
yat hidup merimpat menjadi peminta sedekah di negara sendiri.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment