BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 8 August 2019

Nangis lee Pekebun Kecil Getah/Sawi Di Malaysia Baru Nie!!!










------------------------------------------------------
Aku cukup terkejut apabila mendengar pengumuman
dari Menteri Indastri Utama mengatakan untuk meng-
hentikan  skim bantuan tanam semula pekebun-pekebun
Getah/Sawit di negara ini.

Mengenangkan di saat komoditi getah berada dalam
tenat harganya.tampil pula menteri PH yang bodoh
sombong menunjukan menteri-menteri PH mengurus
kan hal pekebun-pekebun kecil,Sepatut nya
mereka hendaklah berusaha mencari jalan bagaimana
hendak meningkatkan harga komoditi tersebut bagi
membantu  penoreh bagi merengankan sara hidup me-
reka.

Setahu aku lee,bantuan tanam semula nie telah bagitu
lama di jalankan,bantuan ini berdasarkan sumber cukai
[Eksport] getah para pekebun.

Sejak tahun lima pulahan,bagi membiayaai dan melak-
sanakan tanam semula kebun getah pekebun kecil Ke-
rajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang per-
usahaan getah [menanam semula] yang memperuntu-
kan kutipan cukai SES RM.0.14 sen setiap kg getah
yg di eksport.

Dari cukai SES ini 10 sen di kumpulkan untuk di pu-
langkan bantuan tanam semula,sementara 4 sen lagi di-
peruntukan untuk penyelidikan. Bagi sektor ladang yg
berkeluasan melebihi 100 ekar ada peruntukan dibawah
Seksyen 10,Ordinan kumpulan wang perusahaan getah
[tanam semula] 1952 setelah di pinda oleh  akta Risda
1972.

Skim yg di namakan Rancangan Perusahan Getah [ta-
nam semula estate 1974] wang SES yg di kutip di kem-
balikan terus kepada pemilik ladang besar melebihi 40
hektar dlm bentuk wang tunai,ini mengikut bukti penge-
luaran mereka setiap suku tahun,ini dapat mereka urus
kan ladang-ladang mereka kelak

Gitu lee apa yang aku tahu,bila diberi penerangan 0leh
Pegawai-pegawai Lembaga Kemajuan Getah Malaysia
LGM dan Pegawai-pegawai RISDA semasa kami di
panggil kursus dedulu.

Alasan Mak Menteri nie,nak mewuujudkan keadilan ke-
pada pekebun kecil yg menyertai skim di bawah Felda
dan Felcra,alasan ini terlalu dengkal.

Ini lee akibatnya menyerahkan satu-satu tugas kepada
bukan ahlinya.Pengumuman menteri nie satu mala petaka
besar bagi lebih kurang 360,000 pekebun kecik getah se-
loroh negara,kebanyakan melibatkan orang orang Melayu.

Ingat lee !!! Ph.nie bukan parti boleh diharapkan tolong
orang melayu,pekebun kecil kebanyakan org melayu,
walau pun aku anak kampung aje,tapi aku tahulee sikit
sebanyak mengenai perkara nie,kerrana aku selalu ber-
tanya pada pegawai-pegawai berkenaan.haha, lagi mau
cayakee!!!



































































































































  
Add caption














































 
 





0 comments: