BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 25 August 2014

Masih ada harapankah Pakaatan Rakyat ke-Puterajaya !!!

Inilah ungkapan pertanyaan yang hangat di perbualkan oleh rakyat bawahan akar umbi di warong-warong,kedai kedai kopi,sama ada pendukung-pendukung PR dan pengundi pengundi atas pagar. Ekoran krisis politik,perebutan kuasa MB Selangor yang begitu meruncing,hingga kehari ini belum selesai,walau pun PAS bersetuju calon MB dengan dua nama daripada Keadilan,tapi ia masih tergantung,kerana TS Khalid tak mudah memberi laluan kepada penggantinya,hanya tunggu budi bicara Sultan Selangor,apa saja boleh terjadi, bubar DUN atau sebaliknya. Inilah yang menghantui pendukung-pendukung PR di peringkat akar umbi,Pergolakan dalam Keadilan dengan langkah Kajang,tempiasnya juga terpercik pada PAS dan DAP hingga jadi serang menyerang,tembak menembak sesama sendiri dah banyak dah cedera parah dan dah teperangkap dalam jerangkap samar yang di pasang musuh. Pada aku dan kawan kawan yang masih ada kepercayaan lagi pada PR kami yakin PR masih ada harapan ke Putrajaya dlm PRU 14 nanti,tetapi dengan syarat elakan sebarang kesilapan lalu,muafakat ketiga-tiga parti gabungan,sebelum sesuatu keputusan di buat,jangan ada buli membuli sama sama rakan,kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Hadapkan muncung senjata anda kepada musuh utama kita, bukan kepada kawan anda. Jangan abaikan amanah rakyat yang memilih kita, Kepada PAS/DAP cuba berusaha mengambil jalan tengah,menjadi kan parti arus perdana (Mainstream) hanya politik jln tengah(Middle ground)boleh melangkaui batas-batas yang di tentukan oleh musuh kita.Dan hanya VISI menjadi parti Arus Perdana kita dapat skongan semua memerentah negara Oleh itu mulai hari ini PR terutama di Selangor,jangan berlengah turun padang menyantuni rakyat supaya mengembalikan kepercayaan rakyat supaya terus sokong kita,bagitu juga semua pemimpin PR seloroh negara hendaklah bekerja keras untuk memenangi hati rakyat dan dengan sendiri nya dapat mengubat luka luka parah hasil tembakmenembak sama sendiri,PR kena berusaha,kerana kita tak banyak masa lagi hanya lebih kurang 3 setengah tahun aje PRU 14. Kalau PAS menang di kawasan campuran kaum dengan sokongan bukan melayu dan DAP menang di kawasan campuran dengan sokongan melayu,kami percaya gelombang tersebut juga membawa kemenangan sama pada Keadilan. Insyaallah,kami rasa Pakatan Rakyat boleh ke Puterajaya.Lagi pun Ameno bukanlah kuat,kalau mereka menangpun bukanlah mereka kuat,mereka menang sebab PR dok bercakaran sama sendiri.Ameno nie dah tua,banyak penyakit,bukan saja,panau,kurap bahkan penyakit kronek,mereka memegang tampuk pemerentahan pun kerana mereka menguasi Media Massa,seperti Utusan Malaysia,TV 3,dan pelbagai agensi propoganda,Biro Tata Negara,Jasa,Kemas dan Ngo-Ngo ternakan mereka untuk memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman.Semua perbincangan politik dibicara kan dengan kacamatan 3R.(RACE,RELIGION,ROYALTI) iaitu,perkauman, Agama,dan Institusi Raja. *** Ini pendapat kami dari anak kampung.

0 comments: