BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 9 August 2014

Pakatan masih harapan rakyat.oleh:DR.DZULKIFLI AHMAD

. APAPUN punca rentetan"keberentakan dalaman"sehingga Pakatan Rakyat sedang mengelami Fenomena "self dec truct mode" yang berpotensi membawa kepada berakhiir nya koalisi muafakat politik" ini. Pimpinan tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakan perpecahan ini. Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir disini, kerana umum mengtahui bahawa inilah saja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa umno-BN akan datang. Tiada mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.Jesteru,berpada-pada lah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menem bak sesama sendiri kerana kita sedang di tertawakan oleh seteru politik kita. Mereka bertepuk sorak serta mempergiat mengadu dumba kan bagi meretakan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.Wajah-wajah saudara didada akhbar mereka dimuka depan !Aneh,mengapa mereka memberi ruang kepada saudara..ya...segera sedar dan insaflah... ruang di beri kerana anda menembak sesama sendiri...... amat malang !. Rakyat mengharapkan saudara,sementara saudara asik bercakaran dan di anggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemasalahatan rakyat dan kepentingan negara! Itulah persepsi rakyat kini,mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh ya...semua kita merasa kan punya hujah yang kukuh tetapi itu persepsi rakyat. Ayuh saudara-saudaraku,bangun daripada keasykan dimamah perangkap kitaran ganas yang memusnahkan ini,dengan setiap orang kita berteriak "Cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini".(Enuf is enuf of destroying Pakatan Rakyat). Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang atau mengeluarkan Communique untuk hentikan kemusnahan ini (Arrest the self Destruction) tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang sangat ganas ini. 10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesapaduan muafakat politik yang kita bina selama ini. Dikata kan hanya divine intervention mampu menyelamat kan Pakatan Rakyat,namun saudara juga tahu..."Allah tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu mengubahnya" (Mafhum Al-Ayah). Maka wajar bagi Pemimpin Tertinggi sendiri pertama-tamanya sebahagian daripada bantuan Allah yang bertindak menjadi anasir penyelamat dalam kemelut ujian getir ini.Kalau benar- benar saudara masih ingat,tuntutan kepimpinan adalah pertamanya menyatukan hati hati pejuang (Taalluf Al-Quluub). dan bukan sebaliknya,mengizinkan keutuhan kesapaduan oraganisasi dirobek begini rupa. Jika tidak,sejarah akan menghukum saudara dengan pimpinan yang mengizinkan Pakatan Rakyat berpecah dan juga sekaligus ditanggapi,pimpinan yang mencetuskan kemelut dan krisis kali ini!Sekali lagi ini adalah persepsi rakyat,mungkin boleh saja kita nafikan. Semoga-moga rintihan dan syakawa (pengaduan) yang dititip kan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua pimpinan Pakatan Rakyat disemua peringkat diseluruh negara. Ya Allah,ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur pimpinan tertinggi muafakat politik ini,yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi"yang punya kemuliaan nya disisiMu. Bagi menegakkan keadilan dan membenteras segala kezaliman, hanya Allah tempat memohon aduan atau bantuan. ***Penilis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas; Artikel di petik daripada The Malaysian Insider.

0 comments: