HUKUM HUDUD ITU MESTI DILAKSANAKAN-Harussani.
Ipoh:Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hukum hudud kerana ia
hukum Allah,kata Mufti Perak Tan Sri Dr.Harussani Zakaria,bagaimana
pun,beliau berkata umat islam boleh memberi keritikan untuk memper-
baiki perlaksanaan hukum itu.
"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan,apakah caranya atau ia tidak
sempurna",itu saya tidak tahu,tetapi kalau di sebut Hukum Hudud,
barang siapa yang menentang hukum Allah itu,dia akan menerima
bencana daripada Allah swt.
"Saya yakin apa yang di bentangkan adalah mengenai Hukum Hudud,
tetapi cara perlaksanaan nya itu saya tidak tengok,mungkin yang di
keritik itu adalah caranya....Hukum Hudud itu mesti di laksana kan,
ia adalah WAJIB" katanya,selepas melancarkan Projek Pembinaan
Komplek Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak
yang mempertikai perlaksanaan Hukum Hudud di negeri ini.
Harussani berkata,umat Islam seharusnya bersatu dan menerima
hukum tersebut dan bukan berpecah belah.
"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut,tetapi
masih tak di persetujui puak lain,jadi mereka cuba pertahan kan".
"Konsip Islam,umumnya,tidak boleh mempertikai hukum hudud,
sekiranya ia di pertikaikan hukum hudud bermakna dia memper-
tikaikan hukum Allah" katanya.Mengulas teguran beliau baru-baru
ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak
ketika menyampaikan ceramah,Harussani berkata,tindakan itu
bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang,sebaliknya
untuk menyelesaikan masaalah.
Katanya,menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran
atau peringatan,dan terpulang pada mereka sama ada mahu mene-
rima atau sebaliknya.
-Bernama-
RESPON anak kampung:
Terima kasih Tan Seri,memberi pencerahan tentang hukum hudud
nie,setakat nie udah tiga Mufti telah menyokong hudud nie,Mufti
Perlis Dato Dr.Asri,Dato Syeikh Baderuddin Kedah,lenie Tan
Sri Dr.Harussani Zakaria Mufti Perak,mereka mereka nie bukan
calang-calang org,mereka parkar Agama,lagi tak caya ke?,terima
kasih sekali lagi kerana memberi pencerahan hukum hudud nie,
pada kami di kampung-kampung termasuk lee lebai-lebai song-
kok tinggi yg dok berbalah tegang urat lehir,berbantah kering,
masing-masing nak menang,pada hak ilmu agama seketoq pun
tak ada.Aku harap banyak lagi Tok-Tok Mufti dan agamawan
memberi penerangan menyokong tentang nie.
Kelemahan perlaksanaan boleh di perkemaskan,ini tugas ber-
sama Agamawan,Janji Hukum ini terlaksana.
Tuesday, 31 March 2015
Lagi Mufti Sokong Hudud
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment