BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 25 March 2015

Pemimpin Tertinggi DAP-PKR Tersentap:PKR Cabang Rasah Umum Sokong Hudud.

Shah Alam: PKR Cabang Rasah hari ini sebulat suara menyatakansokongan terhadap Enekman Kanun Jenayah Syariah 11 1993(Pindaan)
2015 yang di luluskan pada sidang Dewan (DUN)  Kelantan Khamis
lalu.

Naib Ketuanya,Norizam Yassin berkata,walaupun sedar keputusan
menyokong enekman Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membe
lakangkan parti,namun ia di buat kerana Agama Islam.Sebagai  umat
Islam tanpa mengira ras keturunan perlu bangkit  untuk sama-sama
mempertahankan  kesucian Islam  daripada di asak bertubi-tubi oleh
beberapa pihak  yang melihat Islam  ini  Agenda Politik.

Kami menyokong penuh apa yang di lakukan  dalam Dun Kelantan
bukan sekadar  alasan Agenda Politik sempit semata-mata,tetapi
ianya  berlandaskan  kesedaran bahawa Agama Islam  jauh merentasi
sempadan  politik kepartian,katanya  dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu PKR pada Sabtu mengumumkan bahawa parti itu  tidak
akan menyokong  Rang Undang-undang (RUU)  mengenai HUDUD
sekiranya  PAS meneruskan hasratnya membentangkan nya di Dewan
Rakyat. Keputusan ini di buat sebagai tindak balas berhubung
penghantaran Notis oleh Ahli Parlemen Marang yang juga Presedin
PAS  Dato Sri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat
pada  18-Mach 2015 lalu bagi membentang pindaan Enekman Kanun
Jenayah Syariah 11 di Parlemen.

RUU ini bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah 1965) yang akan memberi kuasa  kepada pindaan
Kanun Jenayah Syariah 11 1993, ia itu berkaitan  perlaksanaan hukum
Hudud di Kelantan.

. Dalam pada itu,Norizam juga mendesak pemimpin bukan
Islam khususnya DAP  menghentikan  sebarang spekulasi  dan
kenyataan terbuka menyerang undang-undang Islam  itu.

Apabila mereka mula bersuara untuk mengajar kita,bagaimana cara
untuk menegakkan Syiar Islam  dalam negara yang jelas di pagari
oleh  Perlembagaan Persekutuan. Maka ke Biadapan ini wajib di
hentikan,katanya  ...sumber:Harian.

0 comments: