Saturday, 28 January 2017
PROJEK OBOR dan KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA
=========================================
1) Mengikut laporan The Edge beberapa hari lepas
tentang perjanjian yg baru termenterai dalam Projek
Melacca Gateway yg menelan belanja sebanyak 30 billion
melibatkan kerajaan China di bawah Projek One Belt One
Road,sangat mengusarkan hati.
2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai
dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit
jumlah hektar tanah yg telah di beli.Melaka Gateway ini
saja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar)
di Selat Melaka.Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku
di Johor.
3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014 Syarikat Hartanah
terbesar China seperti Country Garden,R&F Properties dan
Greenland Group membeli aset-aset tanah yang stratejik,
jika kita lihat perancangan yg bakal meraka bangunkan se-
perti Forest City,3,400 ekar menghubungkan Nusajaya di-
Johor dan Tuas di Singapura,Greenland Group pula ingin
membangunkan bandar sebesar 3,000 ekar di Pasir Gudang
4) Projek-Projek ini juga mengambil model Hong Kong
dan juga Shenzen untuk di bangunkan,hal ini menimbulkan
keraguan dan tanda tanya.Adakah sekadar satu "perniagaan"
sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah
kita? tanpa ada sebarang niat lain?.
5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah,ia itu Hikayat
Hang Tuah,pada bab 28,ia itu bab terakhir hikayat ini di-
kesahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis
dengan penuh tipu helah datang ke Melaka.Mereka orang
Pertogis sibuk pada ketik itu membeli tanah di Melaka,
konon nya untuk membina Gedung perniagaan,Sultan
dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yg
jahat,hanya sekadar mahu berniaga.Tetapi sebaliknya
berlaku,mereka telah membawa masuk senjata dan meriam
ke Gedung itu.Ketika sudah siap segala persiapan mereka
maka mereka menyerang Melaka.Jatuhlah sudah Melaka
ketangan Protugis di sebabkan oleh kenaifan orang Melayu
dalam memahami percaturan dan strategi musuh.
6) Lebih 500 tahun prestiwa ini berlaku,dan sepanjang
bacaan sejarah,peristiwa ini pasti terus berulang,berulang
dan terus berulang.Tidak kah kita mahu mengambil penga-
jaran ?.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
=
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment