Tuesday, 31 January 2017
TUAN IBRAHIM:HARGA MINYAK
---------------------------------------------------------------------------
Nilai Ringgit terhadap USD naik sedikit di bulan Januari
2017,harga minyak dedunia pula kelihatan setabil USD 55
setong.
Mengapa harga minyak naik sebanyak 20 sen di bulan
februari?.
Sebagai kerajaan,ia perlu memahami,bahawa setiap kepu-
tusan yang di lakukannya akan membawa impak.
Nilai ringgit yang lemah telah menyebabkan kos harga ba-
rangan naik mendadak.Semua yang bekerja mengharap kan
kenaikan gaji dan bonos untuk menampung kos tambahan
ini.
Para Peniaga kecil-kecilan,sederhana mahu pun pengusaha
sendiri yang mengharapkan penambahan pendapatan untuk
menampung kos yang meningkat.
Kini,kos yang meningkat itu bukan sahaja di sebabkan nilai
ringgit rendah,malah di sebabkan harga petrol domestik yg
tinggi yg bakal meningkatkan kos pengangkutan.Tidak hairan
kalau kumpulan peniaga ini terpaksa mengambil keputusan
untuk menaik kan harga jualan mereka.
Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan (ini
bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat).
Siapa pula yg sanggup turunkan harga hanya kerana harga
minyak menurun?.
Ramai yang berkata harga barangan perlu menurun sejajar
dengan trend kejatuhan harga minyak.Tapi rialitinya ini
tidak akan berlaku.Siapa yang sudi pendapatan nya di potong?
Lihatlah pada tambang bas,bas sekolah,pengusaha pengang-
kutan sewasta mahu pun pengangkutan awam,penjual ma-
kanan dan barangan - Ada siapa yg berdiri keluar untuk me-
nyatakan mereka akan menurunkan harga servis dan prodok
mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?.
Impak daripada keputusan kerajaan menaik kan harga
minyak hari ini sebanyak 20 sen hari ini tidak dapat di
kurangkan dengan penurunan harga minyak di bulan-bulan
akan datang.
Apabila harga barangan dan servis dah naik,ia agak mus-
tahil untuk di turun semula walau apa sebab pun,kerana
ia berkait dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.
Oleh itu sejak awal-awal lagi ramai orang yang menyuruh
kerajaan tidak menaikkan harga minyak sewinang-winang
nya,kerana ia membuka peluang kepada kenaikan harga
barangan dan servis keseluruhan nya yang tidak dapat di-
nyahkan apabila harga minyak kembali turun.
Tahun 2017 yang mencabar ini kini menjadi lebih menca-
bar bagi rakyat kerana kerajaan yang tidak prihatin kepada
kesusahan rakyat hari ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1Februari.2017.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment