Wednesday, 11 April 2018
"Adilkah bertarung jika ikat mata,tambat tangan lawan?."
==============================================
Beberapa minggu lagi sebelum berlangsung nya PRU 14,Mufti
Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memuat naik gambar
dengan tulisan 'unfair competition' [Pertandingan yang tidak adil]
di Istagramnya.
Tanpa menyebut sebarang nama,beliau mengiringi gambar itu
dengan kesah satu pehak yang "menambat tangan" dan "mengikat
mata" pihak yang lain sebelum mengajak brtarung.
"Maka itu tidak adil.Apatah lagi jika anda ingin mengistiharkan
diri mu menang dengan cara yang demikian,maka jelas satu peni-
puan.
"Namun,jika dia masih dapat mengalahkan anda pada hal anda
telah atur suatu persiangan yang tidak adil,maka kau memang ter-
lalu teruk.
"Apakah anda telah di makan sumpah?, tulisnya malam tadi.
Ketika Malaysiakini bertanya sama ada beliau merujuk kepada
PRU ke-14,Mohd Asri menafikan nya.
"Tidak,umum saja,tiada rujukan khusus," katanya rengkas mene-
rusi WhatsApp.
Bagaimana pun kenyataan itu pasti mengundang tafsiran daripada
ramai orang,termasuk pengikut laman Instagram nya,untuk mengait
kan nya dengan pilihan raya.
Semalam,Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] menetapkan tarikh me-
ngundi pada 9 mei ini yang jatuh pada hari Rabu.
Langkah itu di keritik banyak pihak yang beranggapan ia bertu-
juan menyukarkan pengundi terutama di bandar yang kebanyakan
nya menyokong pembabgkang yang mendaftar mengundi di kam-
pung halaman mereka untuk pulang.
Demokrasi di rompak.
Sentemin sama di tunjukan pengguna Instagram pada ruang komen
posting Mohd Asri.
Seorang pengguna Istagram mendakwa pilihanraya sekian lama men-
jadi pertandingan yang tidak adil.
"Kalau pilihanraya itu adil,pastinya pilihanraya di Malaysia sudah
lama di hapuskan." katanya.
"Seorang pengguna lain pula menyatakan kesukaran yang bakal
di hadapinya untuk memohon cuti dan pulang ke Kelantan untuk
mengundi.Walahal boleh saja buat PRU pada hujung minggu,
Zalim sungguh,"katanya.
Apatah lagi selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri sementara
Datuk Nur Jazlan mohamed berkata,tiada keperluan untuk meng-
istiharkan hari itu sebagai cuti umum memandangkan undang-un-
dang sedia ada memperuntukan majikan memberi masa munasabah
kepada pekerja untuk mengundi.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam
menyifatkan SPR telah merompak hak demokrasi rakyat memilih
kerajaan.
T E R B A I K
Posted by Anak Kampung Sumpit at 03:57
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment