Friday, 20 April 2018
ENAM BELAS AHLI UMNO MAHU ROS BUBARKAN UMNO...
==============================================
Enam Belas anggota cawangan Umno hari ini memfailkan per-
mohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatal
kan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan [ROS] yang mem-
benarkan Umno lanjutkan masa untuk mengadakan pemilihan
parti semua peringkat.
Permohonan itu di failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mereka adalah dari 11 Cawangan di enam negeri dan menamakan
ROS dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh seba-
gai responden.
Mereka juga memohon perentah,mendamus untuk mewajibkan
ROS untuk menggunakan seksyen 13,14,16 dan 66 Akta pertu-
buhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat mesyuarat yang
di hantar kepada ROS.
Selain itu,mereka jua memohoon perentah mendamus untuk me-
maksa ROS mengambil tindakan serta-merta keatas Rauf kerana
di dakwa melanggar perkara 93,9.4,15.3,182 dan 10.16 perlem-
bagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam
tempoh 18 bulan yang di tetapkan.
Disamping itu,mereka juga memohon supaya Umno di bubarkan
sementara sebaik saja ROS menyelesaikan siasatan nya berhubung
dakwaan melanggar perlembagaan parti.
Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk menge-
luarkan notis di bawah seksyen 14 [2] dan 14 [5] di bawah Akta
Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muk-
tamad.
Secara tambahan,pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS
untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permoho-
nan semakan kehakiman selesai.
Pemohon juga mahu pengistiharan bahawa semua bahagian Umno
dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari
segi undang-undang untuk berurusan dan terbatal atau terbubar
berkuatkuasa hari ini 20 April 2018.
Mereka juga mahu perentah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang di panggil dan atau di kenali sebagai Umno
adalah tidak sah dan terbatal atau terbubar mulai hari ini juga.
Ini berkaitan hujjah mereka,bahawa hari terakhir untuk bagagian-
bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk majlis tertinggi adalah semalam [19 April].
Kali terakhir bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan
mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru
seharusnya di adakan pada 31 Ogos.2016,tetapi diberi lanjutan
masa 18 bulan oleh ROS.
16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun,mereka ada lah
Salihudin Ahmad Khalid,Noorhalimi Yahya,Mariam Mohd Ishek,
Mohd Hafami Hanif,Shaharudin Tukiman,Azaid Jani.Normalawati
Hassan,Rodiana Abd Manaf,Mohd Raafeek Rahim,Nurul Hanna
Mohd Sukot,Kamarul Abd Wahid,Mohd Hikamal Md.Hassim,
Muzamzamir Abd Wahab,Norizan Jamaludin,Rohani Ahmad dan
Muhamad Hafizi Hashim.
Semua anggota Umno berkenaan di wakili oleh peguam Mohd
Haniff Khatri Abdulla.
sumber.mk.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:05
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment