Monday, 14 May 2018
AIK !!!-ADA LAGI KATAK LOMPAT ???..
=============================================
Spesis katak-katak nie yang aku tau suka melompat pada musim
ujan aje, mereka mereka nak cari makan,tidak pulak di musim pa-
nas-tapi nak kata apa,mungkin katak-katak nie kehausan kok?...
Di Perak ada dua katak melompat. Elok lah tuu,kerana Mahkota
Raja Katak yang di pegang oleh Tok Hin telah di rampas oleh
orang lain,patutnya lah pertandingan merebut Mahkota Raja Katak
di adakan semula,bagi mencari pemenang baru.
Di Johor ada 3 ekor,di sabah ada 6 ekor,kalu tak silap aku di Perak
pula ada 2 ekor saja,tetapi 2 ekor ini lah runtuhnya harapan parti
u/bn untuk menubuhkan Kerajaan Perak.kerana u/bn hanya ada 27
kursi dan Ph.29 kursi,tak cukup tubuh kerajaan dengan mejoriti
mudah,kerana setiap yang nak tubuh kerajaan di Perak mesti ada
30 kursi [mejoriti mudah] menakala 2/3 memerlukan 39 kursi.
Dengan adanya 2 ekor katak nie melompat ke Ph-maka Ph dapat
tubuh kerajaan Perak dengan sah.
Teringat aku kejadian tahun 2008,Perak di kuasai oleh Pakatan
Rakyat [PKR-DAP-PAS] memerentah Perak, tetapi 2 ekor katak
PKR melompat, seekor katak DAP,di colek oleh Njib/Bn,maka
tetiba mereka nie muncul di TV bersama Najib/Zahid dan pem-
besar umno,mereka menyatakan menyokong Bn,tertungging lee
kerajaan Pakatan Rakyat,hanya dapat mentadbir selama 11 bulan
aje,hari nie berlaku pula ahli umno Bn,lompat.
2 ekor katak nie menyatakan mereka masih dalam BN,mereka
sokong PH tubuh kerajaan kerana rakyat....Amboi,perihatin bebe-
nar mika pada rakyat ya,.
Cantik! cantik,kamu nie derhaka pada parti kamu,yang selama ini
kamu hisap lemak manisnya,kamu kena ingat !kalu parti kamu me-
merentah Pusat lagi aku caya kamu mesti kena simin dalam DRAM.
Kamu tidak ingat,susahnya parti kamu,berusaha kempin memenang
kan kamu,pengundi di kawasan kamu memberi undi undi kemena-
ngan pada kamu.
Aku tak sokong mana-mana Bn atau Ph,tapi aku cukup benci pada
penderhaka pada perjuangan parti,sepatutnya kami mesti bersama
parti sama ada dalam senang atau susah,itu baru dinamakan pejuang.
Contohi lah PAS, Pas boleh perentah Terengganu beberapa tahun
lalu sebelum PRU-14, ketika krisis Datuk Ahmad Said dan DS.Razif
Menteri Besar Terengganu,Tapi Pas tidak mau menang GOL sepakan
Penalti,PAS mau menang dengan sepakan GOL PADANG.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment