BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 9 May 2018

OTAI MASIH BERBISA !!!

TAHNIAH,

Aku ucapkan pada Tun
yang aku anggap  OTAI
yang masih berbisa
walaupun telah berusia
93 tahun,sebagai Pengu-
rusi BERSATU yang me-
mimpin Pakatan menum-
bangkan Umno/Bn dlm
PRU 14-2018.malah bukan
saja banyak negeri Bn tum-
bang,seperti Johor,Perak,Melaka,Negeri Sembilan
Puteraja juga dapat di rampas,aku harap Tun tidak
mengulangi kesilapan lalu,mana-mana negeri dibawah
Bn,jangan di pinggirkan,terutama PAS,kembali hak-
hak mereka seperti ROYALTI PETROLIUM  dan
sebagainya,Jadilah kerajaan yang adil untuk rakyat
Malaysia.

TAHNIAH JUGA  kepada PAS,kerana mengukuh kan
kedudukan nya dengan cermelangan mempertahankan
Kelantandan dapat merampas Terengganu dari Bn,malah
hampir -hampir menawan semula Kedah.

TAKZIAH pada Umno/Bn yang menerima kekalahan
yang mengejutkan mereka,muhasabah lah pada kesila-
pan lalu,kerana kuasa rakyat jadi penentu.

Aku cukup teroja,kerana sebelum mengundi lagi gurau-
an kepada kengkawan,mengatakan,09-05-18 hari undi
Rabu,hari Kamis,kena buat persiapan untuk mengubur
kan mayat,
Mayat Umno bin Beeand,
3 helai kain kapan,kapur baruh,keranda,lubang kubur,
dan pelbagai alat kematian-dan pesan kat kengkawan,
jangan lupa bayar dulu GST baru boleh masuk kubur.
tak sangka pulak gurauan aku jadi kenyataan.

Umno nie,semua orang tau,ia di tubuhkan 11-5-1946
ia di semadikan pada 09-5-2018,eloklah tuu,dia mati
berkubur di tempat lahirnya sendiri.

Nasihat aku,yang menang jangan berlagak sombong
baik Harapan atau Pas,terutama Harapan yang mene-
rajui PUTRAJAYA,[kerajaan pusat] berlaku adil lah
kepada semua,pulihkan silaturahim antara kita demi
perpaduan,bak kata orang tuha-tuha 'Biduk lalu kiam-
bang bertaut'.

Tahniah pada yang menang,Takziah pada yang kalah...




0 comments: