Sunday, 18 November 2018
KERAJAAN PH KELAMKABUT &GAGAL...KU-LI..
GUA MUSANG: Ahli Parlemen Gua Musang Teng-
ku Razaligh Hamzah menyifatkan Kerajaan Pakatan
Harapan [PH] masih kelamkabut dan gagal menunai
kan janji.
Beliau berkata,pemimpin PH belum dapat menye-
suaikan diri sebagai kerajaan yang memerentah dan
ada antara mereka mengambil masa memahami pe-
ranan masing-masing.
Katanya,ada sesetengah dari mereka beranggapan,
mereka masih orang baru dan berlagak sebagai pem-
bangkang,walau pun hakikatnya mereka adalah pe-
merentah dan berjawatan menteri.
"Bagitu juga kita sendiri [umno] pun nak sesuaikan
diri sebagai pembangkang masih janggal",kata nya
kepada pemberita selepas melawat Projek Pembinaan
Masjid Baharu di Bandar Lama di sini hari ini.
Masjid baharu yang berkonsip Masjidilharam di Makkah
menelan belanja RM.23 Juta itu di jangka siapmei tahun
depan.
Tengku Razaligh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat
umno berkata,keadaan itu jelas,apabila Perdana Menteri
Tun Dr Mahathit sendiri mengakui tidak dapat menunai
kan semua janji.
Katanya,banyak perkara yang di cadang termasuk janji
dlm manifesto PH Pilihanraya umum [pru-14 yg menelan
perbelanjaan besar gagal di lunaskan.
"Kalau nak hapuskan tol,Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional [PTPTN] dan turun harga minyak amat
sukar untuk kerajaan PH buat demikian.
Kita sesetengah daripada rakyat menyesal,termasuk pe-
lajar universoiti hingga mereka bertindak berarak ke-
Parlemen membuat bantahan terhadap perkara itu.
"Ada kalangan mereka marah,seolah-olah kena tipu,
kerana mereka berharap gulongan yg berpendapatan
sampai RM.4,000.00 baru kena bayar pinjaman itu,
sekarang ini kerajaan tetapkan gaji minimun RM.1050
pun sudah kena bayar," katanya..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment