BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 24 November 2018

PTPTN:300 SISWA TURUN KE PERJALANAN DESAK KERAJAAN PH TUNAI JANJI...
















-------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR:Lebih 300 mahasiswa hari ini turun
ke jalanan bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan [PH]
menunaikan janji berkaitan pembayaran semula pinjaman
PTPTN.

Berpakaian serba hitam,kumpulan ini memulakan perarak-
kan pada jam 2.00 petang di Masjid Jamek dan melalui
Pusat Membeli Belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman
untuk menuju ke Pejabat PTPTN di Jalan Yap Kuan Seng.

Sambil berarak,kumpulan mahasiswa itu membawa sepan-
duk bertulis 'Mahasiswa Tuntut Janji'-'Tuntut Janji PTPTN'
dan 'Mahasiswa Bangkit',mereka turut melaungkan kata-kata
'Tolak Dr Maszle Malik'.
















Exco politik Gabungan Mahasiswa Islam [GAMIS]
Yazid Khairul Azman berkata,himpunan yang di adakan
hari ini adalah sebagai bantahan terhadap kerajaan dan
menuntut janji yang pernah di ungkap sebelum PRU 14
lalu.

'Kita tuntut janji berkaitan PTPTN...kita tadak mahu
mereka mewarisi sifat yang memungkiri janji.

'Jadi apabila sudah mungkir,maka memilih PH tidak
berbaloi lagi,menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia
membuang PH dari Putrajaya.Ia adalah isyarat kepada
kerajaan.

'Sebilangan mahasiswa yang mengundi PH atas sebab
pembaharuan yang mereka tawarkan,namun mereka
mungkiri',katanya sewaktu berucap dalam himpunan itu.

Sebelum ini Pengerusi PTPTN  Wan Saiful Wan Jan me-
ngemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kega-
galan PH menunaikan janji yang sebelum ini mahu mem-
benarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi
mereka yang mendapat gaji bulanan di bawah RM.4000/.

Wan Saiful berkata,sebagai org yang membuat cadangan
tersebut,maka beliau mengambil tanggungjawab penuh
atas kegagalan kerajaan menunaikan janji itu.

Menteri Kewangan Lim Guang Eng ketika membentang
kan Belanjawan 2019 mengumumkan pinjaman PTPTN
dengan gaji paling kurang RM.1000/ sebulan ada lah ter-
taaluk kepada jadual pembayaran balik hutang progresif
pada kadar 2% hingga 15 % daripada gaji bulanan mereka.

Himpunan yang mendapat kawalan polis dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] itu bagaimana pun
berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang tangkapan
di buat.

0 comments: