BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 2 March 2014

Harga Getah Merudum .Makan Kangkong le Kita !!!

Sungguh malang nasib penduduk kampung kebanyakan org Melayu,dan 90% pekerjaan mereka Penoreh Getah. dengan jatuh merudumnya harga getah beku sehingga RM.2,20-rm.1.90 Sekilogram,maka bertambah lah be ban penoreh2 getah ini yg sebelum ini telah parah menanggung kos hidup yang begitu mendadak dengan kenaikan harga petrol/disil dan dengan sendirinya menjadi rantaian kenaikan barang keperluan hari an lain. Dengan kejatuhan harga getah ini sehingga RM.1.90 apa yang dapat di beli oleh penoreh nie,nak beli secupak beras,sekilo ikan temenong RM.13 kg.sayur belacan RM,3/sekeping,kalau kepasar bawa RM.30 tak cukup,tu baru keperluan dapor,belum masuk anak anak sekolah. Kebanyakan penoreh nie x dak kebun sendiri,hanya mengambil upah menoreh [Pawah] dengan pemilik ke bun yg hanya mempunyai 3 ekar ke 4 ekar saja,hari nie penoreh bukan saja mengahadapi kejatuhan har ga getah,tetapi pada masa nie menghadapi musim luruh [gugur]tambah kurang lagi le pendapatan me meka. Kalau dulu2 bila harga getah jatuh dan mengha dapi musim gugur,penoreh nie beralih cari kerja lain seperti ambil upah memecah ketul tanah di kebun tembakau org cina,mendulang bijih,mencari hasil hutan,Rotan Manau,matang,mencari damar,men cari buah hutan,buah kenuak,jering,petai.jering buah nenering,untuk di jual,le nie x dak dah ker ja tu,cina x tanam tembakau dah,rotan dah pupus, nak korek bijih,sungai pun di timbus pasir,hasil usaha2 balak. Oleh itu bagi menangani masaalah penoreh getah nie,kerajaan yang dikatakan perihatin dan kenal denyut nadi rakyat perlu mengambil inisiatif,ter utama nya menetapkan harga lantai getah sekurang nya RM.4.50 sen sekilogram,baru lah ada sedikit rasa selesa penduduk kampung,atau mencari alta natif lain bagi membela penoreh getah nie. Kepada penoreh getah,aku harap sebelum kerajaan mengambil tindakan bagi mengatasi perkara nie, bersedia le kita menghadapi suasana yg x kita ingini nie,kepada yng dah dapat BRIM tu,belanja le dengan cermat,beli beras banyak2,gula dan lain keperluan.dan bersedia lah kita makan ubi gadong dan goreng kangkong,kerana kangkong masih banyak tumbuh meliar di parit2 longkang hingga belakang rumah aku pun bedebu,datang lee sapa berhajat peri saja,kalau takut pacat,lintah nak gi kutip kangkong beli saja di pasar,kerana harganya masih murah hanya RM.1 aje seikat.