BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 11 March 2016

Subsidi Tepung Gandum 25kg Pula Di Hapuskan.

Ha,ha,ha, Ini lah satu-satunya kerajaan di dunia ini yang
begitu perihatin terhadap rakyat nya,"Rakyat di beban  kan
bukan di dulukan".
Penghapusan subsidi tepung gandum 25kg akan berkuatkuasa
pada 1hb.Mach.2016 lalu.Tindakan pemotongan perbelanjaan
kerajaan dengan mengorbankan kepentingan rakyat ini mem-
buktikan Slogan kerajaan rakyat di dahulukan,ini boleh mem-
bawa maksud, rakyat terlebih dahulu menjadi korban oleh
kerajaan  UMNO/BN dalam sebarang tindakan di ambil atau
di buat.

Harga tepung gandum 25kg,dulu,sebelum di hapus subsidi RM
35 lebih saja,sekarang selepas di hapuskan subsidi meningkat ke-
pada RM.42. Alasan di nyatakan Kementerian Perdagangan dalam
negeri,koperasi dan penggunaan (KPDDNKK) tidak menampak
kan penelitian yang menyeloroh terhadap tindakan yang diambil
dengan potongan (penghapusan) Subsidi tepung gandum.

Walau pun penghapusan subsidi melibatkan tepung gandum 25kg
tidak kepada prodok bersaiz 1kg yang banyak di gunakan oleh isi
rumah,tetapi kesan kenaikan harga barang daripada rantaian ter-
babit yang terlibat kegunaan tepung gandum seperti roti,kueh-kueh
roti canai dan sebagainya mesti berlaku juga.

Seminggu lalu kami kekedai makan,dan memesan Roti Canai dan
teh tarik,selesai makan,kami pun membayar harga makanan dan mi-
numan tersebut,nampaknya harga roti canai seperti biasa,kami ber-
tanya,harga roti canai tak naik ke?,Mamak taukeh kedai tu  jawab,
sekarang dia masih guna stok tepung masih ada,bila stok dah habis
tak tahu lagi la.kawan kami tanya lagi,Pak Menteri kata proses buat
roti hanya 2 sen saja,Mamak tu dengan merah muka menjawab,
Pak Menteri gila,bercakap ikut lubang bawah,cuba dia Pak Menteri
datang buat,baru dia tahu,bangan Pak Menteri nie.

Kami masyarakat meskin luar bandar,kampung terus menjadi
mangsa dan kami membantah atas penghapusan subsidi ini,bagitu
juga Indastri kecil,sederhana yang sudah pasti terkesan dengan peng-
hapusan subsidi ini.

Sepatutnya kerajaan UMNO/BN,Pak-Pak Menteri jangan lah malas
berfikir,tidak ada kah jalan lain untuk menambah wang kerajaan,
seperti memotong perbelanjaan kerajaan yang melimpah ruah,dan
buanglah dulu pegawai-pegawai lantikan politik,Penesihat,Duta Duta
Khas bertaraf menteri atau kecilkan saiz Kabinit kerajaan yang bersaiz
XXL kesaiz yang lebih kecil XL,banyak wang yang boleh jimat mem-
bantu rakyat dalam keadaan ekonomi kritikal ini,rakyat perlu (Wajib)
di bantu atau di utamakan.

0 comments: