BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 5 March 2016

Sekat TMI:Wisma Putra Beritahu AS Untuk Kekal Keamanan.

Kementerian Luar Malaysia:Hari ini berkata Putrajaya perlu
mengekal kan Keamanan,Kestabilan dan Keharmonian dalam
mempertahankan pengharaman Portal Berita The Malaysian
Insider (TMI) selepas langkah itu di kritik oleh  Amerika Sya-
rikat.

Walau pun Malaysia mendukung kebebasan bersuara dan hak
untuk maklumat,kebebasan dan hak seperti itu mestilah di lak-
sanakan secara bertanggungjawab dan akaun tabiliti.

Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menge-
kalkan keamanan,kestabilan dan keharmonian di negara ini dan
untuk melindungi  kepelbagai kaum dan budaya norma-norma
dan amalan di Malqaysia.kata Kementerian Luar dalam satu
kenyataan malam ini.

Ia menambah,bahawa pengharaman TMI kerana melanggar Sek-
syen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dibuat
selepas pertimbangan yang teliti dan wajar keatas kesan seperti
pengharaman keatas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar
di Malaysia.

Kementerian Luar berkata Putrajaya menilai kerjasama menyeluruh
dengan Amerika Syarikat dan mengekalkan perkongsian yang pro-
grasif dan dinamik.

Malaysia percaya bahawa Amerika Syarikat berkongsi dan mendokong
sentimen ini.Malaysiajuga percaya bahawa hubungan dua hala yang boleh
dikokohkan lagi ketahab yang besar,melalui kerjasama yang lebih rapat
dan lebih memahami isu-isu domestik di malaysia,katanya.

*****Sumber:


0 comments: