BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 24 March 2016

SAPA MENGKHIANATI MELAYU-BUMIPUTERA???.

"BATAL BIASISWA,LANGGAR HAK BUMIPUTERA".

Biasiswa adalah merupakan hak istimewa orang-orang Melayu
Bumiputera,seperti mana yang termaktub di dalam Perlembaga-
an Persekutuan Malaysia,ia berada di bawah peruntukan perkara
153 (3).

Perkara 153 (3) ini tidak boleh di buang,di pinda di Parlemen
oleh ahli-ahli yang berhormat,walau pun mempunyai mejoriti
2/3 atau lebih,kerana ini melibatkan kuasa perkenan Majlis mes-
yurat Raja-Raja Melayu.

Pembatalan Biasiswa pelajar-pelajar di luar negara ada lah men-
cabul  hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ds.Azalina
Othman,berkata,kerajaan jimat sebanyak RM.24O juta setahun,
hasil pembatalan penajaan pelajar Malaysia ,belajar di luar negara.

Azalina di laporkan sebagai berkata,pembatalan kos penajaan
pengajian,pengajian di luar negara itu membabit kan  seramai
744 pelajar.

Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan anggota Par-
lemen Seputeh YB.Teresa Kok yang meminta maklumat kerajaan
berhubung isu pembatalan Biasiswa.

*****sumber...

0 comments: