BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 23 March 2016

MAT SAID TERIMA PADAH-USUL UNDI TIDAK PERCAYA MB.

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan
penyaluran DANA kepada ADUN KIJAL yang juga bekas
Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata
tindakan itu di anggap langkah tepat,berikutan tindakan Ahmad
yang di lihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan,
kerana tindakan nya membawa usul undi tidak percaya terhadap
beliau pada sidang Dewan DUN baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian,Ahmad Razif berkata,semua dana
untuk DUN Kijal akan di uruskan olehnya sendiri di bawah Pej.
Menteri Besar,"Kita hentikan untuk di uruskan oleh Adun kawasan
itu sahaja,tetapi bajet untuk Kijal (Dun) masih berjalan macam
biasa,tetapi di luluskan di bawah Pejabat Menteri Besar.

"Kita melihat bahawa apa tindakan yang di tunjukan tidak mencer-
minkan kepada wakil rakyat kerajaan,maka kerana itu saya sebagai
Pemimpin Kerajaan sekarang akan mengambil aleh (DANA) ,"kata
nya kepada pemberita pada majlis kesyukuran di hentian bas MBKT
di Kuala Terengganu pada Ahad.

Di tanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlaku kan
Ahmad seperti kawasan pembangkang,Ahmad Razif menyerahkan
persepsi itu di nilai umum,termasuk Ahmad ."Itu terpulang kerpada
dia (Ahmad),"jawabnya rengkas.

Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan
kedudukan kerusi BN-PEMBANGKANG Seri,Ahmad Razif berkata
ia tidak menjejaskan kerajaan yang di pimpin nya sekarang.
-FMT-

0 comments: