BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 March 2016

MAHATHIR DIPECAT DARI JAWATAN PENESIHAT PETRONAS

PETALINGJAYA:11-03-2016.Jabatan Perdana Menteri sebulat
suara menamatkan perlantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai Penesihat Petronas.

Menurut kenyataan yang di keluarkan hari ini, penamatan itu
ekoran tindakan Dr.Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat
bersama pembangkang baru-baru ini.

Jesteru,Jemaah Menteri berpendapat Dr.Mahathir tidak lagi men-
dokong kerajaan yang sedia ada. "Kabinet (Jemaah Menteri) hari
ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri
Tun Dr.Mahathir Mohamad,khusus dalam melancarkan "Deklarasi
Rakyat". Bersama-sama pemimpin pembangkang pada minggu
lepas.

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu
tindakan yang bertentangan undang-undang dan perlembagaan
negara.Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan
yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia".menurut  kenyataan
itu oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebelum ini,Dr Mahathir menandatangani Deklarasi bersama bekas
pemimpin kanan negara,pemimpin pembangkang,aktivis politik,dan
wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Deklarasi yang di namakan "CITIZENS DECLARATION" atau
Deklarasi Rakyat itu di tandatangani bagi memberi tekanan kepada
Ds Najib Razak supaya meletak jawatan....

***sumber:

0 comments: