BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 6 March 2016

Susuk Nilai Ringgit Lebih Teruk Daripada Matawang Lain.

Penyusutan nilai mata wang,Di negara lain tidak setinggi
seperti Malaysia kata mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir
Mohamad.

Kita pernah guna ringgit untuk beli barang - barang di Selatan
Thailand,tetapi hari ini ringgit di tolak kerana ia menyusut lebih
teruk daripada kejatuhan nilai Baht Thai,kata Mahatir dalam
temu bual dengan Bloombeng hari ini.

Beliau berkata,kejatuhan nilai mata wang  negara  adalah
di sebabkan oleh dasar ekonomi kerajaan sekarang yang ter-
masuk penghapusan subsidi untuk bahan api elektrik dan gula
serta perlaksanaan cukai  barang  dan perkhidmatan (GST).

Mahathir mendakwa,dasar ekonomi berkenaan juga menyebab
kan rakyat terpaksa berdepan dengan kos hidup lebih tinggi,
peningkatan kadar pengangguran,terutamanya di kalangan sis-
wazah,kejatuhan harga saham dan syarikat-syarikat asing me-
milih untuk melabur di negara-negara jiran.

Orang ramai tidak lagi mahu labur di Malaysia.Syarikat-syarikat
Jepun menarik diri dan pergi (melabur) di Vietnam kata Mahathir.

Walau pun bersetuju bahawa kelembapan ekonomi Asia dan
tempat-tempat lain diseluruh dunia,namun katanya "Faktor-Faktor
dalaman" yang di sebutkan juga mempengaruhi ekonomi semasa
negara.

Menurut Majlah The Economist dalam laporan Ogos 2015,
ringgit jatuh sebanyak 9.8 peratus berbanding Dolar Amerika,
penurunan yang ketara berbanding dengan Baht Thailand yang
merosot 6.4 peratus.

*****Sumber:

0 comments: